BAB 2 | DENDAM CINTA 2

7.4K 646 228
                                    

       ADAM menghempaskan tubuhnya di atas katil bersaiz King itu. Tali lehernya dilonggarkan. Penat setelah seharian merawat pesakit yang datang berpusu-pusu ke hospital. Itu belum lagi panggilan daripada unit kecemasan. Sungguh, fizikalnya terlalu letih.

    "My sweetie Jasmine buat apa ek sekarang? Kalau waktu macam ni, mesti dia tengah baca novel." Cukup perlahan Adam membebel. Ingat saja pada si pujaan hati, muka yang tadi kelam daripada sebarang senyuman kini melebar ibarat bunga yang sedang berkembang mekar.

   Sedetik, Adam membawa keluar telefonnya.

    "Nak call ke taknak call?" Adam menyandarkan tubuhnya di kepala katil. Matanya meliar melihat dinding bilik yang bercat kelabu itu.

    "Call jelah. Tak boleh tahan dah rindu ni. Ada aku mengigau nanti sebab rindukan suara dia," leter Adam tersengih-sengih.

    Kalau Marissa dengar ni, memang dia kena hempuk dengan wanita itu. Mesti perkataan yang keluar dari bibir Marissa adalah 'gatal.' Tapi dia memang gatal pun. Cuma miangnya itu special buat perempuan yang bernama Marissa Jasmine. Peh Adam, bukan main lagi!

    Belum sempat dia mahu menelefon Marissa, telefonnya terlebih dahulu berbunyi minta diangkat. Nama si pemanggil dilihat.

   "Aduh, aku baru nak dating dengan Jasmine. Kacau daun betul mamat sorang ni!" rungut Adam tidak puas hati. Dalam keterpaksaan, panggilan itu dijawab juga.

   "Hmm, hello!" Keningnya digaru lama.

   "Tuan, saya dah dapat maklumat tentang perempuan tu. Nur Natalia binti Osman. Isteri kedua kepada Harraz Daniel," ujar si pemanggil dari corong telefon. Tegak terus tubuh badan Adam. Wajahnya berubah serius.

   "Maklumat apa yang kau dapat, Yazid? Kalau setakat biodata dia, aku taknak tahu." Keras intonasi Adam.

   Terdengar tarikan nafas daripada Yazid.

   "Bukan, maklumat perempuan ni ada kena mengena dengan Puan Jasmine."

   Adam bingkas bangun lantas menuju ke luar biliknya. Sebuah kerusi dan meja kecil dihampiri. Hilang terus rasa penatnya saat nama perempuan yang dicintainya menyapa pendengaran.

    "Teruskan. Aku nak tahu semuanya."

   "Dari maklumat yang saya dapat, apa yang jadi pada Puan Jasmine malam tu sememangnya dirancang. Saya ada jumpa sehelai sapu tangan dekat rumah tu. Dan saya dapati ada cecair kloroform yang digunakan. Confirm, dalangnya ialah Natalia dan seorang lelaki, Irfan. Saya syak lelaki tu kekasih gelap Natalia. Oh ya, untuk pengetahuan Tuan, rumah tu tidak berpenghuni sejak Puan Jasmine keluar." Tenang Yazid berkata.

   Membulat mata Adam. Buku limanya terus dikepal. Dan tak semena-mena, dia menghentak meja kaca itu.

   "Kurang ajar!" jerkah Adam, marah. Butang kemejanya terus dibuka.

    "Ada lagi satu perkara yang Tuan kena tahu." Yazid menggeleng tatkala membaca maklumat di tangannya.

    Adam diam. Menanti omongan seterusnya daripada orang upahannya, Yazid.

   "Anak yang Natalia kandungkan bukan anak Harraz Daniel. Tapi anak Irfan. Lelaki yang bersekongkol dengan Natalia untuk kenakan Puan Jasmine."

   Terkejut.

   "Mana kau tahu semua ni, Yazid? Kau pasti apa yang kau cakap dekat aku ni benda yang betul?" Ragu-ragu Adam nak percaya.

   "Pasti, Tuan. Budak lelaki tu sendiri yang mengaku. Dia buat semua tu demi duit. Natalia pula terpaksa tipu Harraz sebab perempuan tu nak Harraz percaya apa yang berlaku dekat Johor tu bukan rancangannya semata-mata. Tapi dia nak Harraz percaya yang lelaki tu dah sentuh dia dan buat dia mengandung. Semuanya kerana harta dan Natalia nak lihat Puan Jasmine merana. Apa yang jadi pada rumah tangga Puan Jasmine dan Harraz Daniel sudah dirancang."

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now