PRISCILLA - 07 -

220 42 3
                                    

Kelas pendidikan jasmani dijalankan,

Semua pelajar dikehendaki berlari sebanyak dua puluh pusingan tanpa berjalan mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mereka.

Sepuluh kali pusingan masih mengekalkan stamina Priscilla. Dia pada mulanya agak tidak berapa faham mengenai sukan kerana sepanjang hidupnya, dia tak pernah bersukan. Apa yang dia lakukan pun hanya bermain kejar mengejar dengan jaguar kesayangannya, Akeyo.

Akeyo pun paling-paling kejar dia sebab nak makan dia. Jadi kalau tak lari laju pecut memang meninggal. Mungkin sebab itu dia sudah biasa berlari.

Mata Priscilla memerhati Night yang tidak kelihatan berpeluh pun sepanjang melakukan larian yang hampir ke-15 pusingan itu. Malah wajahnya kelihatan tidak memberi reaksi apa-apa.

"Lajunya Night, aku tak faham dia makan apa." Priscilla mendengar rakan sekelasnya berbual sesama mereka ketika dia berlari melintasi mereka. Mereka kelihatan terkejut melihat Priscilla yang turut laju berlari melebihi semua pelajar lelaki. Hanya dia belum memintasi Night sahaja.

"Weh lajunya Priscilla!" Terkejut bukan main semua pelajar kelasnya melihat hal itu.

Wahai Akeyo, terima kasih kerana selalu kejar setiap kali masa memburu makanan. Ini semua berkat kau Priscilla boleh lari laju.

Night yang terdengar jeritan rakan sekelasnya mengerling ke arah sisinya. Kelihatan Priscilla berjaya sampai dan mengejarnya dari jauh. Night tersenyum melihat hal itu. Priscilla yang baru sahaja nak tunjuk belagak kerana dia dapat mengejar dari belakang, ternganga melihat Night yang memecut lebih laju meninggalkannya jauh.

Dia rasa dia sudah berada di tahap terlajunya namun tak sangka pula Night boleh pergi lagi laju dari itu!

Night yang berjaya menghabisi dua puluh pusingan itu dipandang geram oleh Priscilla. Dia pun tak tahu kenapa dia bengang dan geram. Mungkin sebab tak dapat memintasi Night.

🌹🌹🌹

Mereka semua selesai menghabisi kelas pendidikan jasmani.

Masing-masing mula bergegas ke bilik persalinan untuk menukarkan baju sukan kepada uniform sekolah semula.

Priscilla tidak berganjak dari bangkunya.  Dia membaringkan dirinya seketika. Satu benda tentang Priscilla yang tidak dapat dielakkan ialah dia kalau terlalu penat jumpa manusia, dia akan tertidur. Hendak pula suasana di negara ini sentiasa malam dan sejuk. Memang selesa setiap masa lah jawabnya.

Matanya mulai memberat. Akhirnya Priscilla tertidur di atas bangku itu.

Night yang menyedari hal itu, duduk tidak jauh dari bangku Priscilla duduki. Dia hanya memandang gadis itu sambil memerhati sekeliling mereka.

"Kenapa kau tidur kat tempat terbuka macam ini Priscilla..." Night mengeluh perlahan. Terpaksalah dia menjaga gadis itu sekali lagi.

Tahukah gadis itu negara ini sangatlah berbahaya dari apa yang mereka jangka? Negara ini penuh dengan manusia-manusia yang terlalu taksub dengan manusia-manusia yang cantik dan menarik. Jika dia tidak menjaga Priscilla, mungkin gadis ini akan diculik oleh satu organisasi yang berlawanan dengan kerajaan negara ini.

Zeke yang mahu menuju ke kafe sekolah, terhenti memandang ke arah padang. Dia melihat sesuatu di luar jangkaannya.

Oh?

Priscilla?

Baru sahaja dia mahu mendekat, langkahnya terhenti apabila dia melihat ada seseorang menghampiri gadis itu. Zeke terus membatalkan niatnya.

"Cantik ahli keluarga Hel ni." Wave Hart mendekati Priscilla. Dia sengaja datang ke situ untuk melihat sendiri wajah bakal adik iparnya.

Night memandang abang keduanya, Wave.

"Kau balik lewat lagi ke malam ni?" Soal Wave kepada adiknya.

Night mengangkat bahu. Kemudian matanya memandang ke arah Priscilla yang sedang lena.

"Kau nak jaga dia kan?" Soal Wave.

Night hanya mengangguk.

"Tak dapat dielakkan. Tu memang kau punya sifat bila kau dekat dengan dia." Kata Wave lagi lalu tersenyum melihat Night yang akhirnya menemukan orang yang selama ini dia cari.

"Jaga dia. Jangan jadi macam aku. Terlepas pada orang yang salah." Wave menasihati.

Night terdiam mendengar hal itu. Dia faham. Kisah abangnya itu amat tragis sehingga abangnya sudah seperti mayat hidup. Kehidupannya sekarang pun seperti tiada hala tuju. Namun selepas ditampar oleh Ocean, abang sulung mereka, Wave kembali seperti asal namun dia masih belum boleh menerima kenyataan sebenar tentang apa yang terjadi dengan pasangannya sebelum ini.

Setiap inci wajah Priscilla dipandang. Dia berjanji pada dirinya yang dia akan menjaga Priscilla. Bukan setakat manusia, jika bumi ini menelan Priscilla, dia akan menggalinya untuk mendapatkan Priscillanya semula.

Wave terus menghilangkan dirinya. Night memandang ke arah langit yang gelap pada malam itu.

Dia hanya perlu menemani gadis itu sepanjang malam demi menjaga keselamatan gadis itu.

Zeke memerhati dari bumbung bangunan sekolah. Dia tak berapa mengenali lelaki yang bersama Priscilla. Tapi lelaki yang datang tadi dia kenal. Dia cam wajah itu. Itu Wave Hart. Tidak silap Zeke, dia tahu Hart ada tiga orang adik beradik namun dia hanya mengenali dua orang. Dia sedang mencari siapa lagi seorang.

Lelaki yang berbual dengan Wave Hart tu kelihatan rapat dengannya. Adakah itu orang yang dicarinya?

Nak pula ketika ini lelaki itu menemani Priscilla sepanjang malam.

Itu lagi menambahkan isu syak wasangkanya terhadap lelaki itu.

🌹🌹🌹

Tak ke semua yang berlaku ini terlalu cepat untuk dia faham?

Priscilla memandang Akeyo yang turut memandangnya. Akeyo ni kalau makin dewasa mungkin makin bahaya.

Dia segera menyediakan makanan untuk Akeyo, si jaguar kesayangannya. Akeyo menikmati rakus hidangan daging yang tersedia untuknya. Priscilla memerhati haiwan peliharaannya itu makan. Si Truffle sedang tidur di ruang tamu rumahnya. Pasti dia tak akan tidur di bilik kerana ada Akeyo yang agak garang.

Priscilla merenung ke luar tingkap biliknya dengan mata kosong.

Macam biasa, langit gelap. Tak pernah terang. Sama seperti kisah hidupnya. Poster Serenceleste Academy dilihatnya sekali lagi. Dia memandang lama gambar itu. Tak sangka. Kalau betul ianya berada di sekolah itu, pasti semua misteri mengenai hidupnya akan dibongkar dengan mudah.

Tapi...

Kejadian malam semalam membuatnya teringat kembali kepada Night Hart.

Mungkin Night tahu sesuatu mengenai orang yang berada dalam poster ini? Gambar seseorang dilihat dalam poster itu. Memang serupa dengan wajah yang dia cari selama ini.

Night Hart sangat pendiam tetapi agak seram untuk didekati. Tambahan Priscilla malas untuk cuba berbaik dengannya. Namun Night menyelematkannya...

Patut ke dia mengenali Night dengan lebih mendalam?

🌹🌹🌹

PRISCILLAWhere stories live. Discover now