32

878 16 0
                                    

“ AIK abang nak pergi mana kemas baju ni? ” Jasmin menyoal apabila melihat Emiir sedang memasukkan beberapa pasang pakaian ke dalam beg kecilnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AIK abang nak pergi mana kemas baju ni? ” Jasmin menyoal apabila melihat Emiir sedang memasukkan beberapa pasang pakaian ke dalam beg kecilnya.

“ Oh. Sorry sayang. Abang tiba-tiba ada outstation. Lupa nak bagitahu ” Balas Emiir melihat sekilas isterinya sebelum menyambung aktiviti mengemasnya.

“ Bila? Berapa lama? ” Hatinya berat mahu membiarkan suaminya pergi.

“ Pagi esok. Berapa lama tu tak tahu lagi. Nanti abang inform balik okay ”

“ Alah.... Jas tak boleh la tak ada abang. Kalau Jas nak ikut boleh? ” Cadang Jasmin dengan senyuman lebar. Harap Emiir bersetuju untuk membawanya.

“ Tak boleh la sayang. Ni kan kerja. I'm so sorry sayang. Sekejap je abang pergi ” Emiir memujuk Jasmin yang sudah menarik muka.

“ Outstation dekat mana? ”

“ Dekat Seremban ”

“ Okay la kalau macam tu. Jas faham abang kerja. Jom lah tidur dah pukul 9:30 ni ” Jasmin menarik lengan Emiir untuk berbaring di atas katil.

“ Jap. Sayang dah minum susu belum? ” Melihat wajah isterinya yang tersengih seperti kerang busuk tahulah dia Jasmin masih belum minum.

“ Lupa la abang ” Jasmin buat muka comel memandang wajah tegas Emiir. Jangan la tengok dia macam tu. Takut.

“ Tunggu sini, abang pergi bancuhkan susu sayang sekejap. Jangan tidur lagi tau ” Pesan Emiir sebelum turun ke dapur.

Sementara menunggu Emiir membancuh susunya, dia membuka akaun palsunya di instagram. Hanya Hanani dan Sufi pengikutnya sejak dari mula dia buka akaun itu sehingga hari ini. Emiir pun tidak tahu tentang instagram palsunya.

Dia mengambil gambar baby bump nya dan merakam video pendek berdurasi 6 saat. Video tangannya mengusap lembut perut itu.

Dia meletak telefon di sisi meja kembali apabila melihat Emiir muncul di muka pintu bersama susu di tangan.

“ Nah ” Hulur Emiir dan disambut dengan berhati-hati oleh Jasmin. Susunya agak suam.

“ Thank you abang ” Ucap Jasmin mengoyak senyuman lebar. Bahagia dengan layanan suaminya, setiap malam pasti lelaki itu akan mengingatkannya untuk minum susu dan membancuhnya susu. Tiada istilah lupa bagi Emiir apabila ianya perkara berkaitan dengan kesihatan isteri dan anaknya.

“ Abang sini tangan ” Jasmin menarik tangan Emiir lalu diletakkan di atas perutnya. Terpinga-pinga Emiir, walaupun tidak mengerti dengan apa yang ingin dilakukan isterinya namun dia mengikut sahaja. Fikirnya, mungkin Jasmin mahu dia mengusap perut itu.

Sebelum disuakan di mulut, tangan mencapai telefon untuk menangkap gambar terlebih dahulu. Di dalam gambar tersebut jelas kelihatan tangan Emiir berada di atas perutnya. Tangannya pula memegang segelas susu. Yes! Perfect picture. Dia senyum lebar.

Hatimu MilikkuWhere stories live. Discover now