34

964 16 0
                                    

“ WAH banyaknya barang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

WAH banyaknya barang. Mama papa pergi supermarket ke? ” Tanya Jasmin sebaik sahaja tiba di ruang dapur. Dia melihat mama dan adiknya sedang menyusun susu di dalam peti.

Dahinya berkerut melihat susu-susu kotak itu. Emiir ada di sini kah?

“ Nah ” Aqil hulur sekotak aiskrim durian kepada Jasmin.

“ Akak minta Aqil belikan satu je bukan sekotak ” Jasmin tergelak kecil. Lain macam adiknya ni.

“ Bukan Aqil yang beli ”

“ La habis tu siapa? Papa eh ” Soal Jasmin sedang menikmati aiskrim itu. Sedapnya!

Aqil diam membisu.

“ Aqil, kakak tanya ni. Siapa yang belikan semua barang ni? ” Soal Jasmin tidak puas hati apabila melihat adiknya memulaukan soalannya.

“ Suami Jas la yang belikan ” Jawab Puan Asma.

“ Kenapa dia belikan untuk keluarga kita? ” Jasmin menyoal menyampah.

“ Emiir pun keluarga kita juga ” Jasmin mengguling bola matanya mendengar balasan mamanya.

“ Ye lah. Aqil tolong simpan aiskrim ni. Akak nak makan satu je ” Dia menolak kotak aiskrim itu sedikit. Nak makan satu la konon. Tangan kanan sedang disuakan di mulut mengulum aiskrim. Tangan kiri memegang aiskrim lalu disorokkan di belakang badan.

“ Nak pergi mana Jas? ” Puan Asma melihat anaknya berjalan keluar dari ruang dapur.

Jasmin berpaling. “ Naik ke bilik. Nak solat maghrib dulu ”

“ Jangan lupa turun dinner ” Pesan Puan Asma. Jasmin mengangguk.

Di pertengahan jalan, tiba-tiba otaknya terlintas sesuatu.

‘ Entah-entah dia ada dekat sini ’ Dia menggeleng kepalanya perlahan.

Sebaik sahaja sampai di pintu biliknya, pintu bilik Aqil terbuka dan tubuh Emiir keluar dari situ. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain sebelum Jasmin cepat-cepat masuk ke dalam biliknya.

Sudah lama dia tidak bersua dengan isterinya. Jiwa nya semakin meronta-ronta mahukan wanita itu. Jantungnya berdetak laju apabila melihat sosok tubuh isterinya.

Dia cuba mengetuk pintu bilik Jasmin kemudian memulas tombol pintu itu. Namun, dikunci dari dalam.

“ Sayang buka pintu ni please. Abang nak jumpa isteri abang. Abang rindu sangat-sangat ” Luahnya di muka pintu itu.

Jasmin diam di birai katil. Hatinya masih sakit dengan apa yang berlaku lagi-lagi dengan penipuan Emiir.

“ Saya tak nak jumpa awak. Balik lah ” Balas Jasmin kasar.

“ Ya, nanti abang balik tapi bagi lah abang jumpa sayang dulu ” Pinta Emiir lagi.

“ Awak tak faham bahasa ke? Saya tak nak jumpa awak! ”

Hatimu MilikkuWhere stories live. Discover now