Bab 1

1.7K 56 1
                                    

Pulau Terpencil, Manique.

"Ahhh" keluh Nazira. Beg bagasinya ditarik tangan kiri sambil tangan kanannya memegang leher. Lenguh rasanya apabila menghabiskan hampir 7 jam perjalanan di dalam kapal terbang. Reda sahajalah memandangkan ini memang misi terakhir.

"Kenapalah ada budak lembik macam ni? Meh sini, biar aku ajar kau macam mana nak jatuhkan lawan dalam masa sepuluh detik"

Dia tergamam melihat kearah suara tersebut. Sorakan tidak henti-henti diberikan kepada lelaki yang berbadan besar. Padahal, mangsa lawannya cumalah budak lelaki dengan badan yang agak kurus. Mana mungkinlah menang. Mulanya, dia tidak mahu mengambil endah tetapi melihatkan seragam akademi yang tersarung di badan mereka, Nazira tahu dia perlu masuk campur.

Terketar-ketir mangsa lawan. Tidak ada langsung tanda-tanda dia boleh melancarkan serangan dengan kudrat sebegitu. "Kenapa? Takut? Tak ada apalah. Kami ni sebagai senior kenalah tunjuk ajar sikit. Kaaaannn?" sengih si badan besar. Dia sudahpun membuka kuda-kuda dan mengepalkan penumbuk lima jari.

Menjengkelkan.

"Diam? Dengar wahai junior yang dikasihi, kalau kau taknak bergerak, biar aku mula dulu! Hah!" Lelaki gempal itu terus meluru dengan sekuat kudratnya. Di mindanya sudah terbayang wajah pihak lawan yang lebam, penuh luka.

Pap!

Tangan Nazira laju menahan serangan daripada lelaki itu. Dia sudahpun berdiri diantara kedua pelajar akademi itu. Matanya menjeling kearah badge pin di baju si badan besar. "Rank-C, Skuad Pertahanan, Ejen Alex" suara keras Nazira membuatkan seluruh pelajar yang berada di tempat itu terkejut.
"Saya tak rasa akademi ajar sparring matches boleh dilakukan apabila pihak lawan ada kekurangan. Apatah lagi, kekurangan yang jelas dan terang. Dah hilang ingatan?" Nazira terus menarik tangan lelaki itu dan dipusingkan ke belakang badan lagak gaya sang polis menahan si pesalah.

"Arghhh!" lelaki itu menjerit kesakitan. "Awak gunakan peluang sparring matches untuk buli junior sendiri?" Renungannya tajam menikam. Dia kemudiannya menolak Alex jatuh ke tanah.

Tidak lama itu, barulah dia teringat dia sudah terlambat ke lokasi yang sepatutnya. Nazira terus berlalu meninggalkan kesemua pelajar yang termangu dan ada juga yang masih tidak faham apa sebenarnya yang terjadi. Semuanya berlaku sekelip mata.

"That woman!" Alex bangun ingin menyerang namun ditahan rakannya. "Bro, jangan! Kau mesti taknak cari nahas dengan dia!" terus ditengking sahabatnya.\

"Huh? Kenapa?"
"Dekat tempat ni, ada tiga orang top yang paling tinggi rankingnya. Ketiga-tiganya tu semua rank-S. Special punya rank. Dan salah seorang daripada mereka adalah wanita. Nama ejen dia.."

"Mice".

"Hahhh.. kenapalah balik-balik je terus terlibat dengan budak?" Nazira mengeluh. Dia berjalan laju memasuki ruang pejabat. Di hadapannya, seorang lelaki tua berambut perang kini menatapnya dengan serius.

Nazira menegakkan badannya dan meletakkan kedua belah tangan di belakang badan. Mukanya kembali serius.

"Mice. Datang melapor. Misi kod 0031 berjaya diselesaikan. Segala butiran telah Berjaya diserahkan kepada pihak atasan" suaranya lantang memenuhi seluruh ruangan bilik itu.

Lelaki itu menolak sampul bersaiz A4 coklat di atas meja.

"Good job for your success, Mice. Seperti yang dijanjikan, tugas kali ini adalah tugas terakhir. Tak ada masa untuk awak berehat. Kumpulkan semua maklumat yang diperlukan. Semua maklumat si target ada dalam ni. Bawa balik apa yang awak mampu"

Nazira mengangguk. Dia mengambil sampul itu. "Baik!"

Dia meminta izin undur diri dan bergerak menuju pintu keluar.

Mice [✓]Where stories live. Discover now