Sedikit sinopsis

549 73 9
                                    

Hel, Hart dan Light...

Tiga nama keluarga yang paling terkenal di dunia ini. Siapa sahaja tidak kenal tiga nama keluarga itu?

Namun, hanya satu nama keluarga yang paling disukai dan dihormati ramai, iaitu Light. Keluarga Light menjadi pilihan ramai manusia kerana mereka dikatakan sangat baik dan kaya. Mereka banyak membantu ramai manusia untuk terus hidup dan sentiasa membuat keputusan yang bijak dalam setiap perkara.

Manakala keluarga Hart hampir dibuang kerana sifat psycho mereka yang terkenal.  Sikap obsesi mereka pada manusia merisaukan ramai manusia untuk mendekati keluarga Hart. Mereka juga dikhabarkan telah beberapa kali membunuh orang yang mendekati cinta hati mereka.

Keluarga Hel, keluarga yang dikatakan tinggal di underworld. Mereka sudah pun diusir oleh beberapa kerajaan dan terpaksa berpindah beberapa kali kerana mereka tidak dibenarkan untuk bercampur dengan manusia lain.

Priscilla Hel, seorang gadis yang berasal dari keluarga yang cukup membenci makhluk bernama manusia. Walaupun dia sendiri ialah manusia. Keluarga Hel terkenal dengan sifat mereka yang tidak suka bergaul, bercampur dan bermesra dengan mana-mana manusia. Priscilla hanya berteman dengan haiwan-haiwan yang dibelanya sendiri. Dia tidak boleh mendekati manusia lain kerana dia akan mula rasa membenci.

Mereka semua kata, kalau boleh jangan tegur mana-mana ahli keluarga Hel!

Manakala di sudut yang berlainan,

Night Hart, seorang jejaka yang berasal dari keluarga yang amat taasub dengan manusia yang mereka cintai. Mereka pun manusia. Namun keluarga Hart dikenali dengan nama 'Psycho'. Mereka akan buat apa sahaja untuk mendapatkan orang yang mereka cintai. Jika mereka tidak dapat orang yang mereka cintai, mereka akan tetap buat orang tersebut akui untuk membalas cinta mereka. Apa sahaja cara baik mahupun keji digunakan untuk mengejar orang yang mereka cintai. Night Hart masih belum menjumpai cinta hatinya, jadi oleh sebab itu, dia masih tidak peduli tentang apa-apa yang berlaku di sekelilingnya.

Priscilla akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke sekolah baru selepas berpindah ke negara baru.  Di negara baru itu, dia bertemu dengan Night. Buat pertama kali ketika Night melihat Priscilla, dia dapat merasakan ada sesuatu yang berbeza mengenai gadis itu. 

Priscilla mengenali keluarga Night. Nama keluarga Night amat terkenal dengan sikap psycho mereka. Begitu juga dengan Night yang amat memahami sifat keluarga Priscilla yang amat membenci manusia.

"Priscilla daripada keluarga Hel, interesting..." - Night.

"Jangan libatkan aku dengan kisah kau, Night." - Priscilla.

Night tersenyum. Dia rasa dia sudah jumpa orang yang bakal menghidupkan dirinya.








🌹

Percubaan Hyun Yunzz untuk tulis kisah cinta pertamanya. Tapi tatau lah best ke tidak. Tak apa. Saya mencuba.

PRISCILLATahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon