PRISCILLA - 06 -

199 42 1
                                    

Priscilla memerhati wajah Zeke. Dia melukis setiap inci wajah itu dengan teliti dan berhati-hati.

Zeke hanya memandangnya sepanjang kelas itu dijalankan. Senyap sahaja kelas itu kerana masing-masing fokus dengan lukisan mereka.

Night yang berada di kerusi sebelah Priscilla hanya memandang sekali sahaja  Zeke kemudian dia terus melukis setiap inci wajah dan badan Zeke dengan tepat.

Zeke memerhati anak mata Priscilla, kemudian dia melihat ke arah hidung gadis itu yang mancung. Jatuh ke bibir gadis itu yang bewarna merah jambu semula jadi. Kulit Priscilla seperti lilin. Sangat cantik dan memukau. Dia tahu, gadis itu juga gadis yang sama dia lihat pada malam itu.

Memang sangat sempurna dengan ciri-ciri yang dia cari selama ini. Ketika itu juga Zeke berjanji dengan dirinya, dia akan dapatkan Priscilla tidak kira bagaimana caranya sekali pun.

Priscilla masih fokus pada lukisannya dan setiap inci kedutan baju Zeke turut dilukisnya dengan berhati-hati. Sempat dia memandang Zeke yang dari tadi memandangnya. Priscilla mengabaikan hal itu.

Night pula, sekejap sahaja dia berjaya siapkan lukisannya. Lukisannya begitu sempurna untuk disiapkan dalam masa sesingkat itu. Night memang sengaja menyiapkan lukisannya lebih awal untuk melihat apa tindakan Zeke ketika ini.

Night memandang ke arah lukisan Priscilla.

Terdiam Night melihat lukisan itu. Tidak sangka pula gadis itu turut pandai melukis.

"Lagi 20 minit ya." Guru mereka memberi peringatan.

Zeke masih kekal di tempatnya. Dia sudah tidak sabar mahu melihat lukisan gadis itu. Tidak tahu kenapa. Dirinya begitu teruja untuk tahu lukisannya bagaimana.

"Priscilla." Priscilla terkejut. Suara yang dia tidak pernah dia dengar itu menegur dan memanggil namanya sebelum ini. Priscilla memandang ke sisinya.

Night turut merenung ke dalam matanya.

Night membisikkan sesuatu.

Priscilla terkedu mendengarkan apa yang dinyatakan oleh lelaki itu. Priscilla memandang Night tidak percaya.

Zeke yang tumpuannya teralih kerana guru itu sibuk mengajaknya berbual kembali memandang ke arah Priscilla. Kelihatan gadis itu masih melukis. Zeke menghela nafas lega. Dia risau jika dia terlepas apa-apa tadi.

Selepas 20 minit berlalu,

"Okay, boleh letak alat tulis masing-masing."

Semua pelajar meletakkan alatan masing-masing. Priscilla yang berdebar-debar seketika mengingatkan sesuatu itu hanya mendiamkan dirinya memerhati guru itu mula melihat setiap lukisan para pelajarnya.

Zeke pula membetulkan segala urat sarafnya. Dia bangun dari tempatnya. Akhirnya dia boleh bergerak bebas. Kerana tidak mahu terlalu dilihat seperti dia mahu melihat lukisan Priscilla sahaja, maka Zeke sengaja berjalan bermula dari lukisan pelajar di hujung saja sehingga ke tengah di mana lukisan yang dia mahu lihat bertempat di situ.

Ketika Zeke menghampiri, Priscilla mula rasa tidak senang duduk. Namun dia hanya mempercayai kata-kata Night. Dia tahu Night pasti tahu sesuatu mengenai lelaki itu. Lagipun, Priscilla dapat 'bau' ada yang tidak kena dengan Zeke.  Macam dia bukan orang biasa. Dia tak tahu siapa Zeke tetapi aura lelaki ini memang bahaya.

Zeke yang sudah tiba di belakang Priscilla, memerhati setiap inci lukisan yang berada di hadapan Priscilla.

Lama dia berdiri di situ untuk menganalisis lukisan tersebut.

"Cantik." Puji Zeke.

Priscilla yang sudah tidak tahan dengan manusia yang mendekatinya itu mengepal penumbuk di sisi. Dia bencikan pujian yang dia anggap perlian.

PRISCILLAWhere stories live. Discover now