37

943 18 0
                                    

TERKEJUT Zulfan melihat Emiir terpacak di hadapan pintu rumahnya waktu maghrib begini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TERKEJUT Zulfan melihat Emiir terpacak di hadapan pintu rumahnya waktu maghrib begini. Apa kes pula sepupunya ni? Dengan wajah masam mencuka.

“ Kau kenapa ni? Sejak sampai tadi masam je muka. Apa hal yang tak kena pula ni? ” Soal Zulfan meletakkan mug di hadapan Emiir.

“ Aku datang sini cuma nak tenangkan fikiran dan emosi aku sekejap ” Balas Emiir. Kepalanya ditundukkan.

“ Bergaduh dengan Jasmin lagi ke? ” Tebak Zulfan. Dia mengeluh perlahan melihat anggukan daripada Emiir.

“ Bergaduh sebab apa pula kali ni? Pasal Sofiya lagi? ”

“ Aku call dia tanya dia keluar dengan siapa, dia cakap keluar lunch dengan kawan dia. Sedangkan tadi dia keluar dengan Mikail kan? Dia tipu aku. Dia cuba nak buat aku rasa apa yang dia rasa ” Jawab Emiir sambil meraup rambutnya.

“ Habistu kau orang bergaduh teruk ke sampai kau ke sini ni? ”

“ Dia tengking aku. Aku betul-betul menyirap masa tu tapi aku tak nak tengking dia balik so aku datang sini nak redakan kemarahan aku ”

“ Tak apa kau rehat la dulu dekat sini. Tapi, jangan sampai tak balik rumah pula. Kesian Jasmin sorang-sorang dekat sana. Bahaya ” Nasihat Zulfan mendapat anggukan dari Emiir. Dia tahu, dia cuma datang sekejap aje ke sini.

“ Jom lah solat maghrib dulu ”

EMIIR melangkah masuk ke dalam bilik tidur mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

EMIIR melangkah masuk ke dalam bilik tidur mereka. Dia melihat Jasmin sudah lena dibuai mimpi. Apa tak nya sekarang sudah pukul 12:00 pagi.

Dia merebahkan badannya di sofa. Mahu tidur di sofa malam ini. Rasa amarahnya sudah hilang sebaik sahaja dia kembali ke rumah. Dia berjaya menahan dirinya daripada menghamburkan amarah kepada Jasmin disebabkan rasa cemburu dan tidak puas hatinya. Lagi-lagi apabila Jasmin menengkingnya kuat. Semakin kuat dia perlu menahan emosinya daripada membalas tengkingan itu.

Dia mengeluh perlahan. Entah sampai bila Jasmin akan bersikap dingin dengannya. Tidak tahu lagi bagaimana mahu memulihkan keadaan tegang di antara mereka.

Hatimu MilikkuWhere stories live. Discover now