A ⚡ 15

119 27 5
                                    

A D A D A
- - - - - - - - - -
Sekarang... apa nak buat?

.
.
.

                                   PELAWAAN Raja Keraunos tidak disambut tatkala suaranya sendiri tenggelam dalam ketakutan. Tangannya segera membentuk serangan. "BOLA KILAT!"

   Raja Keraunos selamba mengelak bola merah menyala itu. Sebaliknya, serangan itu terkena pada batu kristal. Harapannya serta-merta punah sama seperti hancurnya batu kristal itu tempias serangannya.

  "Kau ingat... SERANGAN BODOH KAU BOLEH CEDERAKAN AKU KE?" Leher baju Adada ditarik kasar. Malah, kaki Adada kini sudah berdarah-darah gara-gara kesan batu menghempapnya tadi. Dia takut... takut sangat sampai dia tidak mampu melawan.

   Macam mana dengan Tok Kasa? Apa... apa dia nak buat?"

  "JANGAN KAU APA-APAKAN KAWAN KITA ORANG!" Satu tumbukan padu hampir mengenai Raja Keraunos. Namun. Raja Keraunos pantas mengelak bersama Adada pada genggamannya.

  Pandangan kosong Raja Keraunos berikan kepada budak-budak di hadapannya itu. "Jadi, kau ada kawan, huh?" Secara serentak, pengawal-pengawal bersenjata di belakangnya mula mara melakukan serangan sepantas kilat.

  "Jadi mari selesaikan kau..." Mata Raja Keraunos terbeliak besar melihat jaket yang dipegangnya, berubah menjadi dedaun. Macam... macam mana dia tak perasan? Badannya terus berpusing ke arah suara yang ditangkap telinganya.

   Gopal menggesa Adada ke belakang batu kristal. "So... sorok. Sorok dekat belakang sini, Adada. Dia takkan perasan kau punya."

   Iris mata Adada tidak bergerak, memandang lantai serta menapis semua bahaya yang didengarinya. Bunyi pedang, bunyi suara... itu tak wujud kan? Dia selamat, kan?

  Bunyi tapak kaki berlari...

  "GOPAL, ELAK!"

   Tangan Raja Keraunos lebih pantas berbanding amaran Adada. Sedar-sedar sahaja, leher Gopal dalam cengkaman tangan raja kejam itu. Adada mula jatuh terduduk melihat Gopal menggelepur menahan diri dicekik begitu kuat.

   "Tu...karan besi 1 tan!"

   Baju Raja Keraunos automatik berubah menjadi besi. Serangan itu berjaya menyelamatkan tuannya apabila Raja Keraunos rebah ke tanah melepaskan Gopal. Terbatuk-batuk Gopal menahan rasa perit sesaknya nafas tadi. Namun begitu, dia segera menarik tangan Adada menjauhi Raja Keraunos.

  "Kau takan terlepas!" Ngauman Raja Keraunos kedengaran dari belakang. Siapa sangka, walau memakai baju besi seberat bumi, Raja Keraunos masih pantas mengejar mereka!

    "DIA RAKSASA KE APA?" Gopal teriak ketakutan.

  Baru sahaja mata pedang Raja Keraunos hampir mengenai tengkuk Adada, sebuah tangan gergasi entah dari mana datang menjadi pengantara mereka. Rupa-rupanya, Probe dan Adudu datang menyelamat! Adudu yang duduk di atas Probe segera mengarah. "LARI! Biar aku dan Probe halang dia ni!"

    Eh?

     Gopal memandang pelik pada mulanya, tetapi laju dia mengangguk melihat Probe mula mempertahankan mereka dari Raja Keraunos. Adada menoleh ke arah mereka sambil tangannya dibawa lari bersama Gopal.

     Mereka berdua... pertahankan dirinya?

...

SEBENTAR TADI...

   "Urgh..." Probe lelah menarik Tok Kasa yang masih tersekat. Walaupun dia robot yang perlukan air paip sahaja untuk hidup, dia pun penat macam orang lain juga! "Kita... kita kena..."

Adada (BBB) Where stories live. Discover now