BAB 14

628 64 3
                                    

Terketar-ketar tanganku memegang batu nisan putih itu. Batu nisan ayah aku...

"Muhammad Firdaus..." Aku menbaca namanya perlahan.

"Nur Alanna Alisha binti Muhammad Firdaus," aku menyebut namaku kali ini dengan berbinti kan yang sempurna. Air mata menitis ke pipi, aku tersenyum sendiri. Walau dia bersalah kerana meniduri ibu, entah kenapa rasa seperti bukan itu niatnya yang bertandang di hati. Aku mengusap batu nisan itu perlahan. Fayyadh dan Harraz hanya memerhati segala gerak geriku.

"Berapa lama dia sakit?" 

"10 tahun... Mungkin lebih." Harraz menjawab.

"Sebenarnya..." Harraz duduk mencangkung di hadapanku. Dia mengusap-usap batu nisan itu perlahan.

"Papa pernah sebut pasal kau. Dia cakap... Aku ada adik. Perempuan. Tapi dia cakap dia tak berani nak jumpa, takut budak perempuan tu benci dia. Dia selalu tengok budak perempuan tu dari jauh masa budak tu kecik dulu." Harraz menatapku dalam.

"Ini apa yang selalu dia ulang waktu dia sakit tenat. Aku ingatkan dia saja reka cerita sebab dia teringinkan anak perempuan. Rupanya tak, aku memang betul-betul ada adik perempuan." Harraz ketawa kecil. Aku hanya diam mendengar.

"Lepas mama tau papa sakit, mama lari. Papa terjumpa dia dengan lelaki lain. Papa sakit hati, papa terus ceraikan dia. Bila papa balik, papa cakap inilah balasan karma untuk dia. Dia dah buat jahat. Dia tak sepatutnya sedih, ini balasan tuhan pada dia..." Sayu hatiku mendengar cerita Harraz.

"Pada aku kan Alanna... Aku tak rasa kau patut benci papa. Ya, dia memang buat silap tapi... Dia sedar kesilapan dia dan selalu mohon maaf walau bukan di hadapan kau. Jadi sekarang aku mewakili papa, datang memohon maaf pada kau. Aku tak nak dia tersiksa dalam kubur. Aku harap kau dapat maafkan dia, Alanna." Harraz memandangku lembut. Tanganku juga digenggamnya erat. Mataku tidak lepas-lepas dari memandang ke arah batu nisan.

"Saya sentiasa maafkan setiap orang yang berbuat jahat kepada saya. Walau saya ada hak untuk membenci, namun saya tak ada hak untuk menghukum. Jadi saya memilih untuk memaafkan. Saya memang tak berpelajaran, tapi saya bukan tak beradab sampai nak membiarkan ibu dan bapa saya rasa bersalah pada saya. Walau memang jelas itu salah mereka tapi saya tak kisah. Saya cuma berharap mereka dapat berehat dengan aman..." Aku mengucapnya dengan penuh rasa. Harraz tersenyum sendiri. Rasa bangga menyucuk di dalam hati, walau tidak pernah dididik atau diasuh oleh sesiapa dengan baik namun dia tahu. Sifat itu datangnya dari Sarah, mengalir di dalam darah Alanna.

"Yang kau ni dah kenapa?" Harraz memukul bahu Fayyadh. Fayyadh menghembus hingusnya ke sapu tangan berkali-kali sehingga sedu.

"Aku sedih... Banyak dosa aku dekat Alanna kecik-kecik dulu. Macam mana kalau Alanna tak maafkan aku, macam mana aku nak kahwin dengan dia?!" Fayyadh kembali meraung.

"Kau nak kahwin dengan adik aku?!" Harraz mengubah suaranya menjadi keras. Automatik tangisan Fayyadh terhenti.

"Assalamualaikum abang ipar..." Fayyadh cuba menyalami tangan Harraz.

"Kepala otak kau abang ipar. Tangan kau berhingus, melekit gila!"

𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐚𝐫𝐤 𝐓𝐫𝐚𝐮𝐦𝐚Where stories live. Discover now