Bab 19

437 14 1
                                    

Faiz Arnande sedang bertatapan dengan gadis yang membawanya ke sini. "Cik Nazira, macam mana saya nak tahu sama ada saya boleh percayakan awak atau tidak" matanya tajam menikam wajah itu.

"You can't, Encik Faiz Arnande. Terpulang pada encik. Walaupun encik sendiri tak banyak pilihan" senyum Nazira.

"Tak perlu terlalu risau dengan kawan encik tu. Saya dengar dia dah semakin sembuh. Tak adalah sampai mengugut nyawa. Saya dapat tahu daripada doktor yang merawat" tambah Nazira.

Ingatan Nazira berputar ketika Shadow cuba menangkap Lily. Nazira tidak terlibat. Hanya saja, itu urusan Shadow. Namun, entah bagaimana, Faiz Arnande terlibat dengan wanita itu. Tanpa diduga, mereka bersama-sama mengacukan pistol. Tetapi lelaki itu tak punya pilihan lain kerana Lily terkena luka dalam.

"Enough with chatting. Awak mesti lapar, Encik Faiz. Philip kata kita makan kambing petang ni. Do you eat it?"  Nazira terus berlalu ke belakang tanpa mempedulikan Faiz Arnande.

"..I don't mind.."

"Good, then follow me"

****

Lelaki berambut putih dan sudah berumur 50-an menuangkan air di gelas. "Thanks, Philip" senyum Nazira. "Don't mind, sir" Philip kemudiannya berlalu.

Nazira memandang ke belakang. 'Wow, Shadow ada guards, butler, and a mansion? macam mana dia boleh tanggung semua ni. Kerja apa dia buat.'

Yang membawanya ke pulau privasi ini adalah Shadow. Selepas mengetahui terdapat bermacam masalah di dalam agensi, Shadow membongkar bahawa agensi terlibat dengan perkara tidak elok.

Nazira menyuapkan daging ke dalam mulutnya. Anak matanya memandang Faiz Arnande di hadapan. "How? sedap? bagitahu kalau ada apa-apa yang tak cukup. Nanti saya minta Philip adjust" kata Nazira.

"Awak nak bawa saya ke mana bila aku dah sembuh? " muncul soalan dari bibir Faiz Arnande.

"Mana-mana je" balasan Nazira membuatkan Faiz Arnande meletakkan gelas air dengan kasar.

"Kau nak apa sebenarnya? Aku tak tahu siapa kau, daripada mana, tapi mesti ada sebab kenapa kau buat semua ni. Bagitahu! "

"Kenapa partner kau pegang Lily in the first place?! Jangan main-main dengan aku. Bagitahu benda yang sebenar. Kenapa kau bawa aku keluar dari Malaysia sampai ke sini?! "

Nazira tetap tenang dalam keadaan dijerkah Faiz Arnande. "He's not my partner. I mean, memang betul dia tolong saya dalam cara lain tapi objektif dia dah berubah sama macam saya"

Faiz Arnande diam.

"Dan sejujurnya, tujuan utama saya bawa Encik Faiz ke sini adalah untuk menjamin keselamatan awak dan pastikan awak hidup"

"Ha? kenapa?" Faiz Arnande tidak mengerti apa yang cuba disampaikan Nazira.

" Katakan lah, ada orang macam tu. Then, what about my family? my family still dekat Malaysia. Kau boleh jamin mereka tetap hidup? selamat? "

"Saya tak ada niat nak sentuh mereka. As long as you keep your distance with them, they will be safe" jawab Nazira.

Tiba-tiba suasana sepi seketika.

"Back in the lab, aku kerja dengan seorang perempuan. She was the chief researcher in my team. Aku dengan dia sama-sama cipta barang. Tapi bukan kami yang mencipta, kami sekadar buat blueprint. Kau tak boleh kata aku dan dia bersalah " sambung Faiz Arnande. Memorinya kembali berputar saat dia dan wanita itu berhadapan dengan ketua Balko.

"Bila aku bagitahu aku nak stop projek tu, Balko datang ugut. Dia kata, kalau aku nak keluarga aku selamat, aku kena teruskan projek ni "

" Dan wanita itulah yang menolong aku. Dah bertahun aku tak balik rumah sebab orang ingat aku dah mati. I want to meet my family, but I can't " Nazira tekun mendengar.

"Yang paling teruk, ada fitnah aku curang dengan isteri aku sendiri. I don't know from where it came but because of that, my wife died "

"Apa yang aku mampu bagi adalah jaminan keselamatan. Sekurang-kurangnya untuk anak aku. I haven't meet him for years. Rasanya kali terakhir aku tatap muka dia ketika dia sekolah menengah " Faiz Arnande meraup mukanya sendiri.

Nazira menggaru kepalanya sendiri. ' Perlu tak aku bagitahu dia yang aku pernah bercinta dengan Aryan. Plus, muka diorang hampir sama. I can show Aryan's face '

"So, Cik Nazira. Aku tanya sekali lagi "

"Is trusting you is the best option to ensure my family's safety ? " mata Faiz Arnande tajam menikam anak mata Nazira. Sedikit pun gadis itu tidak gentar.

"Yes" ringkas tapi berkeyakinan Nazira memberi jawapan.

"I see. Blueprint tu macam mana? "

"I don't know tapi agensi kami yang pegang" balas Nazira. Dia tidak tahu apa-apa selain Shadow menyuruhnya untuk tidak mempercayakan sesiapa termasuk agensi.

"Aku tak ada maksud nak salahkan kau tapi, agensi kau ada hubungan dengan Balko "

"ha?" Nazira berasa aneh.

"Plus, blueprint tu tak lengkap"

****

"Haaaah. Mess! " keluh Nazira. Pelbagai fakta dan maklumat cuba dimuatkan ke dalam otak. Segala sel-sel dihubungkan namun tiada satu pun yang masuk akal. Dia masih tak faham apa sebenarnya yang terjadi.

Dia memandang ke gelang di tangannya. 'Hey, Aryan. Your dad is here. Can't you meet your dad? because I want to see you from afar. I hope you're doing fine without me, Haha! '

"Nazira" serentak gadis itu menoleh ke arah Shadow yang baru masuk rumah. "Aku nak kau cuba join bida. Dengar cerita ada blueprint lain yang ada kaitan dengan projek tu"

"Nasib baik aku tengah bosan. Okay" balas Nazira senang hati. Tidak mahu berlama-lama teringat si Aryan. Kalau dia kembali pada sisi lelaki itu pun, nak ke Aryan terima dia lepas dia dah buat macam-macam.

****

Rumah perbidaan.

"Block B, clear. Checked, 6pm" ujar seorang sekuriti ke arah lelaki tua. "Block A and C as well. Don't forget to write it all down manually" lelaki tua itu memberikan pesan.

"Yes, sir"

"Keep up the good work"  lantas sekuriti itu terus berlalu. Lelaki tua itu sempat mengerling belakang badannya. 'Aku tak pernah nampak lagi dia. Newcomer mungkin?'

Ya, sekuriti itu adalah Nazira. Nazira terus menuju ke top floor. Dia melihat ke arah lelaki botak baru sahaja keluar daripada sebuah bilik fail.

Setelah lelaki itu keluar, Nazira berjalan gaya selamba sambil memasuki pejabat. Sensor sudah lama dimatikan berkat Shadow. Suasana bilik amat gelap.

Dia mendekati komputer di atas meja. 'Let's see, punching in the registration number from the email.. Bingo! '

'Heh, done daftar' Nazira terus membuka baju sekuritinya. Dia telahpun bersiap dengan baju kemeja putih. Sekali pandang, sememang tampak elegan dengan seluar dan kasut hitam. Nazira berjalan keluar. Rambutnya dibetulkan.

Ketika dia berjalan, auranya mengatakan dia sedang diekori. Jadi, Nazira membuat keputusan untuk membelok ke lorong sunyi. Tepat, memang ada.

Dia terus memusingkan badan ke belakang dan menghentak lelaki yang mengekorinya. "Wait-wait. Im not your enemy. I just know you by Aryan!" tersentak Nazira. Dia melepaskan lelaki itu. "Who are you"

"Ah.. sekadar pekerja dekat syarikat lelaki tu. I know you sebab Aryan selalu bercakap pasal you"

"Okay, then, kenapa ikut?"

"I nak tanya if youre with Aryan. Dia tinggalkan syarikat dekat tangan Miss Lim"

Nazira terdiam. Untuk seketika, dia terkejut dengan berita baru didengarinya. Why would Aryan do that.

Mice [✓]Where stories live. Discover now