BAB 12

658 57 1
                                    

BUMM!

Tubuh Dya terpelanting jauh. Kereta itu pada awalnya dipandu dengan kelajuan yang melebihi had dan tidak sempat berhenti membuatkan pelanggaran itu berlaku dengan amat dahsyat.

"Wow... Balasan isteri derhaka." Harraz menutur selamba.

Para penonton mula histeria menjerit-jerit melihat tubuh Dya yang sudah dipenuhi darah. Darahnya membuak-buak keluar dari mulut, hidung dan anggota lain. Aku, Marissa, Harraz dan pekerja lain kembali menikmati hidangan yang masih bersih. Penat-penat aku masak tak makan, eh melampau kau. Fayyadh awal-awal sudah lari, mual melihat darah katanya.

Sedang aku asyik menikmati hidangan tiba-tiba pandanganku menjadi kabur. Aku memejamkan mataku beberapa kali namun pandanganku sekejap normal sekejap kabur. Perlahan-lahan kepalaku mulai berpusing. Aku meletakkan makanan di atas meja dan aku terhuyung hayang berjalan.

Entah ke mana hala tuju pun aku tidak tahu. Pandanganku terlalu kabur dan aku yakin bila-bila masa sahaja aku akan pitam.

"Alanna, kau okay?" Marissa merapati diriku yang terhuyung-hayang. Aku tidak tau aku mengangguk atau menggeleng, yang pastinya pandanganku mula gelap. Aku terjelopok ke lantai dan tidak sedarkan diri.

Bunyi yang dihasilkan dari alat pengesan nadi membangunkan aku dari pengsan. Cahaya lampu yang menerangi mata membuatkan aku tidak mampu untuk membuka mata dengan baik.

"Ahh, puan dah bangun ya..."

"Saya dekat hospital ke?" Jururawat itu mengangguk.

"Sekejap ya, saya panggilkan doktor." 

"Nurse..." Aku memegang hujung baju jururawat itu.

"Macam mana saya datang ke sini?" 

"Tadi suami puan yang datang hantar, dia datang sambil dukung puan. Tapi dia dah tak ada lah sekarang. Ada kerja katanya," aku berkerut.

"Suami?" Jururawat itu mengangguk.

"Dia cakap dia suami puan." 

"Oh... Baik." Jururawat itu tersenyum segaris kemudian pergi meninggalkan aku sendiri.

"Puan Alanna..." Aku mengangguk.

"Boleh saya tanya puan, dalam ahli keluarga puan ada sesiapa tak yang menghidap masalah tumor otak?" Aku terkedu. Tumor otak?

"Saya pun tak pasti sangat doktor sebab ibu saya meninggal waktu lahirkan saya. Tapi setahu saya dia memang tak ada apa-apa masalah," doktor itu mengangguk faham.

"Erm, kalau ayah puan?"

"Ayah..." 

"Saya, tak ada-"

"Ayah dia penghidap kanser otak."

"Boleh saya tahu encik ni siapa?" 

"Saya kenalan kepada ayah pesakit ni." Dato Hilmi memperkenalkan dirinya. Aku memandang Dato Hilmi dengan pandangan sangsi. Dia kenal ayah aku?

"Ayah dia penghidap kanser otak. Begitu juga dengan keturunan yang lain," doktor itu mengangguk faham.

"Begini encik sebenarnya... Kami lakukan CT scan kepada cik ni, dan kami dapati dia menghidap penyakit kanser otak..." Lambat-lambat dia menyebutnya seolah-olah begitu berat mahu memberitahu. Aku terkedu manakala Dato Hilmi beristighfar mendengarnya.

"Kanser otak?" Fayyadh tiba-tiba muncul di belakang. Raut mukanya jelas menunjukkan yang dia amat terkejut.

"Tahap berapa?" Doktor itu meneguk liur. Muka Fayyadh tersangat seram untuk dipandang.

"T-tahap yang sangat kritikal..." Tergagap-gagap doktor cina itu mahu memberitahu.

"Boleh selamat tak kalau buat pembedahan?" Giliran Dato Hilmi pula bersuara. Doktor itu menggigit bibir dan melepaskan keluhan berat.

"Peluang yang ada tersangatlah tipis..." Aku tersenyum sinis. Fayyadh pula menayang muka tidak berpuas hati.

"Takkanlah tak ada cara langsung untuk selamatkan dia?!" 

"M-maafkan saya, tapi ini sahaja yang boleh saya katakan!" Doktor itu berlari meninggalkan kami sambil menahan air mata. Terlalu takut mungkin. Fayyadh meraup muka.

"Macam mana..." Dato Hilmi dan Fayyadh memandang ke arahku serentak.

"Macam mana encik tahu tentang ayah saya?" Mereka berpandangan sesama sendiri.

"Saya sendiri pun tak tahu siapa ayah saya, macam mana encik tahu? Dia kat mana sekarang?!" Tiba-tiba mataku terasa panas. Entah mungkin kerana terkejut mendapat berita buruk atau mungkin kerana aku terkenang kenangan lama.

"Sabar Alanna, sabar." Fayyadh cuba menenangkanku namun aku menepis tangannya.

"Dekat mana ayah saya encik? Siapa dia?!" Aku mencengkam koler baju Dato Hilmi. Sudah tidak aku hiraukan lagi pandangan orang lain. Kalut-kalut Fayyadh datang meleraikan kami.

"Dia dah tak ada, Alanna." Dato Hilmi menuturnya berat. Aku jatuh terduduk di atas katil. Jika tadi mata terasa panas entah kenapa sekarang air mata ini tidak mahu menitis walau setitik.

𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐚𝐫𝐤 𝐓𝐫𝐚𝐮𝐦𝐚حيث تعيش القصص. اكتشف الآن