31

869 17 1
                                    

MENDENGAR pintu ditolak dari luar, dia mengangkat kepala melihat gerangan yang masuk ke biliknya tanpa mengetuk

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

MENDENGAR pintu ditolak dari luar, dia mengangkat kepala melihat gerangan yang masuk ke biliknya tanpa mengetuk.

“ Oh. Sofi buat apa dekat sini? ” Ujarnya sambil membetulkan duduk.

“ Nak jumpa awak la. Kan hari tu kita tak dapat nak jumpa. Ya la awak kan ada hal ” Emiir ketawa kecil mendengar perlian itu.

“ Why? Kenapa gelak? ” Muka Sofiya tidak puas hati. Apa yang lawak dalam percakapannya tadi?

“ Nothing. Have a seat ” Emiir menjemputnya duduk.

“ Okay, sekarang saya tengah free. Cakap lah apa yang awak nak cakap hari tu ” Emiir menumpukan perhatian pada Sofiya. Gadis itu senyum simpul.

“ Hmm saya boleh nampak yang awak sebenarnya sukakan saya kan ” Sofiya menyoal serius. Mata memandang ke dalam sepasang mata yang juga memandangnya itu mahu mencari jawapan.

“ Dulu ” Jawab Emiir mudah mengalihkan pandangannya.

“ Ha? ” Otak seperti tidak menangkap apa yang diberitahu menyebabkan Sofiya blur.

“ Yes, dulu memang saya sukakan awak tapi sekarang saya sukakan isteri saya ” Jawab Emiir lebih panjang dari tadi dengan muka selambanya. Dia perasan riak ceria tadi berubah kendur.

“ Saya ingat awak masih sukakan saya ” Sangkal Sofiya dengan nada mendatar.

“ Saya dah tak sukakan awak sebab saya dah ada Jasmin ”

“ Jadi, awak dah cintakan dia? ”

“ Of course. I love her so much ” Emiir jawab yakin.

“ Awak percayakan dia? ”

“ Kenapa saya rasa sekarang saya tengah kena interview ni? Baik awak straight to the point je, awak nak apa? ” Emiir menyoal mahukan kepastian dari gadis itu. Malas mahu bermain tarik tali.

“ Saya nak awak ” Balas Sofiya dengan riak serius.

Emiir memandang pelik wajah perempuan di hadapannya. Dia terjeda dengan pengakuan Sofiya.

“ Macam yang saya cakap tadi. Saya sukakan isteri saya, Jasmin dan saya cintakan dia. Saya hanya milik dia seorang ” Emiir membalas dengan tegas.

Sofiya terjeda seketika sebelum membuka mulut lagi.

“ Kenapa sebelum ni awak layan saya macam awak pun nak miliki saya? ” Muka itu jelas berharap. Mana taknya, dia ingat Emiir akan menerimanya semula. Rupanya syok sendiri.

“ Sebagai seorang kawan dan tak lebih dari tu. Mungkin silap saya buat awak rasa special dengan layanan saya tapi percayalah semua tu atas dasar common sense ” Walaupun awal pertemuan kembali dia mahu mendekati Sofiya namun hati lebih terpaut pada Jasmin. Dia sedar semua itu apabila Jasmin mula menjauh darinya.

Hatimu MilikkuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora