CHAPTER 59 - Power of Love

Start from the beginning
                                    

Fekiro hanya menggeleng kepalanya.

Kemudian, Tatsumaki memandang ke arah Lily.

"Aku faham perasaan kau, Lily. Tapi, please. Cuma kali ni je aku mintak kau kotorkan tangan kau...kalau kau rasa susah jugak nak buat, cuma pastikan budak-budak yang kau lawan tu nanti, diorang gunakan seluruh tenaga dan mana diorang. Itu je aku mintak." Gumam Tatsumaki. Nadanya seperti merayu.

"..."

Lily hanya membisu untuk seketika. Dahinya berkerut.

Kawan-kawannya menunggu jawapan Lily dengan penuh kesabaran.

Selepas beberapa saat, Lily menghela nafas seperti mengalah.

"Fine. I will try."

Tatsumaki tersengih.

"That's good enough for me!"

~Scene Changes~

Present Time/ Waktu Sekarang.

Di satu tempat yang kosong. Ia seperti ruang dimensi yang berlainan dari realiti.

Ruangan tersebut berwarna hijau cair yang amat cerah.

Di tengah ruangan tersebut, satu susuk wanita sedang terapung.

Kulitnya berwarna sawo matang, rambutnya kuning keputihan, wajahnya boleh dikatakan cantik.

Dia memakai gaun putih yang diperbuat dari kain sutera.

Lily Ygdrassil mempunyai wajah yang tenang sambil matanya tertutup.

'Aku kat mana ni?' getus hatinya.

'...aku dah mati ke!?'

Lily menjadi cemas untuk seketika. Namun, dia kembali tenang semula.

'Ah! Aku baru teringat apa yang terjadi...'

Satu senyuman kecil terukir di bibir Lily. Lega dan tenang.

Dia kalah dalam perlawanannya dengan Luke. Tetapi, sekurang-kurangnya, dia telah sembuhkan semua orang yang tercedera di bandar Ditoria.

Tambahan lagi, dia telah confess kepada Luke perasaan sebenarnya. Dan, dia dapat tahu, Luke juga, walaupun sikit, rasa perkara yang sama juga.

Itu sahaja yang penting bagi Lily.

Kemudian, dahi Lily berkerut. Matanya masih tertutup.

"Aku tak berjaya buatkan Luke guna kuasa penuhnya...tapi, sekurang-kurangnya, aku guna kuasa penuh aku! Itu kira sama jugak lah, kan?" Gumam Lily.

"Tambahan lagi, ahli guild yang lain aku lawan, diorang semua guna kuasa penuh. Cuma Luke sorang je tak....aku harap Tatsu tak marah aku lah pasal ni..."

Kemudian, Lily mendengus lembut sambil tertawa kecil.

"Keh! Itu pon kalau aku masih ada peluang untuk jumpa dia lepas ni..."

Lily membisu untuk seketika. Satu senyuman yang lebar terukir di bibir.

Selepas dia gunakan teknik terakhirnya itu, Yggdrasil, dia sedar, nyawa dia pasti akan melayang.

The Heir of Sun DragonWhere stories live. Discover now