18

802 16 0
                                    

SELEPAS beberapa jam dalam perjalanan ke Korea, mereka tiba di sebuah hotel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SELEPAS beberapa jam dalam perjalanan ke Korea, mereka tiba di sebuah hotel. Selesai sahaja mendaftar masuk, mereka ke bilik yang telah disediakan.

“ Suka hati kau je sampai aje baring. Angkut la beg kau ni sekali. Kau ingat aku ni apa? Dah la beg berat macam bawa tong gas ” Bebel Emiir sebaik sahaja melihat Jasmin merebahkan badan di atas katil setelah memasuki bilik hotel.

“ Aku ni perempuan kau tu lelaki. Tenaga kau lagi banyak dari aku. Kau kena la tolong lagipun kau kan suami aku ”

Emiir tidak membalas namun dia hanya menjeling sahaja wanita itu. Dia membuka bagasinya lalu mencapai sepasang pakaian.

“ Awalnya kau nak mandi. Rehat la dulu. Oh, kau nak makan apa-apa tak? Aku order ” Tegur Jasmin melihat Emiir melangkah masuk ke dalam tandas.

“ Order je lah apa-apa ” Jawab Emiir malas.

20 minit berlalu, makanan pun sudah sampai dan Emiir juga baru keluar dari tandas. Dia senyum senget melihat Jasmin di meja makan sedang bermain telefon. Mungkin wanita itu sedang menunggunya sambil dia menuju ke arah meja.

“ Oh.. Dah sampai makanan. Sedapnya ” Emiir menegur buat Jasmin memandang ke arahnya tidak berkelip. Gadis itu menelan air liurnya.

Sudah diagak reaksi wanita itu apabila dia melihatnya yang masih bertuala dililit di pinggang tanpa berbaju.

“ Kau selalunya pakai baju dalam toilet siap-siap ” Ujar Jasmin dengan mata memandang segenap tubuh itu.

“ Lah.... Ni kan honeymoon kena la sexy-sexy. Untuk bini aku juga ” Sengaja Emiir menguji Jasmin.

“ Untuk aku? ” Tanya Jasmin teruja. Emiir tergelak kecil.

“ Yes. I'm yours also my body ” Jawabnya mendatar. Tangan mula mencapai sudu dan garfu.

“ Jadi, kau dah cintakan aku? ” Soalan itu serta merta membuatkan Emiir terjeda seketika sebelum dia mulakan suapannya.

“ Jom makan. Aku lapar ” Emiir menukar topik.

Riak Jasmin terus berubah. Hilang riak teruja sebentar tadi. Setiap kali dia bertanya tentang perkara itu kepada Emiir pasti lelaki itu akan mengelak dan menukar topik.

“ Malam ni kita rehat dulu. Esok baru jalan-jalan ” Emiir memberitahu disambut dengan anggukan dari Jasmin. Bersetuju.

“ Aku dah habis. Nak pakai baju dulu ” Pamit Emiir melangkah pergi dari ruang kecil itu.

Jasmin memerhati sahaja tubuh tegap itu pergi.

‘ Susah sangat ke nak jawab aku tanya? ’ Dia mengguling bola matanya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hatimu MilikkuWhere stories live. Discover now