BAB 42 | DENDAM CINTA 2

Start from the beginning
                                    

"Saya minta maaf sebab baru sekarang saya ada keberanian untuk bagitahu Cik Ris tentang perkara ni. Sebenarnya dah lama saya nak cerita pada Cik Ris, cuma saya terhutang budi pada Encik Harraz. Sebabkan tu saya tutup mulut," ujar Iqbal, kesal.

"Keadaan masa tu buat saya pilih jalan ni, Cik Ris. Dengan adik yang sakit, saya perlukan duit yang banyak. Encik Harraz tawarkan pertolongan dengan syarat, identiti Encik Damian dirahsiakan dan saya perlu yakinkan Cik Ris yang Encik Harraz ialah teman lelaki Cik Lisa. Masa saya cakap dengan Cik Ris yang saya silap orang... sebenarnya itu salah satu rancangan Encik Harraz. Encik Harraz buat semua tu sebab nakkan Cik Ris semula. Dengan cara tu je Cik Ris boleh ada dalam genggaman dia," tambah Iqbal lagi.

Raut sendu Marissa dipandang simpati. Andai dia mempunyai kuasa untuk putarkan waktu, Iqbal takkan pilih jalan singkat begitu. Dia akan berusaha untuk mencari wang demi adiknya.

"Tapi kenapa..." Marissa tak mampu habiskan ayat. Hatinya dah lumat-selumatnya. Kebencian dia pada Harraz semakin menggunung. Rasa sakit itu... tak boleh diungkap! Kenapa cara keji itu juga yang Harraz pilih? Yang paling memeritkan sekali, kenapa mama dan papanya juga memilih untuk menutup mulut serta bersekongkol dengan lelaki kejam itu? Tuhan, beratnya ujian yang perlu Marissa pikul kala ini. Bertubi-tubi sehinggakan dia tiada daya untuk menampu bebannya seorang diri.

Kecewa yang Marissa lalui turut memberi kesan pada Adam. Ikutkan hati yang mendongkol marah, mahu dipecahkan saja muka Harraz. Mana pergi hati nurani seorang manusia dalam diri lelaki itu? Apa Harraz tak fikir impaknya jika dia berterusan untuk berahsia? Lihat sajalah luka emosi yang lelaki itu ditanggalkan pada Marissa. Sekarang ini, mahu ditambah pula dengan luka batin wanita itu?

"Jadi, selama ni saya diperbodohkan oleh awak dan dia? Konon-kononnya awak berjaya dapatkan tempat dalam pejabat tu untuk saya... rupa-rupanya semuanya dah dirancang, kan? Harraz tahu saya akan cari siapa yang buat kawan baik saya menderita. Jadi, dia ambil peluang tu supaya dia dapat rapat semula dengan saya. Bodohnya aku masa tu..." Gelak kecil seraya menyeka air mata yang jatuh. Marissa... kau memang dungu!

Iqbal jatuhkan muka, matanya dipejamkan rapat. Patutlah hidup dia tak pernah tenang selama ni meskipun kewangan yang dimilili kian stabil. Rupa-rupanya, dosa dia pada manusia belum selesai lagi. Patutlah acap kali dia bermimpi tentang Marissa. Mujurlah Tuhan menjentik hatinya.

"Saya minta maaf, Cik Ris."

Tawar senyuman Marissa tatkala melihat kesungguhan Iqbal mengaku khilafnya. Tak adik buat lelaki itu jika dia terus mengeraskan hati untuk tidak memaafkan. Iqbal tak salah. Pemuda itu juga salah seorang mangsa Harraz, sama seperti dia.

Lagipun, Iqbal terdesak tika itu. Marissa yakin, kalau tak kerana keadaan yang memaksa, Iqbal takkan mengkhianati dia. Andai dia berada di tempat Iqbal waktu itu, mungkin Marissa juga akan memilih jalan yang sama. Demi orang yang tersayang, kita akan sanggup buat apa sahaja.

"Tak perlulah awak minta maaf. Benda dah jadi, kan? Saya pun dah pernah berkahwin dengan dia. Apa yang jadi dalam hidup saya sekarang, mungkin kifarah untuk dosa-dosa lampau saya." Kelat senyuman yang Marissa cuba ukir. Dalam keadaan begini, apa lagi yang boleh dia fikir selain perkara negatif saja?

"Tapi Cik Ris tak bersalah. Mereka yang cuba perangkap Cik Ris."

Hidung Marissa terasa kebas serentak tubir matanya mula bergenang. Entah apa dosanya pada mereka sehingga Dee yang dianggap darah daging sendiri pun sanggup khianati kepercayaannya. Andai kata Dee memilih untuk berterus-terang, mungkin akan ada sinar untuk hubungan mereka ini. Tapi tidak... Dee memilih untuk mengikut rancangan tidak masuk akal Harraz itu.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now