PRISCILLA - 01 -

363 58 11
                                    

PRISCILLA HEL berdiri di hadapan cermin biliknya. Memerhati dirinya yang kurus dan mempunyai kulit yang begitu putih seperti salji. Matanya bewarna hijau tua. Rambutnya panjang dan lurus. Wajahnya tidak memberikan sebarang riak. Dia memakai gaun pendek bewarna hijau tua.

Di satu sudut biliknya, ada beberapa sangkar haiwan yang terdapat pelbagai spesies haiwan di dalamnya. Itu ialah kawan-kawannya.

Seekor kucing gebu bewarna coklat pekat dan matanya bewarna hijau mendekati Priscilla lalu menjatuhkan badannya di kaki Priscilla. Priscilla memerhatikannya sebelum dia mengusap lembut badan Truffle.

"Kenapa kau makin gemuk?" Soal Priscilla kepada kucing coklatnya, Truffle.

Truffle yang tidak menyatakan apa-apa hanya menggesel-gesel kepalanya di kaki Priscilla.

Priscilla kemudiannya merenung ke arah luar tingkap biliknya. Dapat dia dengar bunyi kereta yang baru meninggalkan halaman rumah keluarga Hel.

Pasti ibu dan ayahnya sudah pun ke tempat kerja.

'Tok tok tok'

Priscilla memandang ke arah pintu biliknya yang diketuk. Dia kemudiannya berjalan ke arah pintu itu lalu membukanya.

Abangnya, Karma Hel berdiri di hadapannya dipandang.

"Kemas. Kita kena pindah negara." Kata Abangnya tanpa kiasan. Terus sahaja dia memberitahu perkara itu kepada adiknya seolah-olah perkara itu benda yang sudah biasa mereka lalui.

"Mereka ban keluarga kita lagi ke?" Soal Priscilla bosan. Dia kemudiannya terus mengemas sedikit demi sedikit barangnya. Sebab itu dia tidak terlalu menghias biliknya, kerana hal seperti ini sering berlaku. Keluarga mereka sering diusir kerajaan atas sebab yang tidak diketahui. Namun, apa yang Priscilla tahu, mereka sering kata bahawa keluarga Hel sangat berbahaya untuk didekati. Apa yang bahaya pun, Priscilla tak pasti.

"Nampaknya macam itulah." Balas Karma kemudian terus bergegas ke biliknya.

Sangkar-sangkar haiwan milik Priscilla dipandang. Dia menggaru-garu kepalanya seketika. Muat ke kalau dia nak bawa semua kawan-kawannya itu?

"Oh dan." Karma patah balik apabila mengingati sesuatu.

Priscilla memandang kosong.

"Jangan bawa semua kawan-kawan kau. Bawa beberapa je. Nanti tak muat kereta." Pesan Karma.

Priscilla mengeluh perlahan.

"Baik." Balasnya malas.

🌹🌹🌹

Ashblue Land,

Negara yang mereka mengambil keputusan untuk pindah itu ialah sebuah negara yang tiada hari siang. Ini kerana ianya terletak di titik buta pancaran matahari yang mengelilingi sebuah planet. Negara itu hanya dipenuhi dengan tanah-tanah bewarna biru tua, langitnya juga gelap dan terdapat tahi-tahi bintang. Cantik sekali pemandangan namun malangnya ia sentiasa gelap.

"Macam Underworld." Kenyataan Karma itu membuatkan Priscilla tersedak mendengarnya.

"Better lah kan. Welcome back I guess?" Kata Priscilla lalu Karma hanya tersenyum mendengarkan hal itu. Mereka dibuang ke merata tempat, namun rasanya ini negara yang paling mereka suka.

"Ashblue Land, mereka gelarkan tempat pertama yang akan sampai selepas survive dari underworld. Tapi yang membezakannya cuaca sini sejuk." Kata Puan Hel kemudian mereka semua berjalan ke sebuah rumah yang terpencil dan jelas terletak di tengah-tengah kawasan bertanah biru gelap itu.

PRISCILLAWhere stories live. Discover now