33

975 18 1
                                    

SEMINGGU kemudian setelah kejadian di mana Emiir dan Sofiya ditangkap khalwat,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEMINGGU kemudian setelah kejadian di mana Emiir dan Sofiya ditangkap khalwat,

Miir, habis tu macam mana kes kau? Soal Zulfan. Kini, Emiir berada di kondo milik Zulfan mahu menenangkan fikirannya yang kian serabut.

“ Aku tak akan kahwin dengan perempuan tu. Aku dah bayar denda dekat pejabat agama. Buat apa aku nak kahwin dengan dia bukan aku ada sentuh dia pun ” Balas Emiir. Jelas wajah itu tertekan dengan apa yang telah berlaku.

“ So, kira kes kau dah settle lah? ” Soal Zulfan. Emiir mengangguk.

“ Yang tak settle sekarang ni Jasmin. Jasmin dah benci aku Zul ” Emiir menahan air matanya daripada keluar. Masih terngiang-ngiang wajah Jasmin yang basah dengan air mata apabila mengetahuinya ditangkap khalwat dengan Sofiya.

Dia masih ingat kata-kata yang menyakitkan daripada Jasmin kepadanya. Jelas wanita itu terluka dengannya.

“ Awak memang tak pernah nak cintakan saya dan awak tak pernah pun nak buktikan cinta awak pada saya. Kenapa awak kahwin dengan saya kalau awak sakitkan saya macam ni sekali, Emiir? Hati saya sakit Emiir. Oh, saya tahu, mungkin saya ni hanya pengganti Eva je. Awak kahwin dengan saya sebab nak lupakan Eva kan!? Awak ingat saya tak tahu ke? Saya tak sebodoh tu la Emiir. Saya tahu alasan awak kahwin dengan saya walaupun awak tak pernah bagitahu saya alasannya. Saya tahu Eva curang dengan awak dan awak nak balas dendam pada dia dan awak ambil keputusan untuk kahwin dengan saya sebab awak fikir saya akan terima awak walau dengan apa jua keadaan sekalipun. Ye lah saya kan cintakan awak sangat-sangat. Saya tahu semua tu tapi saya fikir awak nak bagi saya peluang untuk buat awak jatuh cinta pada saya sebab awak pernah cakap yang awak akan bagi saya peluang. Tapi, apa semua ni? Tak cukup ke usaha saya untuk buat awak jatuh cinta pada saya Emiir. Kenapa buat saya macam ni? Ni bukan peluang Emiir, ni kesakitan ” Ujar Jasmin dengan air mata laju mengalir dari tubir mata. Hatinya terlalu pedih dan sakit. Rasanya seperti disiat-siat tanpa belas apabila dapat tahu suami sendiri berdua-duaan dengan perempuan lain.

“ Sayang, abang minta maaf abang tak ada niat pun nak buat macam ni. Abang– ” Emiir juga turut mengalirkan air matanya melihat Jasmin teresak-esak begitu. Belum habis dia menjelaskan apa yang terbuku di hati, Jasmin memintas laju.

“ Awak tipu saya! Awak cakap awak ke Seremban sebab urusan kerja. Rupanya pergi teman perempuan tak guna tu balik kampung. Sampai hati awak tipu saya hidup-hidup. Saya rasa bodoh sangat sebab percayakan lelaki yang tak pernah nak cuba cintakan saya ” Emiir cuba meraih tangan Jasmin namun cepat gadis itu menepis kasar.

“ Ya abang salah sebab tipu sayang tapi abang tak ada pilihan lain. Abang dah janji dengan dia dan abang cuma tunaikan janji abang. Disebabkan janji je sayang tak lebih dari tu pun. Trust me please ” Emiir merayu agar Jasmin mempercayainya.

“ Janji? ” Jasmin ketawa sinis. Dia menggeleng kepalanya tidak sangka suaminya siap berjanji dengan perempuan lain nak balik kampung bersama.

Hatimu MilikkuWhere stories live. Discover now