"Air apa ni?" Penuh curiga suara Eshal.

"Dah baca-baca ruqyah untuk halau jin dan syaitan."

Sekali lagi Eshal menghadiahkan jelingan mautnya. Ardean ketawa perlahan.

"Just kidding. Air mineral biasa, Cik Eshal. Suci daripada Potassium Cyanide. Hanya ada normal minerals.Sodium, Potasssium, Calcium, Magne..." Belum sempat Ardean habiskan kata-katanya, laju Eshal menyambarnya. Lelaki itu boleh tahan loyar buruknya. Sampaikan dia terfikir, air itu elok dia minum atau ketuk kepala orang ya?

Nasib dia memang tengah haus. Eshal pulas penutup hijau botol air Spritzer itu. Senang. Terus tangannya kaku. Pandang botol air mineral di tangannya. Kemudian pandang Ardean di sebelah.

"Awak dah minum ke air ni?" soal Eshal. Curiga lagi. Penutup botol air itu memang ada kesan sudah dibuka walaupun isinya masih penuh.

"Kalau dah minum apa salahnya? Sharing is caring." Ardean senyum senget. Namun, sebelum air itu rosakkan gaya rambutnya yang memerlukan masa hampir setengah jam untuk siap itu, Ardean sambung lagi.

"Saya gurau, Cik Eshal. Jangan risau. Air baru. Air Cik Eshal dalam meeting room tadi."

Kedua-dua kening Eshal berkerut sedikit. Pelik.

"Saya nampak Cik Eshal susah nak buka botol air tu tadi. Jadi, saya tolong bukakan terus penutupnya," jelas Ardean lagi bila nampak wajah keliru Eshal.

Eshal sedikit tergamam mendengarnya. Dia tak tahu Ardean perasan semua itu. Padahal Ardean duduk di bahagian belakang. Memang naik merah tangannya memulas penutup botol air yang sungguh liat itu. Sehingga dia akhirnya mengalah. Dia sanggup tak minum daripada meminta tolong dengan lelaki-lelaki angkuh yang duduk semeja dengannya tadi.

Eshal tanpa membuang masa terus meneguk air di tangannya itu dengan rakus. Dahaga! Dua jam berbincang di dalam bilik berpendingin hawa, tambah pula bertekak dan menahan marah, memang kering tekaknya. Separuh air itu masuk ke perutnya.

Bila dah minum, Eshal rasa sedikit tenang. Mungkin sifat air itu sendiri adalah menenangkan. Atau entah-entah memang betul lelaki sebelahnya ini dah ruqyahkan air itu. Terbang habis segala jin dan syaitan.

Ardean yang melihatnya pula hanya senyum. Puas hati.

Mereka sama-sama diam. Laluan itu masih sunyi. Masih tiada staf lain yang lalu-lalang. Berada berdua-duaan dengan Ardean di atas kerusi panjang itu buatkan Eshal rasa sesuatu. Dia menoleh ke arah Ardean. Ardean yang melihat Eshal berpusing ke arahnya automatik ukir senyum manis.

"Kita pernah jumpa ke sebelum ni?" Eshal bertanya. Rasa seperti ada memori jauh yang mahu muncul. Tapi masih samar-samar buatkan dia hanya separa yakin. Boleh jadi dia salah orang. Tapi ini bukan kali pertama dia rasa macam ni dengan Ardean.

"Auch, saya terluka!" Ardean pegang dada kirinya. Gaya seolah-olah sedang sakit di situ.

Apa lagi drama mamat ni?

"Andai kita pernah berjumpa, itu tandanya saya tak cukup kacak untuk buatkan Cik Eshal ingat saya."

Eshal mencebik tanda menyampah. Tapi Ardean ada betulnya. Walaupun spesis berkromosom XY itu banyak menyakitkan hati, dia tak nafikan Ardean memang dalam kategori yang kacak. Walaupun bertemu sekali, itu dah cukup untuk wajahnya terpahat dalam ingatan sesiapa. Buktinya, baru dua hari dia di sini sudah menjadi buah mulut warga Empayar.

Jadi, apa yang Ardean maksudkan, mereka belum pernah bertemu. Kalau pun mereka pernah jumpa, pasti Ardean juga akan mengecamnya.

Atau...

Lelaki AstatineWhere stories live. Discover now