BAB 6

680 60 3
                                    

Alanna Alisha, 23 tahun.

Pang! 

Mukaku ditampar kuat. Aku hanya mampu menunduk menerima hukuman. Tiada sekelumit kata mampu aku keluarkan.

"Kau ni memang tak reti buat kerja ke macam mana hah! Kau tahu tak baju ni mahal?!"

"M-maafkan saya puan..." Tergagap-gagap aku memohon maaf. Perempuan di hadapan aku ini menghembus rambutnya yang jatuh ke dahi dengan penuh geram.

"Sudahlah tu, sayang. U marah orang gaji ni pun bukan dapat apa. Dia bukan pernah pakai baju mahal macam ni."

"I bukan apa lah Harraz, tapi baju ni u tau kan I suka sangat pakai. Perempuan ni pergi simbah kopi pulak dekat baju ni memang tak boleh dimaafkan betul!" Dia menjeling ke arahku. Harraz hanya tersenyum memandang isterinya.

"Sudahla Dya, pergi naik tukar baju. Kita dah lewat nak pergi kerja." Harraz memujuk isterinya lembut. Dya hanya memasang nuka masam lalu naik ke bilik sambil menghentak kaki.

"Alanna," suara romantik itu berubah dingin. Aku masih lagi menunduk, tidak mampu untuk mengangkat kepala. Aura tuannya itu terlalu kuat.

"Aku bayar kau untuk buat kerja elok-elok tolong hargai ya. Kau kena ingat, aku yang kutip kau dari sarang maksiat tu. Aku tahu kau gadis kampung yang kena jual, sebab itu aku beli kau. Tapi itu tak bermakna hati baik aku ni boleh berbudi bahasa bila kau buat salah. Lepas ni jangan ulang kesilapan yang sama, faham?" Aku mengangguk. Perkataan faham itu aku sebut perlahan.

Harraz berlalu keluar apabila melihat isteri kesayangannya turun. Sebelum pergi sempat dia menjeling ke arahku.

"Kau..." Dagu aku dipegang.

Pang! 

Terteleng ke kiri aku dibuatnya kerana tamparan itu terlalu kuat. Dya tertawa suka.

"Itu tamparan kasih untuk kau, aku nak pergi kerja. Bye." Aku diam tidak berkutik. Bukan kerana aku lemah tidak mahu melawan. Namun kerana aku terpaksa menghormati mereka yang sanggup mengutip aku dari neraka dunia itu.

Malam itu, Zarul menjual aku kepada seorang pemilik kelab malam. Aku dilayan bagai tiada harga diri, walau sudah biasa namun masih sakit untuk aku terima hakikat. Berkali-kali aku disentuh, hampir dirogol dan aku terpaksa melayan mereka yang menang dari judi. 

Untung sahaja satu hari, aku berjumpa dengan Harraz. Pada mulanya aku fikir dia ikhlas berbaik denganku, rupanya aku silap. Layanan baik itu ada bayaran. Silap aku kerana terlalu perasan. Aku ini cuma gadis kampung. Anak haram pula tu. Tidak layak untuk dilayan dengan baik.

Aku duduk bersandar di kabinet dapur. Menghela nafas penat.

"Alanna!" Namaku diseru. Aku membuka mata melihat siapa yang menyeruku.

"Kau tak ada kerja kan? Tolong basuh baju, kemudian sidai. Baju yang dah kering kau tolong lipat boleh? Kitaorang tengah sibuk la..." Aku mengetap bibir. Sibuk? Kauorang cuma goyang kaki. Semua kerja aku yang buat! Dasar. Tanganku dikepal kuat sehingga mampu dilihat geletar menahan geram.

"Kenapa? Kau tak nak buat?" Nadanya mula berubah seiring dengan reaksi muka. Serentak dengan itu kepala yang lain juga turut menoleh ke arahku. Aku menelan liur, walau aku kuat untuk melawan namun aku tau aku tetap akan tewas. Aku seorang, mereka ramai.

"Ya, saya buat." Dia tersenyum menang.

"Buat kerja elok-elok tau. Jangan main campak je. Aku tak nak nanti tuan Harraz balik, habis kita semua kena," aku mengangguk lemah. Aku terpaksa akur kalau tak nak rahsia aku bocor. Marissa, dia tahu tentang diri aku. Kami satu sekolah waktu sekolah rendah

"Alanna!" Aku yang sedang melipat kain terkocoh-kocoh turun ke bawah.

"Ya, marissa. Kenapa?" Marissa bercekak pinggang melihat ke arahku.

"Kenapa kau tanya? Kau tak tengok jam ke sekarang dah pukul berapa? Dah masuk tengah hari. Mana makanan?!" Dia mengherdikku. Aku memejam mata. Argh, aku lupa...

"M-maaf, aku lupa. Aku pergi masak sekarang..." 

"Tak payah, biar aku masak. Petang ni tuan Harraz balik makan kat rumah. Aku tak nak dia fikir aku ni goyang kaki pulak. Kau boleh sambung buat kerja," aku hanya mengangguk.

"Fuh, Marissa. Macam mana kau boleh buat dia tunduk pada kau? Hebat betul. Aku sendiri pun tak mampu nak bagi arahan macam tu dekat dia. Degil sangat." Marissa tersenyum sinis.

"Rahsia." Marissa menjawab sepatah. Dia yang mendengar hanya mencebik. Aku tidak mengendahkan mereka, cepat-cepat aku berlalu ke belakang.

𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐚𝐫𝐤 𝐓𝐫𝐚𝐮𝐦𝐚Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang