BAB 7 | DENDAM CINTA 2

7K 726 277
                                    

DARI tadi sepasang mata helang itu asyik merenung dua orang gadis yang sedang galak ketawa. Matanya seakan digam dan terus terpusat pada seraut wajah yang manis tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Dan tanpa sedar, bibirnya turut mengukir satu senyuman lebar. Kacak!

"Kau tenung siapa tu, Harraz?" Satu suara menegur sekali gus mengalihkan perhatiannya ke sisi. Kelihatan abangnya, Damian meletakkan beberapa buah buku di sebelah lalu mengambil tempat di hadapannya.

"Bidadari," ujar Harraz lantas melemparkan semula perhatiannya pada dua orang gadis itu.

Terjongket kening Damian. Dia berpusing ke belakang dan turut melihat bidadari yang dikatakan oleh adiknya tadi. Selajur, Damian terangguk-angguk. Faham dengan maksud Harraz tadi.

"Yang mana satu? Blouse putih atau biru?" soal Damian. Dia kenal sangat dengan dua orang gadis tersebut. Salah seorang daripada mereka pernah menjadi igauannya.

"Putih," jawab Harraz sepatah. Dia masih ralit dengan pemandangan yang tidak jauh daripada dia dan Damian. Kini, dua orang gadis itu sedang menelaah pelajaran. Sesekali, mereka bertepuk tampar tatkala salah seorang daripada mereka saling mengusik. Harraz cuma memerhati dari jauh.

"Pandai kau pilih. Cantikkan dia? Nama perempuan tu Marissa Jasmine." Damian memberitahu.

Sontak, Harraz memandang Damian. Berkerut dahi dia.

"Macam mana kau tahu nama dia? Kau kenal diaorang tu ke, Damian?"

Damian menyengih. Dia menganggukkan kepalanya.

"Kenal sangat. Dulu aku pun tercrush dekat si Marissa tu. Tapi tu waktu mula-mula aku nampak dia la. Sekarang tak. Kau tahulah aku ni macam mana. Susah nak stay dengan seorang perempuan saja. Lagipun, Marissa tu payah betul aku nak tackle. Jual mahal betul." Damian mula bercerita. Sesekali, dia menoleh ke belakang.

"Aku tak pernah tahu pun?"

Damian gelak.

"Macam mana kau nak tahu kalau hidup kau cuma pandang buku je? Lepastu terperap dalam bilik macam anak dara. Hei, ubahlah sikit perangai tu. Kau lelaki bukannya perempuan. Cuba jadi macam aku ni. Berapa ramai awek yang aku dah tackle? Kau? Seorang pun tak lekat. Enjoy yourself, man. Masa nilah kita nak puaskan diri kita," komen Damian namun diselitkan juga perlian buat Harraz. Adik kembarnya.

Yalah adiknya itu nerd betul. Asyik berkepit dengan buku saja. Langsung tidak mahu mencampurkan diri dengan rakan-rakan yang lain. Damian faham, kehidupan di bumi England dan Malaysia lain. Mungkin Harraz tidak biasa. Lain pula dengan Damian, dia memang liar dari dulu lagi. Perempuan keliling pinggang!

"Yang blouse biru tu siapa pula?" Kini, matanya tertarik pada gadis yang memakai blouse biru lembut. Tak kurang cantiknya. Namun, pada mata Harraz, Marissa memiliki kecantikan yang lebih lagi. Wajah gadis itu manis. Dihiasi pula dengan lesung pipitnya, menampakkan Marissa lebih ayu. Sejujurnya, Harraz terpukau.

"Oh yang tu Dee. Bestie Marissa. Diaorang berdua tu memang selalu berkepit je." Tangan Damian laju menari di atas papan kekunci MacBooknya. Sesekali, dia memanggung kepala melihat adiknya yang dari tadi merenung Marissa.

"Kau suka si Marissa tu ke?" soal Damian tak semena-mena.

"Nak kata suka tu, maybelah. Tapi takdelah sampai jatuh cinta. But, si Dee tu pun cantik juga eh? Aku macam berkenan pula." Harraz ketawa kecil.

Terbelalak mata Damian. Wah, lain macam bicara Harraz kali ini.

"Amboi, kau nak ikut jejak langkah abang kau ni ke?" Ditolak ke tepi MacBooknya.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now