D u a p u l u h s e m b i l a n

Start from the beginning
                                    

Jeda!

"Darel, budak hingusan yang kau kenal dulu, sekarang dah jadi ibu. Tapi sayang, aku belum sempat tengok muka anak aku. Tapi aku dah simpan dia tepi kubur kau supaya nanti aku boleh datang jenguk dia sekaligus jenguk kau juga. Aku rindu kau, Darel. Kau rindu aku tak?"

"Selama kau tak ada, macam-macam benda jadi. Dulu kau cakap kau akan temankan aku sampai aku jadi ibu kepada anak-anak suami aku. Aku dah jadi ibu, tapi tak ada suami. Darel, kalau kau ada dekat sini, mesti semua ni tak akan terjadi kan?"

"Selepas aku kena halau, aku tak tahu apa-apa tentang perkembangan semua orang dekat sini. Aku sekarang hidup sendiri dengan Amanda. Berdikari sendiri. Jaga Amanda sendiri. Ni Amanda anak susuan aku. Comelkan? Dialah penyeri hidup aku sekarang," tangan Dee naik mengusap kepala Amanda yang sedang menyandar di lengannya.

"Aku kena balik sekarang ni. Nanti aku ada lapang, aku datang lagi ya Darel. Besok aku kerja," Dee menabur bunga di atas pusara milik Darel. Bunga yang sama seperti Arjuna. Bunga orkid.

Dee menggulung tikar. Menarik tangan Amanda supaya berjalan perlahan meninggalkan kawasan perkuburan itu.

Setelah sampai di dalam kereta, Dee meletakkan Amanda di dalam babychair di sebelah tempat pemandu.

"Amanda lapar?"

"Lapalll. Bunhdah, Manda nak makan spatetti," Dee ketawa mendengar Amanda bercakap.

"Spaghetti sayang. Jom, bunda ada satu tempat menarik," Dee menjalankan kereta miliknya menuju sesuatu tempat yang pernah menjadi kenangan dia bersama Hud dulu.

"Aku harap Daniel masih boleh terima aku," Dee fokus kepada pemanduan. Walaupun esok dia kerja, dia tetap akan pergi ke cafe Daniel. Mana tahu sejak kepergian dia selama 8 bulan ini, cafe Daniel banyak berubah.

Oh, sekarang Dee dah berubah walaupun tak sepenuhnya. Dee mungkin tidak menutup aurat, tetapi dia perlahan-lahan mencuba.

Dia sudah tidak mengenakan pakaian ketat. Bahkan sekarang Dee mamakai skirt labuh. Baju turtle neck di dalam dan knitwear berbulu di luar membuatkan dia terlihat seperti perempuan ayu yang bergaya.

Dua puluh minit perjalanan, Dee sampai juga ke destinasi miliknya. Dia melihat Amanda yang sedang tidur di sebelah. Amanda kalau sudah berada dalam ruangan berhawa yang dingin, pasti akan ketiduran.

Dee mematikan enjin keretanya. Membuka pintu bahagian pemandu, tidak lupa menggalas sling bag miliknya.

Dia berjalan membuka pintu milik Amanda. Menggendong bayi berumur 2 tahun yang sedang tidur. Dee meletakkan tuala kecil di atas kepala Amanda menghindarkan dari panas matahari.

Sepatutnya, Dee membawa troller baby. Tapi dia juga tidak tahu akan singgah di cafe Daniel. Fikirnya selepas menziarah, dia akan langsung pulang.

Takdir.

Dee membuka pintu cafe menggunakan badannya. Tengah hari seperti ini, cafe Daniel akan ramai. Dee mengambil meja di bahagian hujung cafe supaya anaknya terlindung dari bising.

Dee duduk di kerusi, menciptakan jarak antara meja dan kerusi agar dia dapat meletakkan Amanda di atas pangkuan dia.

Perkara biasa bagi Dee. Dulu, Dee lebih susah kerana Amanda tidak mahu berikan peluang kepada Dee untuk makan. Sudahlah Dee single mom, tiada siapa yang bantu.

Untung saja disekitarnya masih ada orang-orang yang baik hatinya menolongnya. Dee sibuk menepuk punggung Amanda yang bergerak tidak selesa di atas paha Dee.

Mungkin si kecil merasakan jika tempat tidurnya telah berubah. Dee mencari sesuatu di dalam sling bagnya, tetapi tidak jumpa.

"Aduh, dalam kereta pula," Dee menepuk dahinya sendiri sampaikan tidak sedar sedari tadi ada yang memerhatinya dari jarak dekat.

"Dee?" Dee mengangkat kepalanya apabila namanya disebut. Dee terkejut bukan main.

"Tr...travis," seru Dee perlahan seraya menunduk memandang Amanda. Dee belum bersedia hendak berjumpa dengan sesiapa saja melainkan Daniel.

"Kau kemana je?" Dee tidak menjawab. Dia masih sibuk menepuk punggung Amanda yang sudah terjaga. bebola mata anak kecil itu bergerak kiri kanan mengadaptasi persekitarannya yang begitu ramai.

"Anak kau?" Dee mengangguk lambat-lambat. Dia terasa ada seseorang yang mengisi tempat duduk di hadapannya.

"Kau kemana je?"

"Soalan kau tak penting untuk aku jawab, Travis. Kau kerja sini?" Dee angkat muka pandang Travis yang tersenyum sinis. Dee tahu kerana Travis memakai apron cafe abangnya.

"Soalan kau tak penting untuk aku jawab, Dee," Dee mendengus kesal. Travis memulakangkan balik kata-kata kepada Dee. Mengabaikan Travis yang masih menunjukkan senyum sinisnya.

"Amanda nak makan apa tadi?" Travis mengangguk. Oh, nama anak kecil di hadapannya Amanda. Nice name.

"Bunhdah, Manda nak lekshhh oleh?"

"Nak apa sayang?" Amanda tunjuk sesuatu yang berada di kaunter membuatkan Travis mahupun Dee melihat benda tersebut.

"Ohh, Amanda nak kek? Boleh, tapi makan dulu okay?" Amanda menggelengkan kepalanya. Travis senyum lebar. Comel gila bapak. Macam mak dia. 

"Kenapa? Tadi Amanda cakap dekat bunda nak makan spaghetti. Sekarang tak nak pula?" Amanda mempoutkan bibirnya. Dia letakkan kepalanya di dada Dee. Merengek kecil apabila permintaannya tidak ditunaikan.

"Amanda nak kek? Biar papa ambil," Dee memandang Travis tidak puas hati. Sesuka hati lelaki itu sahaja membahasakan dirinya sebagai papa

"Papa? Pa---pa?" Travis mengangguk sambil menggosok perlahan kepala Amanda.

"Jom ikut papa, Amanda pilih nak kek apa," Si kecil melompat-lompat gembira. Amanda memegang tangan besar Travis membuatkan Dee hembus nafas berat.

"Kau nak makan apa?"

"Spaghetti bolognese dengan air sakura satu," Travis mengangguk dan membawa Amanda pergi memilih kek yang disukai gadis kecil itu.

---

Mereka sudah siap makan. Hari ini, hanya ada Travis di cafe. Dee yang dengar kalau Travis dan Daniel berkongsi saham. Jadi, Travis menjadi manager di Cafe Daniel sekaligus menjadi pekerja.

Dee tidak cerita banyak tentang kehidupan dia melainkan cerita apa yang dia buat sewaktu 8 bulan penuh. Travis tidak tahu akan kegugurannya.

Travis tidak tahu Amanda bukan anak kandungnya.

Travis juga tidak tahu di mana Dee tinggal melainkan Dee hanya bercerita Dee kerja apa sahaja.

"Kau hutang banyak cerita dengan aku. 8 bulan bukan tempoh yang boleh dikatakan singkat," Dee mengangguk memandang Travis.

Dia tidak marah sewaktu Amanda memanggil Travis papa ataupun Travis yang membahasakan dirinya sendiri dengan panggilan Papa.

Setidaknya, Amanda boleh merasakan kehadiran seorang ayah di dalam hidupnya. Dan lagi-lagi, Travis yang menjadi orang pertama yang mempercayai Dee.

"Aku balik dulu. Esok kerja. See you when i see you, Vis. Akan ada satu masa, semuanya pasti diceritakan," Dee masuk ke dalam kereta selesai mengucapkan ayat itu.

~~~~~~~

Sedikit nota kalau bunga orkid warna ungu tu lambang terima kasih dari kita untuk seseorang. Tak kiralah berterima kasih dari segi apa pun.

Di sini, Dee bagi bunga orkid dekat Arjuna dengan Darel untuk ucapkan terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup Dee. Pernah bagi rasa bahagia dekat Dee.

Sebenarnya, cerita ni tak jelas jalan cerita, alur cerita. Tapi aku nak tulis juga. Hahahaha.

Sorry guys kalau tak memenuhi expectation korang. Silalah vote dan komen. Kalau tak aku tak akan bagi chapter seterusnya.

2. DERN Where stories live. Discover now