BAB 4 | DENDAM CINTA 2

6.6K 628 302
                                    

     "NAIM, aku nak kau sediakan cek bernilai lima puluh ribu ringgit," ujar Harraz, serius. Dia memandang pembantu peribadinya yang berkerut dahi.

"Lima puluh ribu ringgit tu untuk siapa pula, bos?" soal Naim.

"Kos rawatan ayah mertua aku," jawabnya malas-malas.

Makin bertambah kerutan di dahi Naim. Kepala yang tidak gatal digaru.

"Tadi bos suruh saya sediakan Rm 500k, sekarang ni, Rm 50k pula? Yang mana satu ni, bos?"

Harraz mendengus.

"Itu cerita tadi. Sekarang cerita lain pula. Lagipun, aku tak rasa kos pemedahan bapa mertua aku semahal itu. Aku rasa ada benda tak kena dengan Natalia ni. Masa dia call aku tadi pun, aku dah rasa pelik." Harraz mula sangsi.

Sengaja dia tidak menunjukkan rasa itu ketika berbual dengan Natalia tadi. Harraz tak mahu wanita itu perasan yang dia telah mengesyaki Natalia yang bukan-bukan.

"Pelik? Pelik kenapa bos?" Naim menyibuk. Dia menarik kerusi di hadapan majikannya itu. Perhatian diberikan meskipun Harraz tidak berkata apa-apa lagi. Si sepet ni memang kaki penyibuk orangnya!

"Amboi, laju je kau kalau hal rumah tangga aku eh?" perli Harraz seraya menjeling tajam ke arah Naim yang tersengih-sengih.

"Cerita la, bos. Saya ni boleh dipercayai tau. Semua rahsia bos saya simpan dalam poket," beritahu Naim selamba. Terbuntang mata Harraz. Nak aje dia luku kepala si sepet tu.

Buat beberapa detik, Harraz mendiamkan diri. Berkira-kira sama ada ingin meluahkan atau tidak kepada Naim.

"Aku rasa ada yang tak kena dengan Natalia ni," tutur Harraz diselangi helaan berat. Sejak akhir-akhir ini, dia sering berasa curiga terhadap isteri mudanya itu.

Natalia kelihatan semakin liar sejak Marissa pergi dari hidupnya. Tiap-tiap malam, pasti wanita itu akan curi-curi keluar. Bukan Harraz tak perasan, tapi dia malas nak tegur dan mahu melihat sejauh mana Natalia ingin meneruskan aktiviti tersoroknya itu.

Pula tu, Natalia sering pulang ke rumah lewat malam. Ada sekali tu, Harraz mengintai yang isterinya pulang bersama seorang lelaki. Tidak pasti siapa dan Harraz malas nak ambil tahu. Mungkin kenalan rapat Natalia. Teka Harraz.

"Maksud bos apa?"

Serentak itu, Harraz terus mengalihkan pandangannya. Lelaki muda di hadapannya ditenung dalam. Mungkin Naim lebih tahu dan kenal Natalia daripadanya? Dan bolehlah dia mengorek segala maklumat tentang isterinya daripada Naim?

"Aku nak tanya kau, sebelum Natalia kahwin dengan aku, dia ada boyfriend?" Tanpa menjawab pertanyaan Naim tadi, Harraz memulangkan semula soalan kepada pemuda itu.

Sedikit hairan dengan soalan majikannya, mulut Naim terbuka sedikit. Keningnya digaru-garu pelik. Lain macam soalan bosnya itu. Kenapa baru sekarang nak tanya? Kenapa sebelum kahwin tak tanya dulu?

"Rasanya tak ada. Saya tak pernah pun nampak dia keluar dengan mana-mana lelaki. Lagipun, dari zaman bekerja lagi Natalia memang suka kat bos je. Bos tak tahu ke?"

Terkunci rapat bibir Harraz. Kenyataan Naim sedikit sebanyak menyentakkan dirinya. Jadi, betullah desas-desus yang dia dengar dulu? Wanita itu sememangnya mempunyai perasaan terhadap dirinya?

"Kenapa bos tanya saya soalan tu? Err, bos dengan Natalia okey ke?" Bukan mahu menyibuk, Naim cuma mengambil berat saja. Dia bukan tak kenal Natalia tu macam mana.

"Entahlah, Naim. Sejak kebelakangan ni, dia selalu keluar rumah pada waktu malam. Aku tak kesah kalau dia nak keluar sekalipun, yang buat aku hairan bila dia keluar masa aku dah masuk tidur. Dalam pukul satu atau dua pagi macam tu. Dan yang lagi pelik, buat apa dia keluar time pagi buta tu? Bukan sekali, tapi kerap, Naim."

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now