BAB 18

623 51 2
                                    

Aku mengusap batu nisan putih itu dengan penuh rasa rindu. 

"Ibu..." Aku tersenyum sendiri. Kali ini aku hanya datang sendiri ke tanah perkuburan. Harraz dan Fayyadh balik ke Kuala Lumpur sekejap untuk menguruskan sesuatu. Sejak kejadian aku pengsan seminggu yang lalu, badanku semakin melemah. Bibirku dan muka niga kadangkala pucat bagaikan tiada darah. Batuk juga tidak berhenti sehingga kadang-kadang mengalirkan darah. Namun tiada siapa yang tahu. Hanya aku.

"Maafkan Alanna, ibu. Alanna jarang ziarah ibu," itulah ayat yang sering aku ulang setiap kali aku datang. 

"Hari ni Fayyadh tak datang, abang Harraz pun tak ada. Diaorang balik KL, ada kerja sikit..." Lagi, aku bersembang sendiri. Sejak hari Fayyadh mengaku aku ini bakal isteri dia, hubungan kami semakin bertambah baik. Aku telah dilamar oleh Fayyadh dan kami telah memilih tarikh perkahwinan tanpa pertunangan.

Tentang Harraz, dia sudah memberanikan diri untuk membenarkan aku memanggilnya sebagai abang. Walau geli di telinga namun dia menahan. Terkekeh-kekeh aku ketawa setiap kali mengusik Harraz. Lelaki yang dulunya dingin, kini berhati panas kepadaku. Harraz benar-benar menunaikan janjinya untuk menjadi abang yang terbaik.

"Ini hari terakhir orang dekat sini. Orang dah kena balik ke KL. Nanti bila-bila orang datang sini lagi, ya?" 

"Ya allah, Alanna! Mana kamu pergi? Risau Cik Yom dibuatnya tengok kamu tak ada di rumah." Cik Yom menyambut kepulanganku dari muka pintu.

"Saya-" Aku kembali terbatuk, cepat-cepat aku menutup mulut dengan sapu tangan. Darah...

"Ya allah, Alanna. Kamu tu tak sihat, dah mari masuk." Cik Yom memapahku yang tak berhenti-henti batuk supaya naik ke rumah. Aku cuba tersenyum namun batuk yang tidak henti-henti membantutkan kemahuanku.

"Ni, Cik Yom dah tolong kemaskan barang-barang kamu. Disebabkan haritu kamu datang pun sehelai sepinggang sampai terpaksa beli baju baru, jadi tak apa. Sikit saja barang-barang kamu, jangan rasa bersalah. Kamu tu tak sihat," bagaikan tahu apa yang mahu aku katakan Cik Yom terlebih dahulu memotong. Aku hanya tersenyum tawar.

Bunyi hon kereta dari luar mengejutkan kami. Aku dan Cik Yom berpandangan sesama sendiri. Kami berpelukan dan dia membantu aku turun. Harraz membawa beg berisi barang makanan dan pakaian ke dalam but kereta. Aku menyalami Cik Yom.

"Kirim salam dekat Pakcik Kamal." Cik Yom mengangguk.

"Hati-hati di jalan." Harraz hanya memberi senyuman.

"Kita nak pergi mana ni?" Aku bertanya sangsi melihatkan Harraz tidak melewati jalan yang biasa kami lalui tempoh hari.

"Jalan-jalan. Kenapa, Alanna tak sihat ke?" Harraz membuat muka bimbang. Aku menggeleng.

"Tak adalah. Sihat je." Harraz mengangguk. Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap. Nyaman rasanya petang ini. Harraz memandu kereta tanpa berbicara. Aku juga lebih selesa mendiamkan diri. Selepas beberapa minit, kami tiba di satu hotel mewah.

"Wow..." Aku terpaku melihat luaran hotel itu. Cantik. Harraz memakirkan kereta di tempat letak kereta.

"Alanna," aku mengalihkan pandangan ke arah Harraz.

"Alanna pakai baju yang abang suruh bukan?" Aku mengangguk. Gaun labuh berwarna putih dengan getah di tangan dan tali reben di pinggang. Dipadankan pula dengan tudung bawal putih. Sekali tengok dah macam pengantin pula. Kini aku telah cuba memakai tudung.

Baru aku sedar, baju Harraz juga berwarna putih krim. Dia tampak segak memakai suit serba putih krim itu. 

"Meh sni muka tu. Pucat semacam." Harraz menarik mukaku lembut dan dia menempekkan sesuatu ke mukaku. Aku memegang tangan Harraz meminta berhenti.

"Abang nak letak apa dekat muka Alanna, hah?" Aku memasang muka masam.

"Ish budak ni, abang nak letak bedak jelah. Nampak pucat sangat. Lepastu lipbalm ni haa. Merekah dah bibir tu abang tengok," aku mencebik. Sudahnya aku hanya merelakan diri muka ditacap oleh Harraz.

"Okay, dah siap. Jom," aku mehulurkan tangan.

"Kenapa, nak apa?" Harraz meletakkan tangannya ke atas tanganku.

"Ish bukan tangan abang. Cermin la, cermin!" Aku pura-pura marah. Harraz ketawa melihat aku memarahi dirinya.

"Tak payahla tengok cermin. Kita dah lambat. Alanna dah cantik dah, jom." Harraz keluar dari kereta. Aku mengembungkan pipi tidak berpuas hati namun masih mengikut jejak Harraz.

Harraz menghulurkan sikunya dan aku memasukkan tangan aku ke dalam lubang. Kami berjalan beriringan memasuk dewan. Aku tidak dapat menahan rasa teruja. Mataku meliar sekeliling. Mulutku tidak henti-henti mengucap kata "wow." Harraz hanya ketawa setiap kali melihat reaksiku.

Kami berjalan menuju ke lif hotel. Aku masuk dengan berhati-hati bimbang tersilap pijak gaun sendiri. Hartaz menekan butang, dan lif mula bergerak membawa kami ke satu tingkat yang aku tidak dipasti tingkat ke berapa.

Dua orang penjaga pintu membukakan pintu sebaik sahaja kami sampai. Harraz memberikan senyuman tanda terima kasih. Kami melangkah masuk. Aku terpegun melihat hiasan yang ada. Meja berkain baldu merah. Lilin. Belon dan bunga. Perlahan-lahan Harraz melepaskanku.

"Alanna..." Fayyadh muncul dari belakang dan menuju ke arahku.

"Selamat hari lahir," dia membuka kotak di tangan. Sebuah cincin emas putih menjadi bahan tatapan mata. Aku memandang Fayyadh dan Harraz bersilih ganti.

"Hah?" Harraz datang ke arah kami.

"Selepas turunnya hujan, akan munculnya pelangi. Selepas turunnya air mata, akan munculnya senyuman." Harraz mencapai tangan kananku, cincin itu disarungkan di jari manis.

"Semoga kau bahagia, adikku..." Kepalaku dikucup perlahan. Fayyadh hanya mengigit bibir melihat ke arah kami.

"Apa kau?" Harraz bertanya kasar.

"Kalau ya pun tak payah lah buat depan aku, cemburu haa cemburu." Fayyadh menekan dada. Aku meletuskan tawa, Harraz menayang muka meminta penampar.

"Suka hati akulah, adik aku."

"Eh, bakal isteri aku tu!" Harraz memutarkan bola matanya ke atas.

"So?"

"Eh, kau ni!" Aku menahan Harraz dan Fayyadh dari bergaduh.

"Ni dah kenapa ni? Haih."

"Nasib adik aku tahan, kalau tak dah lunyai kau aku kerjakan."

"Eh, adik kau bakal bini aku tau. Heh," aku menepuk dahi. Dah macam budak-budak. 

Akhirnya Harraz mengalah dan meminta diri. Tinggallah aku dan Fayyadh berdua. Sebelum pergi, sempat lagi mereka berlawan menjelirkan lidah. Aku hanya memerhati. Selepas Harraz, menghilang Fayyadh kembali mendapatkan aku.

"Hai, Alanna." Fayyadh menyapa. Erh, rasa kekok pula tiba-tiba.

"Err, hai... Fayyadh."

"Awak nampak cantik malam ni. Manis bertudung." Fayyadh memuji.

"Habistu sebelum ni tak nampak cantik dan manis la?" Sengaja aku mahu mengusik.

"Eh, tak... Cantik. Cuma malam ni lagi cantik. Awak buat saya jatuh cinta kali kedua," aku ketawa mendengar ayat bunga dari Harraz. Ah lelaki, memang pandai nengayat perempuan.

Kami berdua tersenyum sesama sendiri. Walau kekok namun aku cuba untuk mencipta suasana. Lagi dipasang, makanan diambil. Kami makan sambil menikmati keindahan alam. Ada masa membuka cerita lama di zaman sekolah dulu. Aku hanya melayan, walau aku sedar... Masa aku semakin dekat.

𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐚𝐫𝐤 𝐓𝐫𝐚𝐮𝐦𝐚Where stories live. Discover now