PRISCILLA - 10 -

192 44 4
                                    

Priscilla memandang kedua orang 'rakan' nya yang sedang berdepan dengan Puan Hel dan Tuan Hel.

Tuan Hel dan Puan Hel kelihatan tenang namun dalam hati mereka sudah pun ada niat mahu membunuh dua manusia di hadapan mereka ketika ini kerana mendekati Priscilla, anak gadis kesayangan mereka.

Priscilla mengeluh perlahan. Penat melihat situasi itu. Namun dia faham sahaja.

"Tuan Hel dan Puan Hel, untuk projek sekolah, kami terpaksa bawa Priscilla bersama." Neil meminta izin secara baik.

Ini semua idea Priscilla. Dia kata, kalau tak jumpa kedua ibu bapanya, dia tak akan dapat mengikuti mereka berdua untuk merantau ke seluruh dunia.

"Tugasan mengembara seluruh dunia?" Soal Puan Hel dengan tangannya yang bersilang sambil merenung mata Night. Tajam renungannya. Namun Night yang lebih tenang renungannya membuatkan Puan Hel terdiam.

Aura budak ni...

Lain.

"Benar Puan Hel, tugasan ini mengambil masa yang agak lama. Kalau kami tak bawa Priscilla, Priscilla akan gagal dan kena mengulangi ujian ini. Jangka masanya akan menjadi makin bertambah."  Neil, selaku anak kumpulan yang sudah berpengalaman menyatakan hal itu.

Dia kemudiannya menyerahkan satu gulungan kertas salinan A3. Dia membuat salinan peta yang dilukisnya itu untuk diberikan kepada kedua ibu bapa Priscilla.

Priscilla dan Night agak terkejut dengan tindakan Neil. Mereka tak jangka pula lelaki itu akan menyerahkan salinan peta itu.

Tuan Hel mengambilnya lalu membuka gulungan kertas A3 itu.

Neil hanya memerhati lalu tersenyum.

"Kalau Puan Hel, dan Tuan Hel tak jumpa lokasi kami, kami hanya pergi ke lokasi-lokasi yang dah ditandakan. Jika ada apa-apa yang berlaku pada kami terutama Priscilla, Tuan dan Puan Hel boleh guna peta ini untuk cari Priscilla."

"Tugasan ini memakan masa paling kurang empat bulan. Dijangka sepatutnya siap pada dua tahun kemudian. Kalau kami bertiga tak balik melebihi dua tahun, maka carilah kami di setiap tempat yang ditanda." Neil menerangkan keseluruhan dan jangka masa mereka bertiga pergi mengembara.

Tuan Hel tiba-tiba terkedu melihat tempat-tempat yang ditanda di peta itu. Begitu juga Puan Hel. Mereka memandang sesama sendiri lalu memandang ke arah Neil yang memberikan senyumannya.

'Kenal ke tempat-tempat tu?'  Neil yang sudah tahu itu reaksi yang bakal dia terima dari kedua ibu bapa Priscilla. Kerana itu dia sengaja beri salinan peta itu kepada mereka.

Itu sahaja cara yang terbaik untuk mereka benarkan Priscilla untuk mengikuti mereka berdua.

Mengenai dirinya, Neil yang tidak sengaja mengenali keluarga Priscilla, dia sudah diancam hebat oleh Night. Katanya jika rahsia keluarga Priscilla terbongkar disebabkan kecuaian dari dia, Night akan bunuh dia sampai berkecai sisa daging diri dia. Siot seram.

"Nama anak siapa?" Soal Tuan Hel merenung mata Neil.

"Neil Ichtaka."

Tuan Hel dan Puan Hel terus terkejut mendengar nama itu. Begitu juga abang Priscilla, Karma yang mencuri dengar perbualan mereka dari tadi.

Karma terus keluar dari biliknya dan melihat sendiri wajah Neil.

Priscilla dan Night kelihatan keliru melihat hal itu. Kenapa mereka semua seperti terkejut mendengar nama panjang Neil?

"Sebentar." Tuan Hel dan Puan Hel meminta diri mereka dan membiarkan Priscilla tercengang di ruang tamu rumahnya. Dia memandang ke arah Night. Night yang tadinya merenung meja, terus mengangkat kepalanya memandang Priscilla dengan pandangan misteri.

Priscilla melihat ke arah Neil yang tersenyum sahaja memandangnya.

Neil tergelak kecil melihat wajah keliru Priscilla.

"Nampak sangat tu keliru," Tegur Neil. Priscilla yang baru sedar terus kembali ke realiti.

"Mana ada." Priscilla menidakkan lalu memandang ke arah lain. Neil tergelak kecil lalu matanya melirik ke arah Night yang sudah merenungnya.

Neil berdehem kemudian bersiul perlahan memandang ke arah lain juga.

Tidak lama selepas itu, Tuan Hel dan Pual Hel kembali ke ruang tamu dengan wajah tenang.

Mereka memandang ke arah Neil dan Night kemudian Priscilla.

"Kami benarkan." Balas Tuan Hel.

Priscilla bagai tidak percaya mendengar jawapan bapanya. Wah!

Tak sangka benda besar macam ini pun, berjauhan dari keluarga dan bebas mengembara, dibenarkan oleh ibu dan bapanya? Buat kali pertama!

Priscilla boleh mengembara sendiri tanpa keluarganya?

Puan Hel merenung mata Priscilla.

"Umur kamu, sudah mencukupi untuk memulakan pengembaraan kamu. Tapi, ada satu syarat yang kamu perlu tahu."

Priscilla mendengar.

"Kamu tidak boleh berjauhan dengan Neil. Walau apa pun yang terjadi." Puan Hel menekankan ayat terakhirnya itu.

Priscilla terdiam lalu memandang ke arah Neil. Neil hanya menunduk memandang jarinya. Dalam diam dia tersenyum sendiri mendengar hal itu dari mulut ibu dan bapa Priscilla.

🌹🌹🌹

"Terima kasih Tuan Hel dan Puan Hel sebab letakkan kepercayaan kepada kami." Neil menunduk tanda hormat sebelum keluar dari rumah keluarga Priscilla. Manakala Night, merenung mata ibu dan bapa Priscilla sebelum dia keluar.

Tuan Hel dan Puan Hel terus masuk ke dalam rumah semula. Priscilla yang sudah bersiap sedia juga turut melangkah keluar. Sebelum itu, dia turut menarik Akeyo bersama. Dia mahu membawa Akeyo sepanjang mereka mengembara. Dia tahu Akeyo, jaguar kesayangannya itu amat berguna nanti.

"Oh. Sekejap!" Priscilla berlari masuk ke dalam rumah semula. Dia terlupa sesuatu.

Neil dan Night berpandangan sesama sendiri.

Ketika itu juga, seorang lelaki berambut lilac datang menghampiri mereka. Wajahnya hampir sama seperti Priscilla.

Karma berjalan mendekati Night sambil kedua belah tangannya berada di kedua-dua belah poket seluarnya.

Karma merenung lama mata Night. Seolah-olah menyampaikan sesuatu. Night memberi reaksi kosongnya seperti biasa.

"Aku percaya kau untuk jaga Priscilla. Kau kena ingat janji kau." Karma berkata perlahan, dia kalau boleh tidak mahu Neil mendengarnya.

Night tidak membalas dan matanya terus memandang ke arah Priscilla yang sudah keluar dari rumahnya.

Karma tersenyum melihat hal itu. Tidak perlulah dia berkata banyak benda. Nampak sangat Night sudah terlalu prihatin terhadap Priscilla.

"Okay dah ada semua. Jom?" Priscilla sempat menjeling ke arah Karma.

Karma tersenyum senget.

Dia memegang tangan Priscilla secara tiba-tiba. Priscilla terkejut.

Lalu tangan itu diterbalikkan dan Karma mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

Kelopak bunga?

Bewarna lilac?

Dia meletakkan kelopak bunga bewarna lilac itu di atas tapak tangan Priscilla.

"Bawa ni sekali. Jangan hilangkan. Janji?"  Karma memandangnya dengan pandangan serius.

Walaupun agak keliru kenapa Karma memberi kelopak bunga bewarna lilac itu, namun Priscilla hanya mengangguk faham.

Karma tersenyum.

Akhirnya, mereka bertiga terus melangkah pergi dari situ sambil dipandang oleh Karma dari jauh. Karma memejam matanya seketika.

Tak sangka, masa ini sudah tiba untuk Priscilla.

Priscilla, kau kena tahu perkara sebenar tentang kehidupan di luar sana. Semoga kau mampu mengubah sejarah dunia.

🌹🌹🌹

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 04, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PRISCILLAWhere stories live. Discover now