Bab 23

431 10 0
                                    

Tap tap

Aryan berjalan sambil menyepak batu-batu kecil. Angin pantai yang menyapanya tidak sedikitpun meredakan rasa sakit hati.

Dia merenung ke arah bot yang Nazira sebutkan tadi. Mukanya berkerut, jelas menunjukkan ekspresi tidak senang.

Baru saja hendak mendekati bot, tiba-tiba belakang bajunya ditarik kasar. Badan Aryan tertarik ke belakang.

Kakinya turut dipusingkan sehingga dia hilang keseimbangan dan jatuh ke tanah pasir.

Sedar-sedar sudah ada pistol tepat ke dahinya. Dan si pemegang itu adalah Nazira. Gadis itu duduk di atas badannya dengan riak selamba dan gaya profesional.

"Awak perasan atau tak yang saya ikut awak dari tadi?" tanya Nazira. Dia menggerak-gerakkan pistol daripada dahi ke hidung dan ke dahi semula.

"...no.." balas Aryan. Sudah tentulah dia tidak akan perasan. Dia bukan spy. Kalau dia mahu belasah, dia belasah. Tak ada main sembunyi-sembunyi.

"Awak rasa seberapa laju saya boleh tarik picu untuk tembak awak?" tanya Nazira lagi.

"Benda ni boleh jadi bila-bila masa, Aryan. Saya boleh jatuhkan awak, halakan pistol, pecahkan kepala awak sebelum awak sendiri tahu tu adalah saya"

"Hanya kerana tempat ni adalah pulau, tak bermakna saya tak boleh tembak awak. Awak tak akan mampu kawal saya"

Kepala Nazira menunduk. Pegangan pistolnya dilonggarkan.

"Sekarang, sila pergi selagi boleh. Jangan susahkan orang dan balik-"

"Betul ke awak boleh tembak saya?" pertanyaan Aryan memotong ayat Nazira.

"Apa?" Nazira terkedu.

Aryan menolak pistol Nazira dan duduk. Nazira terus menjarakkan dirinya.

"Go ahead and shoot me. Benda tu lagi senang dan mudah untuk awak kan? Tak perlulah nak beralasan bagai" matanya memandang wajah Nazira. Lama dirinduinya.

"Awak mungkin betul. Saya mungkin tak ada chance atau yakin boleh berjalan lagi dekat sini esok. Tak ada jaminan kan? "

"Saya ni rasa nak pengsan sambil angkat awak yang tak sedarkan diri. Tapi saya tak pengsan sebab saya tahu, saya kena keluarkan awak dari tempat tu"

Nazira mendiamkan diri sambil mendengar.

"Dan sebab paling utama, saya masih berharap yang awak perlukan saya"

"YANG AWAK MASIH NAKKAN SAYA"

Mukanya sedikit dekat dengan Nazira.

Nazira mengetap bibirnya. Dia mencampakkan pistolnya dan menarik muka Aryan rapat. Bibirnya bertamu dengan bibir lelaki itu.

Aryan terkejut namun tidak menolak. Dia menutup mata.

Hati Nazira sedikit sakit. 'Kenapa aku rindu benda ni? Kenapa aku rindu betapa lembutnya bibir dia. Ah.. sekarang aku tahu, aku rindukan bau dan suara dia'

Aryan menyentuh belakang tubuh Nazira. Dengan perlahan, dia menolak Nazira baring ke tanah.

Untuk 3 minit, mereka melepaskan rindu masing-masing hanya dengan ciuman. Nafas Nazira antara cukup dengan tidak cukup.

Aryan bangun sedikit namun dahinya tidak beranjak daripada dahi Nazira.

"..Nazira.. my only Mice.."

Dia menyentuh dan membelai kedua belah pipi Nazira serta bibirnya. Matanya jatuh melihat gadis itu yang sudah merah pipinya.

Aryan menolak tangan Nazira keatas dan menahannya dengan hanya menggunakan satu tangan.

Mice [✓]Where stories live. Discover now