BAB 16

614 53 1
                                    

"Maaflah ya, tengah hari macam ni patutnya hidang nasi. Tapi suami makcik belum balik lagi dari kebun. Nanti makcik masak lepas dia balik ya," aku hanya tersenyum. Teh pekat yang dihidangkan dihirup perlahan.

"Jadi... Macam mana kamu boleh ada abang? Setahu makcik, kamu anak tunggal bukan?" Aku mengangguk.

"Ini... Anak kepada ayah saya. Encik Firdaus. Tapi dari ibu yang berbeza." Cik Yom membulatkan mata. Laju sahaja matanya melirik ke arah Harraz. Harraz hanya berdehem tanda tidak selesa dengan pandangan itu.

"Anak Firdaus?" 

"Ehem, ya makcik..." Harraz menjawab perlahan. Sekali lagi Cik Yom menekup mulut sambil menayangkan ekspresi terkejut. Baru sahaja Cik Yom mahu menyambung bicara kedengaran enjin motor memasuki perkarangan rumah.

"Assalamualaikum! Yom, siapa yang datang rumah ramai-ramai ni? Ada orang jemput makan kenduri ke?" Satu suara lelaki tua menyapa gegendang telinga.

"Abang..." Cik Yom memanggil suaminya perlahan.

"Aik siapa ni Yom?"

"Ni lah, Alanna."

"Alanna?" Cik Yom mengangguk.

"Alanna Alisha, anak Sarah?" 

"Ya, saya..." Aku bangun dan bergerak mendekati suami Cik Yom.

"Allahuakbar, besar dah kamu..." Tangannya terketar-ketar cuba mahu menyentuhku tapi dia menahan.

"Mesti kamu penatkan. Hadap macam-macam dekat bandar sana. Syukur alhamdulillah Allah selamatkan kamu dari orang-orang jahat. Yom, Ayra dah balik ke?" Cik Yom menggeleng.

"Diaorang tipu kita, abang..." Suami Cik Yom terkedu.

"Tipu?" Dia memandang ke arahku dan Cik Yom bersilih ganti.

"Tipu, maksudnya?"

"Alanna bukan diculik, tapi dijual pakcik." Harraz bersuara.

"Allah..." Suami Cik Yom memegang dada yang terasa berat. Dia jatuh terduduk dan bersandar ke dinding rumah.

"Eh, pakcik!" Fayyadh dan Harraz bangun serentak cuba menahan suami Cik Yom dari rebah.

"Ya allah, abang!"

"Apa maksud semua ni, Yom?" 

"Puan Afiqa dan keluarga dia tak pernah layan saya macam mana yang orang kampung semua tengok. Mereka dera saya, pukul saya, maki hamun saya dan ibu saya. Kadang-kadang mereka biar saya kelaparan beberapa hari, tak tidur beberapa hari. Kurung saya dalam reban. Layanan yang diaorang berikan kepada saya tak ubah macam haiwan malah lebih teruk lagi. Hari lahir saya yang ke-20 malam itu, saya dihalau. Ayra cakap saya cuba goda Zarul. Saya keluar dan Zarul kejar saya. Saya pengsan dan bila saya bangun saya dah dijual di kelab malam. Untung saya bertemu dengan abang saya, dia yang tolong saya keluar dari sarang maksiat tu..." 

"Abang?" Suami Cik Yom menukar pandangannya kepada Harraz.

"Saya anak Firdaus, abang kepada Alanna. Tapi kami berbeza ibu." Harraz menjawab. Suami Cik Yom tergamam.

"Sebenarnya, apa yang Cik Yom mahu ceritakan pada saya?" Aku mengubah topik. Suami Cik Yom menyandar ke dinding dengan bantuan Harraz dan Fayyadh.

"Ibu kamu, Sarah. Dia dituduh berzina dengan anak salah seorang penduduk di sini dulu. Walau kami yakin Sarah dan Firdaus takkan buat begitu kerana kuatnya agama dalam diri namun tanggapan akhirnya musnah apabila Sarah mengandungkan kamu. Sarah dibenci dan dipersalahkan kerana Firdaus orang ada-ada. Sarah dihalau dari kampung, namun Afiqa dan Ayra menahan. Mereka yang membela Sarah, rawat Sarah dan menemani Sarah hingga hayat yang terakhir. Namun beberapa tahun lalu, rahsia itu pecah. Rupanya, semua ini dirancang. Firdaus kembali ke kampung dan memecahkan rahsia. Ini semua rancangan Afiqa kerana dengki, Firdaus dan Sarahlah yang menjadi mangsa."

"Firdaus dan Sarah bukan berzina atas kehendak sendiri. Tetapi mereka telah dipukau atau mungkin dimabukkan sehingga tidak sedar apa yang jadi. Firdaus melarikan diri kerana takut diserang. Diam-diam dia tetap pulang ke kampung untuk mengintip kamu. Beria dia merayu kepada Afiqa untuk melepaskan kamu, namun Afiqa meminta sesuatu yang sangat mustahil. Wang sejumlah RM1 juta diminta sebagai harga pertukaran," giliran suami Cik Yom pula menyambung.

"Namun Firdaus gagal membayar, Afiqa bertindak sebagai lintah darat. Setiap kali tertunggak harga yang diperjanjikan akan semakin bertambah hingga akhirnya Firdaus tak mampu membayar dan berhenti." Harraz tergamam.

"Sebab tu lah papa kerja pagi petang siang malam tanpa berhenti. Dia sampai tak kisahkan kesihatan diri cuma sebab ini..." Tangannya digenggam menahan geram sehingga timbul urat-urat di tangan.

"Kami dapat tau tentang ini, selepas Afiqa meninggal. Ayra dan Zarul larikan diri ke Kuala Lumpur konon dengan alasan ingin mencari kamu. Katanya kamu diculik dan baru sekarang dijumpai. Entah apa yang mereka buat dengan duit kutipan itu kami pun tak tahu. Pasti sedang berjoli sakan," suami Cik Yom melepaskan keluhan berat. Aku hanya mendengar setiap cerita yang keluar dengan perasaan yang ditahan. Segalanya sudah bercampur aduk sekarang, marah, kesian, sedih dan benci.

Timbul satu rasa yang tidak enak di dalam diri. Aku pernah membenci ibu dan ayah aku... Aku termenung. Tuhan, apa yang sudah aku lakukan...

"Kalau kamu sudi, tidur lah di sini se-malam dua. Mungkin kamu mahu lihat pusara ibu dan rumah yang pernah dia tinggali dulu. Kami boleh bawakkan. Cik Yom tahu, kamu belum pernah pergi ke kubur ibu kamu..." Aku mengangguk. 

Malamnya, Cik Yom membawa aku ke suatu tempat. Aku hanya mengekori kemana sahaja dia pergi tanpa bertanya apa-apa.

"Inilah dia wajah Sarah, ibu kamu. Saling tak tumpah dengan anaknya. Kamu berdua memang seiras," aku memegang bingkai gambar yang diberikan Cik Yom.

"Mana... Cik Yom dapat gambar ni?" Cik Yom tertawa kecil.

"Cik Yom dengan ibu kamu dah macam adik dengan kakak, rapat kami macam isi dengan kuku. Tak boleh dipisahkan," aku tersenyum mendengarnya.

"Terubat sikit rindu Cik Yom pada dia lepas tengok kamu. Kalaulah masa tu Cik Yom ada di kampung, kamu anak beranak mungkin takkan hidup menderita dengan kepalsuan manusia."

"Cik Yom pergi mana masa tu?"

"Cik Yom sambung belajar ke luar negeri. Waktu itu, cuti Cik Yom dibatalkan..." Aku mengangguk faham.

"Tak apa lah Cik Yom, benda dah jadi. Saya maafkan dan saya redha dengan semua ketentuan Ilahi." Cik Yom tersenyum tipis.

"Memang darah Sarah betul-betul mengalir di dalam badan kamu, Alanna."

𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐚𝐫𝐤 𝐓𝐫𝐚𝐮𝐦𝐚Where stories live. Discover now