“I’m speechless but congratulations. Siapalah lelaki nasib malang dapat Ayla? Dah lah pemalas. Lepas tu…”

“Shine!” pintas Mikayla dengan suara jeritan kecil dihujung talian.

Mikhael memejam matanya tatkala menahan bunyi jeritan kembarnya di talian. Sudahlah dia memakai airpod di kedua-dua telinga. Mendengar jeritan kembarnya yang nyaring itu, boleh menyebabkan dia akan memakai alat bantuan pendengaran. Natijah dia memakai airpod.

“Shine sama je dengan mummy…” suara Mikayla berubah mendatar. Membuat Mikhael ketawa dengan nada yang perlahan. Takut menganggu orang disekitarnya yang sedang khusyuk mencari buku.

“Alah, merajuk pula dia. Tapi Ayla nak kahwin bila? Kalau masa terdekat, I’m truly sorry… Shine tak boleh balik Perth. Kena tunggu cuti.”

“It’s okay, my sunshine. Ayla faham. Lagipun akad nikah dulu. Majlis pun bila-bila pun boleh buat. Tak pun tunggu shine balik sini.”

Mikhael hanya mendengar dengan hati yang berasa bersalah. Dalam waktu terdekat ni dia tidak mampu pulang ke Perth dengan sebab dia sudah bermula kerja esok.

Iris hazelnya jatuh memandang novel ditangannya. Dia teringat dia masih belum membayar novel itu.

“Sorry again, Ayla. Sekejap, shine nak pergi bayar novel.” Sewaktu Mikhael membalas dia sudah mula mengorak langkah ke kaunter bayaran yang terletak di tepi pintu masuk kedai POPULAR.

Dalam langkahnya, entah manusia mana tiba-tiba sahaja melanggar bahunya. Boleh tahan kuat juga rasanya.

“Eh, sorry! Tak sengaja.”

“Oh, it’s fine.” jawab Mikhael seraya memandang empu suara yang telah melanggar bahunya itu. Seorang perempuan bertudung bawal soft grey dan memakai sweatshirt berwarna steel blue. Pelik, jalan bukan punya luas lagi boleh pula nak terlanggar. Mata hazelnya memandang perempuan itu yang tidak menujukkan sebarang riak. Kemungkinan perempuan itu tidak dapat melihat wajah penuhnya dek terselindung dengan baseball cap dipakainya di kepala. Kalau dia tengok, tak tahu lah nak kata apa. Sedangkan kucing yang melihatnya pun turut mengiau. Sebab terlampau kacak.

“Err... okay.” Perempuan itu menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda maaf sebelum terus menyambung langkah setelah bersuara kepada Mikhael.

“Kenapa tu, shine?” Suara Mikayla menyapa pendengaran Mikhael. Terlupa dia panggilan tadi itu masih tidak dimatikan lagi. Keberangkalian kembarnya mendengar juga bicaranya dengan perempuan itu.

“I’ll text you, Ayla. Assalamualaikum, bye! Sampaikan salam dekat mummy.”

“Okey, okey! Take care, shine. Waalaikumussalam.”

Talian dimatikan.

Mikhael menoleh ke belakang mencari figura perempuan yang telah melanggarnya tadi. Dari jauh penglihatannya, perempuan itu sedang leka melihat buku-buku di rak.
Bibirnya mengukir senyuman kecil.

****

“BALIK lah weh! Aku dah penat ni. Esok dah lah ada kelas.”

“Alah, kejap lah…” Ayu Shafinas membalas sambil tangannya pantas menyeluk ke dalam sling bagnya untuk mengeluarkan dompet.
Hanna mengeluh dan memandang ke arah Ayu. Kalau tak bukan orang depannya ini seorang manusia, memang dah lama dia heret Si Ayu ke tempat parkir kereta. 

Jam digital ditangannya ditilik sekali lagi. Menunjukkan pukul 4.00 PM. Tinggal beberapa minit lagi azan asar akan masuk.
“Kau nak pergi mana lagi, Ayu? Haih, patut tadi aku tinggal kau. Tapi tu lah aku nak balik naik apa? Naik teksi? Habis duit aku.” Secara tak langsung, dirinya membebel kepada sahabatnya. Sudah lah dari pukul 12 tengah hari tadi membeli belahnya. Zuhur tadi mujur sempat singgah solat sebentar diruang solat yang terdapat di sini.

My Adore, Dr. Annoying Место, где живут истории. Откройте их для себя