Bab 30 - Finale S1

715 10 1
                                    

Sekejap-sekejap, Nazira mengerling ke jam tangannya. Entah lama betul si Aryan pergi beli makanan.

"Nazira, saya nak beli makanan tu kejap" Nazira memandang ke arah tempat yang ditunjuk Aryan. Penuh. Ramai sangat orang beratur.

"There? no, no, no, not possible. Jom"

Aryan enggan bergerak. "Please, kejap je. Awak tunggu dekat sana dulu" muncungnya menghala ke arah bangku kecil yang terletak tidak jauh dari tempat mereka.

Ingin saja dilawannya, tapi Nazira terpaksa bersetuju. Dia malas hendak adu kata-kata dengan lelaki ni. "Yelah, pergilah cepat. Lambat, tinggal"

"Okay okay" Aryan terus berlari menyelinap di sebalik barisan orang ramai itu.

Now, dah lebih 30 minit dia tunggu. Nazira mendongakkan kepalanya. Matanya tidak silau. Awan sedang mendung.

"Hujan kah?"

Titisan air hujan mulai jatuh di batang hidungnya. Ah, dia sendiri yang terlupa untuk cek ramalan cuaca.

Telefonnya berdering. Dia menjawab panggilan Shadow. "Haah, sini dah start macam nak hujan"

"Apa? Tornado?" Nazira mengerut dahi.

"Yes, tak buka ramalan cuaca?" Nazira menepuk dahinya sendiri. Dasar diri sendiri!

Sedang dia ralit menjawab telefon, mata Nazira akhirnya terpaku pada si Aryan yang sedang berjalan ke arahnya dengan kerut di dahi.

'Lelaki ni dah kenapa pula..'

"Nak selamat, better gerak sekarang. Dekat mana sekarang?" Shadow menyambung apabila tiada balasan daripada Nazira.

"Masih dekat pasar dengan Aryan. 30 minit? jauhnya. Sempat ke nak elak cuaca? lainlah kalau lari-" lagi sekali dia melihat Aryan seperti menahan kesakitan.

Nazira berubah fikiran. "Shadow, kau kata kau ada rumah untuk bawahan kau dekat sini kan? bagi aku alamat"

"What the-"

"Bagi jelah" Nazira desak. Selang 2 minit, dia mematikan panggilan itu.

Dia lantas menarik lengan Aryan untuk mengikutinya. "Tapi Nazira, bukan teksi arah sana ke-"

Nazira diam.

*******

"Dasar bodoh" Aryan diam. Tidak boleh menyampuk kalau Nazira sudah marah.

Tangan Nazira ralit membalut telapak kaki Aryan.

Lelaki itu sebenarnya terseliub ketika di pasar. Patutlah lama sangat. "Kenapa tadi tak bagitahu?" Nazira mendongak memandang Aryan.

"Bukan taknak.. tapi fikir okay je. Sebab tak nampak macam teruk pun" balas Aryan. Senyumannya terukir. Dia suka sebenarnya melihat Nazira peduli padanya.

"Sengih-sengih, patah kaki ni baru tahu" Nazira sengaja menolak tapak kakinya ketepi. "Adeh-dehh-deh sakit sakit" Aryan mengaduh.

"Lain kali bagitahu" bebel Nazira lagi.

"Saya minta maaf.." jawab Aryan.

Nazira mengalihkan pandangannya. "Minta maaf pun bukan boleh buat apa.." perlahan kata-katanya.

Bukannya dia benci pada lelaki ni.

"Nazira, saya minta maaf"

Bukan. Bukan Aryan yang sepatutnya memohon maaf. Tapi dia. Haruskah dia ucapkan? Daripada mula lagi..

Bolehkah dia bertanya. Sekiranya Aryan benar-benar mahukan dirinya.

Nazira mengetap bibirnya. Dia langsung berdiri.

Mice [✓]Where stories live. Discover now