Bab 20

444 14 3
                                    

La Ceiba, Honduras.

Aryan mencampakkan tubuh badannya ke atas tilam empuk. Selesai sahaja bertemu Shadow, dia terus check-in bilik hotel berdekatan.

Butang baju atasnya dilepas. Peluhnya mengalir ke seluruh badan. Aryan meramas rambut hitamnya.

'13 jam duduk dalam chopper daripada California sampai Honduras. I feel so jet-lagged. Bila eh kali terakhir aku sempat tidur' ujarnya bersendirian.

Baru matanya hendak terlelap, telefon di sebelah terus berdering. Aryan merengus namun tetap diangkat. Nafasnya dilepas berat.

" Hello, Aryan is talking " dia menutup matanya sambil memulakan bicara.

"... "

"Hello? tolong jangan nak main prank. Aku tak ada mood! Kalau masih tak ada nak cakap apa-apa, aku tutup! " Aryan mengugut. Sudah tentulah dia penat, tidak sempat tidur.

"..Hello.. Aryan, this is me " terkaku Aryan. Matanya terus terbuka luas. Sebelah tangannya menutup mulut.

Suara itu.. suara yang dia rindu..

"Aryan, balik. Balik. Balik ke Malaysia sekarang. Pulang semula pada Arnande Perfumes. Saya tahu diorang akan terima awak balik. Youre the boss "

Telinga Aryan menangkap bunyi keluhan Nazira.

" Kalau diorang taknak ambil awak semula, saya yakin mesti ada syarikat lain nak awak. Awak popular. "

"So, please.. go back. Pulanglah Malaysia. Pulang sebelum awak menyesal. You can't come here " suara rayuan Nazira masih didengari. Tiada satu kata pun Aryan ucapkan.

"Hello? Aryan? Ada ke tak ada ni? "

Aryan menutup matanya. " Yes, Im here. Keep talking. Saya nak dengar suara awak, jadi teruskan bercakap. Suara awak bernafas pun. Asalkan semua tentang awak " . Dia tak tipu. Dia bercakap berdasarkan apa yang dirasakannya. Rindu separuh nyawa, separuh mati.

Di sebalik telefon, Nazira terdiam mendengar kata-kata Aryan. Suasana di talian sunyi tanpa sebarang kata.

"Nazira"

"You already knew Im here because of you "

"Now, tell me"

"Do you love me?"

"Let's hear your honest answer, Mice. Tell me "

Sekali lagi, dadanya berombak mendengar panggilan Mice daripada Aryan. Dia menggigit bibir sendiri.

" Nazira, you know that I love y-" belum sempat kata-kata itu didengarkan, Nazira sudah mencampakkan telefonnya ke dinding sekuat hati.

Di katil, Aryan tersenyum. Dia tahu, talian sudah terputus. Lantas skrin telefon dibawa ke bibirnya. Perlahan-lahan dikucup sambil matanya tertutup.

"Nazira"
"Nazira"
"Nazira"
"Nazira"

"I miss you, baby. No, my Mice "

Aryan bingkas dari katil. Tidak henti-henti mulutnya tersenyum.

****

Seminggu kemudian.
Private Auction Place, Mansion.

Kereta hitam yang dipandu Nazira berhenti betul-betul di hadapan pagar rumah agam itu. Tingkap kereta dibuka dan kepalanya dijenguk keluar.

Beep!

Cahaya laser merah mengimbas matanya. Setelah identitinya dikenal pasti, pintu pagar itu terus terbuka.

Perlahan-lahan Nazira mengeluarkan kanta lekap daripada anak matanya. ' Biometriks yang aku dapat daripada syarikat di London.. sakit. Kualiti dia rendah ke macam mana? Patutnya pakai bila nak kena scan. Ni pakai dari awal memang pedihlah ' bebelnya sendiri dalam hati.

Berada di hadapan pintu rumah, dua orang pegawai lengkap bersenjata seperti askar padahal orang upahan. Topeng berwarna putih diberikan kepada Nazira. Tangannya mencapai dan langsung dipakai di wajah. Topengnya tidaklah terlalu penuh. Mulutnya masih kelihatan.

' Diadakan oleh billionaire yang tak dikenali dan bahkan hanya boleh diikuti oleh ahli kelab... Aku yakin setiap ahli mesti pakai topeng yang sama untuk cover identiti masing-masing. Tak kurang juga, mereka pasti orang yang terkenal di negara masing-masing. Haha.. I wonder kalau boleh tiba-tiba jumpa billionaire Malaysia dekat sini ' Nazira melangkah masuk.

Mewah. Satu kata yang muncul dibenak Nazira. Ya, memang mewah. Sana sini berkilat, penuh tetamu terhormat memakai topeng. ' Lawak la pulak pakai topeng ni. Nampak budak-budak ' Nazira sengih sendiri. Dia terus menapak ke tangga besar yang terbentang di hadapan matanya.

Dia terus berjalan merentasi pelbagai bilik sehingga kakinya berhenti di hadapan bilik terakhir. 'Aku rasa dekat sini '

Nazira terus masuk dan tekaannya tepat. Dia terus mengambil tempat.

Seorang wanita berada di hadapan mereka mengetuk mikrofon. " Ladies and gentleman, The auction will start in five minutes. Please be seated " mukanya turut ditutupi topeng putih.

Berpuluh minit terus berlalu namun tidak sekalipun Nazira mengangkat tangan ingin membida. Fikirannya penuh.

' Barang pasaran gelap Hallucinogen. Senjata haram sebenar dari Civil World War ' berpeluh Nazira melihat segala barang yang ditunjukkan. ' Kalau ada artikel atau berita pasal benda ni, aku yakin satu dunia gempar. Benda ni tak patut orang tahu! '

' Agaknya bila diorang nak pamerkan blueprint Faiz Arnande? ' itulah tujuannya. Menurut Faiz Arnande, sebahagian blueprintnya dimiliki seorang billionaire disini. Nazira masih menunggu dengan sabar.

" Our next is a product blueprint. According to the.. "

Yes! itu dia! hati Nazira menjerit. Itu yang dia tunggu. Tangannya sudah tidak sabar ingin diangkat.

" The auction value will start from.. "

Bam!!

Terkejut Nazira. Bukan dia sahaja, seluruh ahli bilik turut terperanjat. 3 orang pegawai lengkap bersenjata masuk sambil menuju ke pentas hadapan. Senapangnya dihentak kuat.

"Kami terima laporan terdapat seorang ahli tak diundang disini. Nombornya palsu. Kami terpaksa menangguh dahulu auction ni. Tiada seorang pun dibenarkan keluar " tegas dan lantang.

'Shit' Nazira tahu itu adalah dia. Dia yakin rahsia dia mencuri itu sudah bocor. Masalahnya tidak akan berlanjutan asalkan dia tak membuka topeng dan berkelakuan pelik.

Kesemua ahli dipinta untuk diimbas matanya menggunakan mesin. Kalau rahsianya sudah bocor, sudah tentu dia tak boleh guna kanta lekap itu lagi. Nazira berdiri perlahan.

' Aku kena keluar. Ikut tingkap lebih baik. Aku akan keluar sementara semua orang sibuk kat sana '

Dia mendekati tingkap besar. Namun akibat kepanikan dan kecuaiannya sendiri, dia tidak tahu terdapat penggera bunyi ketika tingkap disentuh.

Bippp!

Topengnya terjatuh. Semua orang kini memandang ke arahnya. Nazira turut terkedu.

'Oh my God, please.. not now..'

*****

Sebuah bot laju menuju ke pulau persendirian. Aryan berdiri sambil tangannya diseluk ke dalam seluar. Mukanya serius.

Sesampai di hadapan sebuah rumah besar, seorang lelaki tua menyambut kedatangannya. "Saya Philip. Kami dah lama tunggu kedatangan Encik Aryan "

'Ah.. mesti lelaki tu dah bagitahu ' duga Aryan.

Dia memandang tepat ke arah Philip. " Dia.. dia patut ada dekat sini. Mana dia ? " Philip tahu Aryan berbicara mengenai Nazira. Namun Philip sekadar memberikan senyuman.

"Where is she? " tanya Aryan tegas. Tangan Philip langsung tak disambut. Dia rindu dengan kekasihnya. Dia rindu dengan Nazira. Daripada jauh dia datang semata-mata ingin bertemu gadis itu. Mana dia?

" She.."

Bunyi tapak kasut menuruni tangga menarik perhatian Aryan. Seorang lelaki yang amat dikenalinya sedang tercungap-cungap cuba turun.

Aryan keliru. Dia terkejut tetapi gembira tetapi turut keliru. Lelaki itu.

".. Papa? "

Mice [✓]Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα