BAB 31 | DENDAM CINTA 2

5.6K 454 36
                                    

     *publish semula bcoz ada setengah part yg hilang.*

KETAWA girang Marissa mendengar cerita Diana. Tak kering gusinya bila keluar dengan gadis muda itu. Ada saja berita dan gosip-gosip yang berlaku di pejabatnya diceritakan kepada Marissa. Sampai berair hujung mata Marissa dek terlalu banyak ketawa.

"Betul, Cik Ris! Naim dengan Ziana tu hot couple dekat ofis. Pergi kerja datang sekali. Lunch makan sekali. Sampai habis kerja pun dia orang berdua tu balik sekali. Betul-betul tengah dilamun cinta!" Bersungguh-sungguh Diana bercerita. Sepotong kek red velvet disuapkan ke dalam mulut.

Mengekek Marissa gelak. Tak sangka Naim si sotong kering tu sudah mempunyai buah hati. Yang kelakarnya, Naim bercinta dengan Ziana, minah kepochi dekat ofis tu. Kalau dulu, Naim memang anti sungguh dengan mulut murai Ziana.

Ziana mulut tempayanlah. Ziana makcik bawanglah. Ziana itu. Ziana ini. Sampai boleh jadi perang kalau dua makhluk itu berlawan mulut. Tup-tup sekarang dah jadi pasangan hot pula.

"Habis tu sekarang dia orang dah tak bergaduh lagi?" Hujung mata yang basah diseka dengan jari. Kebas rahangnya kerana tak berhenti gelak dari tadi. Aduhai, pagi-pagi lagi dah buat dia senak perut.

Diana menggeleng. Hujung straw dimainkan di bibir sebelum air kosong disedut laju. Kering tekaknya makan kek yang manis ni.

"Tak bergaduh dah. Sejak dia orang dah declare couple ni, Naim jadi protective. Siapa yang usik Ziana, memang nak kenalah dengan si sotong kering tu. Ziana pun sama. Siapa yang kutuk atau panggil Naim sotong kering, memang nak kena sembur tujuh hari tujuh malam dengan dia. Sejak tu, kita orang tak berani lagi nak panggil Naim sotong kering. Kalau nak mengumpat pun, pastikan telinga lintah Ziana tu tak dengar."

Bergawang-gawangkan tangan Diana di udara. Bersungguh benar dia bercerita. Tengok Marissa ketawa, Diana pun turut sama melepaskan gelak. Seronok dia dapat berjumpa dengan Marissa.

"Saya rindu Cik Ris tau." Tangan Marissa di atas meja dicapai. Betul, dia tak tipu. Diana memang rindukan Marissa. Rindukan hubungan akrab mereka seperti dulu. Paling ketara sekali sewaktu mereka masih bekerja di bawah satu bumbung.

Marissa senyum terharu. Genggaman tangan Diana dibalas mesra. Selain Aini, Diana juga dianggap sebagai teman rapatnya. Sudah berkali-kali dia melarang Diana memanggilnya Cik Ris, tapi gadis itu tetap berdegil juga. Sudahnya, Marissa akur.

"Awak ni Diana, bercakap macamlah dah lama sangat kita tak keluar sama-sama. Mengada tau!" usik Marissa, tergelak halus.

Panjang muncung Diana.

"Kita jarang keluar berdua. Selalu keluar pun ada boyfriend Cik Ris. Siapa nama dia? Doktor Adam kan?" Diana jongket kening berkali-kali. Nakal lirikan dia terarah pada wajah Marissa yang bertukar kemerahan.

"Boyfriend apanya? Memandai-mandai ajelah awak ni. Adam tu kawan saya. Kami kenal kat Ireland." Marissa bulatkan mata, menafikan tuduhan tak berasas Diana.

Tersengih-sengih Diana memandang muka merah Marissa. Nampak sangat apa yang dia cakap tadi tu benar belaka. Cuma Marissa masih mahu menyorok perasaannya.

"Kalau boyfriend pun apa salahnya. Dua-dua single, kan?" Masih galak mengusik, Diana mengenakan Marissa lagi.

Marissa tepuk perlahan tangan Diana di atas meja. Malas mahu melayan usikan gadis itu, Marissa berpura-pura sibuk. Sengihan Diana dibuat tak nampak.

"Hai, may I join you guys?"

Marissa dan Diana sama-sama menoleh. Berkerut dahi Diana memandang seorang lelaki di hadapan mereka ketika ini. Siap dengan pakej senyuman bak Darlie lagi.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now