eps - 17 : When will this over?

Mulai dari awal
                                    

Bukannya dia tak suka adik dia dibagi cuti. Cuma dia suspek je ngan motif General.

General nampak menghembuskan nafas dia. "Kalau Dleroun Manor betul masih hidup. Hal tu takkan menguntungkan kamu dan Ejen Iman"

Lagi Boboiboy dibuat terdiam.

Gempa mula memegang kepala dia yang berasa sakit sebab teringat percakapan dia ngan General tiga hari lepas.

Untuk kesekian kalinya dia terus terfikir. Apa motif General kali ni? Kenapa tetiba dia perhatian semacam ngan keselamat dia ngan adik dia?

Kalau dikata General cuma nak buat baik je sebab rasa bersalah. Boboiboy takkan percaya macam tu je.

Sejak dia kembali injakan kaki kat MATA dia dah berjanji kat diri sendiri tuk tak percayakan siapa pon kat Agency ni.

'Keluarga kau musnah sebab pengkhianatan mereka! Ingat tu!'

"Gempa? Kau okay ke?"  Kata Yaya menatap heran kat arah Gempa.

Gempa tersentak, kembali kat realita. "Huh? Oh ya okay"

Yaya menatap sayu kat kawan dia. Sebab delapan tahun lepas dia dah jarang tunjuk ekspresi. Asyik dingin je muka tu.

Tapi lepas kembali berjumpa ngan Iman. Perlahan senyum tulus kat muka dia tu mula kembali.

Dia ngan Kokotaim pon rasa gembira sebab kawan diorang yang hilang tu dah mula kembali.

Cuma. Sejak dua menjak ni, asyik tengok dia banyak fikiran je. Apa sebenarnya yang tengah dia fikirkan?

"Betul? Asal nampak macam banyak fikiran je?" Soal Yaya kembali.

Gempa terdiam. mudah sangat ke muka dia dibaca?

"Hm. Sebetulnya memang ada berapa hal yang tengah kacau fikiran aku" Katanya secara spontan dengan senyum kecik.

Yaya tersentak. Jarang - jarang Boboiboy nak citer fasal masalah dia. "Iya? Apa bende tu?"

Lepas sedar apa yang baru keluar dari mulut dia. Yaya mula menutup mulut dia. "Maaf kalau taknak citer aku takkan paksa"

Boboiboy Gempa masih tersenyum kecik. Rasanya takpe bila dia citer kat Yaya.

"Aku rasa tak guna je"

Yaya kembali tersentak. Tak guna?

"Kat luar planet, semasa jalankan misi ngan korang. Aku sanggup buat apa je. Kita jalankan tugas sesama. Kita selesaikan tugas sesama"

Lelaki ngan satu rambut nada putih tu terdiam sesaat. "Walau dalam masa apa pon. Dalam masa paling  bahaya atau susah sekali. Akhirnya pon kita boleh selesaikan tugas ngan baik"

"Tapi kat sini? Masalah yang dah jadi dari lama tu tak pernah jumpa ujung dia. Tambah lagi ngan persoalan sekarang ni. Kenapa tak pernah selesai jugak?"

Yaya masih diam mendengar. Sekarang ni Boboiboy tengah terbuka sikit pasal hati dia.

"Aku rasa tak guna. Kat sini, untuk keluarga aku. Untuk adik aku. Aku tak boleh jadi kuat. Belum ada satu masalah yang selesai lepas aku balik."

Lelaki tu menghembuskan nafas dia. "Apa kata Aunty Syah bila dia balik nanti?"

Habis semua yang dia rasa tu keluar. Gempa kembali diam tenggelam dalam fikiran dia.

"Kau kuat Gempa" 

Tetiba Yaya berkata membuat Gempa tersentak, menatap Yaya.

"Kau dah alami semua benda tu. Tapi kau masih ada kat sini"

Little Sister {EA and BBB fanfiction}Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang