D u a p u l u h t i g a

Start from the beginning
                                    

"Aku tunggu sampai sekarang dah jadi chef pun kau tak datang meminang. Bohong je pandai. Bukan setakat nak meminang, kau memang tak nak hidup dengan aku. Sebab kau just sayangkan aku, bukan cintakan aku." Dee ketawa mendengar percakapannya. Dulu, dia sering bermimpi jika Darel datang meminangnya seperti yang dikatakan oleh Darel. Tetapi hampa apabila bangun, yang dia rasakan adalah sakitnya menerima kenyataan jika Darel sudah tiada.

Dah makin mengarut surat ni. Aku tulis just nak cakap pasal permata tu je. Tapi disebabkan aku ada kesempatan dalam kesempitan nak cakap pasal perasaan aku dekat kau, apalagi angkat tayar depanlah aku, haha. Aku minta maaf kalau selama kita bercinta ni aku tak cakap yang aku rindukan kau, sayangkan kau ke.

Aku mungkin tak macam boyfriend kawan-kawan kau. Haha, aku ingat lagi kau setiap hari balik sekolah mesti tanya aku 'awak betul-betul sayangkan saya ke?' Bila aku tanya, rupa-rupanya cemburu kawan-kawan kau boyfriend cakap 'i love you' sedangkan aku tak cakap apa-apa dekat kau.

Aku sayangkan kau Dee. Sepenuh hati aku. Setiap saat, tak pernah sikit pun aku tak sayangkan kau. Aku sayangkan kau sampai tak boleh nak ungkap dengan kata-kata kalau depan kau. Berdebar yang oi kalau cakap i love you depan kau.

Dee tidak menyesal. At least Darel pernah cakap jika lelaki itu sayangkan dia sebelum menghembuskan nafas terakhir. Walaupun dia tahu, segalanya. 

Moist, if one day kita putus atau kau dah tak nak dekat aku lagi, cari lelaki yang akan tunggu kau dekat bas stop macam mana aku tunggu kau okay? Walaupun bukan aku yang tunggu kau, aku rela kalau lelaki tu, lelaki yang baik dan aku percaya.

Dee mengusap air matanya. Bahkan selepas dia menginjak ke alam universiti, Jayden yang selalu menunggu dirinya di perhentian bas untuk membawanya pulang. Sama ada mereka jalan kaki sehingga sampai ke gerai-gerai di tepi jalan dan memesan grab atau Jayden yang membawa motor EX-5 bertayar empat untuk pulang ke rumah Dee.

"Dia lelaki yang baik dan kau percaya dia. Dia Jayden. Tetapi sayang walaupun dia buat macam tu, aku masih ingatkan kau. Jayden yang ganti tempat kau. Kadang-kadang dia datang dengan Arif. Mesti kau pesan dekat diaorangkan?" Dee mencium jaket Darel. Tidak ada bau lelaki itu.

Aku sayang kau sangat-sangat moist. Aku harap cita-cita kau tercapai satu hari nanti. Kau kan nak sangat jadi chef sebab nak masak dekat aku hari-hari sampai aku gemuk. Masak sedap-sedap tau sayang.

Dah tu je kot nak cakap. Nanti aku muntah pelangi kalau tulis panjang-panjang. Aku tengah tulis ni, tiba-tiba ja teringat waktu first kita jumpa. Throwback sendirilah, biar kau ingat dekat aku sama. Jangan tau nak makan je.

Bye moist ♡

Dee melipat semula kertas itu, menaruhnya di kocek jaket Darel. Dee merebahkan badannya memandang syiling biliknya. Memorinya tenggelam ke pertemuan pertamanya dengan Darel.

DEE SEDANG MENAIKI basikal menuju ke taman di sekitar kediaman mewah yang tersusun rapi. Dee kayuh pedal basikalnya dengan laju kerana sudah ditunggu oleh Arif.

Setelah sampai, Dee memakirkan basikalnya berdekatan dengan tempat Arif duduk. "Sorry lama, Arif. Jalan jammed tadi," Arif menjeling Dee.

"Otak kau jammed. Kau bukan naik highway. Jalan kecil je," Dee gelak mendengar celoteh Arif. Arif suka sangat marah kepadanya kerana dia terlambat. Biar!

"Kau janji tadi nak ajak aku jalan-jalan naik basikal?"

"Jom." Dee berjalan ke arah basikalnya, tetapi matanya memandang ada seorang budak lelaki yang sedang mencuba menaiki basikalnya. Dee mendekat lalu memarahi budak lelaki tersebut.

"Hey, kau buat apa ni? Ni basikal akulah!"

"Bohong. Ni basikal saya. Saya yang jumpa. Kalau basikal kakak, kenapa kakak biarkan macam tu je," Dee mendengus kesal. Weh, budak lelaki berumur 8 tahun ini sedang mengajaknya bergaduh?

"Kau ni, aku tak buang gila, aku letak dia dekat tepi ni. Bagi balik basikal aku." Dee menolak badan budak lelaki itu, tetapi tidak sempat apabila tangannya digenggam seseorang.

"Hey, hey. Rileks girl. Jangan main kasar dengan budak-budak," Dee geram apabila dia ditahan. Weh, tu basikal dia kot. Kenapa nak larang Dee pula.

"Ni basikal saya. Abang jangan masuk campur," Dee berkata dengan muka marah. Lelaki yang menghalangnya tadi mencubit hidungnya. Weh, marah-marah dengan muka merah, pipi pau. Bukan taku, malah gadis itu kelihatan comel.

"Acu, kakak ni ambil basikal Udin," Darel melihat anak mata Dee. Cuba menajamkan matanya membuat Dee takut.

"Kenapa kau ambil basikal dia?" Niat di hati Darel ingin mengusik Dee. Hampanya, Dee malah menundukkan kepalaya dengan bahu bergetar. Darel kalut. Pantas saja dia mengangkat kepala Dee untuk melihat muka gadis itu. Darel meihat setiap inci wajah Dee. Dapat dirasakan bahawa budak cantik didepannya ini berumur 15 tahun. Masih wajar. Jangan kira Darel pedo, dia masih remaja 19 tahun.

"Weh, jangan nangis. Okay, okay sorry. Aku tahu basikal kau sebab ada nama kau. Shhh, jangan nangis," Darel memujuk Dee dengan mengusap sisi kepala gadis itu. Tiba-tiba mereka di datangi sekumpulan anak remaja berumur 15 tahun.

Darel ngeri. Weh, diakan tak sengaja.

"Abang buat apa dengan Dee, hah?!" Arif bertanya. Ya, dialah yang membawa seisi kelasnya untuk datang melindunginya. Kalau dia sorang, mesti kalah dengan Darel.

"Aku---lah, Travis?" Darel bertanya apabila terlihat adik kepada Hud juga sedang memandang pelik kearahnya.

"Abang Darel buat apa dekat Dee?" Darel menggaru lehernya yang tidak gatal. Malulah dia diserang budak 15 tahun. Dahlah ramai.

"Vis, budak ni nak curi aku punya basikal," Dee mengadu. Travis menggelengkan kepalanya sahaja melihat pertengkaran yang tak seberapa ini. Basikal Dee dimbil dan diberikan semula kepada Dee.

"Dah, jom," Dee melihat Darel sekilas dan menjeling tajam. Dee mengaku kalau Darel itu, handsome. Handsome dia sampai Dee rasa nak gores-gores muka putih itu.

Sejak dari kejadian itu, terjadilah Darel yang menunggunya di perhentian bas untuk membawa gadis itu pulang dengan berjalan kaki. Padahal niat awalnya cuma untuk meminta maaf kepada gadis itu dengan membawa satu kotak donut. Malah, menjadi kebiasaannya.

Dee tergelak apabila teringatkan kisah yang tak seberapa indah, tetapi membekas di hatinya. Dee juga tidak sangka selepas kejadian di mana basikalnya di ambil oleh anak buah Darel, keesokkannya selepas pulang sekolah, Darel datang menghampirinya.

Mulanya Dee enggan mengikut Darel apabila disangkakan Darel adalah penjahat yang ingin menculik dengan alibi 'bawa anak buah ke taman'.

Terima kasih kepada Travis yang memberi kepercayaan kepada Dee untuk balik dengan Darel. Alhamdulillah, lelaki itu menghantarnya dengan selamat. Itulah yang menjadi salah satu rutin Darel sehingga malam kejadian kemalangan berlaku. 

Nanti aku edit huhu

2. DERN Where stories live. Discover now