12 - NADINE SOFEA

Start from the beginning
                                    

Bagaimana kalau Harlem memang betul-betul sukakan dia juga?

Lagipun, dia bukan Tuhan untuk mengetahui isi hati manusia. Mungkin selama ini Nadine sudah salah faham tentang perasaan Harlem terhadap Lilia.

Langkah semakin dilajukan untuk menemui Harlem. Ketika ini hatinya seperti dilanda musim bunga.

"Nadine..."

Harlem senyum lebar apabila menyedari kehadiran Nadine di situ. Kaki bergerak menuju gadis itu dan meraih tangan Nadine.

Jantung milik Nadine semakin berdegup tidak menentu. Ini bukan mimpi, kan?

"Kenapa awak nak jumpa saya?" soal Nadine gugup.

Harlem senyum tersipu malu.

"For you." sejambak bunga tulip putih diberikan kepada Harlem.

"Thanks. Cantik." bunga bertukar tangan.

Harlem berdehem seketika sebelum membuka mulut.

"Nadine..." sebelah tangan Nadine diraih dan digenggam erat. Matanya memanah mata bundar jernih milik Nadine.

Hanya Tuhan saja yang dapat meredakan bunyi degupan jantung Nadine ketika ini.

"Aku-..."

Nadine menggigit bibir. Genggaman tangan Harlem turut dibalas erat.

"Aku-" Lidah Harlem kelu. Entah berapa kali Harlem berdehem mengatur suara.

Sungguh Nadine tidak sabar menunggu ayat paling indah itu.

"Iya, Harlem? Kenapa dengan awak?"

"A-aku..."

"Aku cintakan kau, Nadine."

Bunga-bunga sakura sedang berterbangan di seluruh hati milim Nadine. Air matanya bergenangan. Ingin saja dia terus merangkul tubuh Harlem di situ.

Dia seakan bermimpi. Namun kenyataannya dia sedang berpijak di bumi yang nyata. Bukan ilusi. Bukan juga mimpi.

"Saya cintakan-"

"Nad, Lilia dah datang. Wish me luck." potong Harlem. Tangan Nadine terus dilepaskan.

Nadine terpanar seketika. Baru saja hati meyakinkan diri bahawa semua tadi bukan mimpi namun Nadine seperti baru sedar bahawa inilah realiti yang sebenarnya.

"Thanks tolong aku. Aku harap aku dapat luahkan perasaan aku macam mana aku dah buat tadi. Bunga ini untuk kau." pipi Nadine diusap sebelum berlari anak mendapatkan Lilia.

Nadine terdiam seribu kata. Kali ini, hatinya terus ranap.

Hancur disebabkan lelaki yang dicintai.

* * * * *


Ceritakan padaku
Cerita yang terdahulu
Kisah cinta yang pernah kau tahu
Sempurna selalu pada kau dan aku

Ceritakan semua
Cerita kita cita bersama
Kisah terindah pernah ku rasa
Selama pernah jantung ku bernyawa

Berdua hanya kau dan aku-

"Stop."

Suara Miss Yasmine menghentikan nyanyian Nadine serta alunan muzik yang dimainkan.

Semua yang berada di situ serentak memandang guru muzik mereka.

"Nadine, are you okay?" soal Miss Yasmeen ingin tahu.

Semua mata beralih ke arah Nadine pula. Gadis itu terpinga-pinga.

"S-saya okay, miss." jawab Nadine senyum nipis.

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now