14

727 21 0
                                    

SEPERTI yang dijanjikan mereka, malam ini mereka merancang untuk makan malam bersama, sambil itu mahu memperkenalkan Sofiya kepada Sufi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEPERTI yang dijanjikan mereka, malam ini mereka merancang untuk makan malam bersama, sambil itu mahu memperkenalkan Sofiya kepada Sufi. Namun, kelibat Sufi masih belum kelihatan mungkin jalan jem atau masih ada masalah yang belum selesai.

“ Sofi, sibuk betul kau sekarang ni eh sampai tak ada masa nak jumpa kita orang ” Ujar Hanani mengundang sengih daripada Sofiya.

“ Alah sorry lah. Nak ada duit berkepuk-kepuk kena la kerja keras ” Balas Sofiya dengan nada bergurau.

“ Mana kawan yang kau orang nak kenalkan dekat aku tu? Nama pun nak dekat dengan aku kan? ” Cepat dia mengubah topik apabila teringat kepada seseorang yang mahu dikenalkan kepadanya.

“ Hmm... Sufi Aria nama dia ” Beritahu Jasmin.

“ Cantik. Mesti orangnya cantik juga kan ”

“ Hi, guys maaf lambat. Jalan jem tadi ” Akhirnya,tiba juga gadis yang ditunggu-tunggu.

“ Ha, panjang umur. Macam mana mak kau dekat kampung? Dah okay? ” Soal Hanani.

“ Alhamdulillah okay dah ” Balas Sufi seraya duduk di sebelah Jasmin.

“ Sofi, ni la Sufi. Kawan serumah dan soulmate kita orang ” Hanani memperkenalkan Sufi kepada Sofiya. Dua gadis itu saling membalas senyuman.

“ Sufi, ni kawan baik aku dengan Jasmin masa sekolah menengah dulu ” Dia menyambung pula bagi memperkenalkan diri dari pihak Sofiya.

“ Selamat berkenalan. Cantik nama awak, Sufi Aria ” Sofiya menghulur tangan.

“ Thank you tapi macam mana awak tahu full name saya? ” Sufi menyambut huluran itu sopan.

“ Dia orang yang spill kan ” Mulut dimuncungkan ke arah Hanani dan Jasmin.

“ Oh..... Faham ” Sufi mengerling ke arah dua gadis itu. Mereka berdua saling menyengih.

Sofiya yang perasan wajah Jasmin seperti sedang kegusaran lantas bertanya.

“ Jasmin, kau kenapa? Okay tak? Nampak tak senang duduk aje ”

Sufi di sebelah Jasmin, mengerling sekilas ke arah telefon Jasmin.

“ Mesti orang tu tak balas chat ” Usik Sufi.

“ Hmmm.... Dari tadi aku mesej dia tapi dia tak balas selalunya dia balas la juga walaupun acuh tak acuh. Ni one tick dari tadi. Aku tak tahu apa jadi dekat dia ” Ujar Jasmin jelas risau kalau ada sesuatu terjadi pada Emiir.

“ kau tak payah nak risau sangat la Jasmin. Bukan dia tak okay cuma dia tak nak layan kau je tu ” Jasmin meletak telefonnya di atas meja. Lepas ni dia mesej balik. Sakit hati pula dengar kata-kata Hanani itu.

“ Betul kata Nani tu. Tak payah risau sangat la. Kita makan-makan dulu, kenyangkan perut ” Sokong Sofiya. Jasmin mengangguk setuju.

Rancak mereka makan sambil berbual. Sekejap ketawa, sekejap mengusik. Cukup untuk mereka melupakan segala masalah buat seketika.

Hatimu MilikkuWhere stories live. Discover now