7

678 13 0
                                    

 

“ ASSALAMUALAIKUM , opah ada? ” Sapa seorang lelaki entah siapa tiba-tiba datang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ASSALAMUALAIKUM , opah ada? ” Sapa seorang lelaki entah siapa tiba-tiba datang.

Hanani yang ralit menyapu daun kering di halaman rumah itu memandang ke arah figura lelaki yang menegurnya.

“ Waalaikumussalam, awak ni takkan pekerja dekat bengkel haritu ke? ”

“ Awak siapa ya? Maaf saya datang nak jumpa opah. Awak cucu opah ke? ”

“ Opah ada dekat dalam. Sekejap saya panggilkan ”

‘ Ke aku salah orang? ’ Getus Hanani.

“ Eh Haris bila balik kampung? Ada apa kamu datang? Marilah masuk dulu ” Opah muncul di muka pintu.

“ Dah dua hari Haris dekat sini. Haris datang ni sebab ibu suruh bagi ni ” Haris menguhulur plastik yang berisi santan.

“ Ya Allah macam tahu-tahu aje opah nak masak gulai lepas ni. Terima kasih ye Haris. Kirim salam dekat ibu kamu. Ni, kamu masuk la dulu. Cucu-cucu opah pun baru je sampai tadi ”

“ Tu ke cucu opah ” Haris menghala jari telunjuknya ke arah Hanani yang dari tadi mendengar perbualan opah dengan Haris.

“ Ouh ni Hanani kawan cucu opah dan dah jadi cucu opah juga ”

“ Kamu berbual la dulu dekat dalam. Opah nak kejutkan Jas dengan Kail dulu dah nak zohor ni ” Usai menutur kata, opah meluru ke bilik-bilik cucu-cucunya.

“ Hanani ye nama awak. Cantik ” Tegur Haris mengundang jelingan Hanani. Tadi bukan main nampak sombong sekarang baru nak senyum.

“ Sekejap la saya pergi dapur buat air ”

“ Eh tak apa saya datang sekejap je lagipun dah minum dekat rumah tadi ”

“ Awak tu tetamu opah jadi saya kena la layan tetamu opah dengan baik lagipun opah yang berbisik dekat saya tadi suruh saya buatkan air untuk awak bukan saya nak buat sangat pun ” Hanani mengangkat punggungnya menuju ke dapur.

Haris hanya tersenyum kecil mendengar ujaran gadis itu.

“ Dia cakap aku pekerja dekat bengkel haritu? ” Haris mencerna ayat itu. Dia pernah bertemu Hanani kah sebelum ini?

“ Ouh ingat-ingat. Perempuan tu ” Baru dia ingat Hanani pernah menghantar kereta bersama seorang lelaki dan datang ke bengkelnya untuk mengambil kereta tempoh hari.

“ Woi Haris! Lama tak jumpa kau ” Sebaik sahaja keluar dari bilik Mikail ternampak kelibat kawan lamanya.

“ Mikail, lama kau tak balik kampung ” Haris membalas pelukan Mikail selepas sahaja bersalaman.

“ Jemput minum Haris, Abang Mikail ” Hanani menuangkan air teh ke dalam dua gelas cawan lalu disuakan kepada mereka yang duduk di hadapannya.

“ Thank you Nani. Minmin mana? ” Tanya Mikail apabila masih tidak nampak kelibat Jasmin dari tadi.

Hatimu MilikkuWhere stories live. Discover now