Alyssa mengejar Aryan yang sudah naik ke atas katil. Aryan berbaring lalu memejamkan matanya tanpa mempedulikan Alyssa. Alyssa menggoncang badan Aryan sekuat hati. Dia turut merengek tetapi Aryan tidak peduli. Aryan tersenyum saja.

Aryan fikir Alyssa akan putus asa dan tidur tetapi Alyssa memukul lengan Aryan. Kuat pula tu.

"Aduh! Aduh! Alyssa, sakit... Alyssa.. Ok. Ok. Aku bagitahu kau. Aku bagitahu." Aryan menggenggam kedua tangan Alyssa.

Muka Alyssa berkerut dan bibir muncung ke depan. Dah macam hidung pinochio panjangnya.

"Kau ni badan je kecil tapi tenaga macam fiona." Membulat mata Alyssa. Bibir diketap rapat.

"Cakap orang macam fiona. Yang dia tu macam shrek!" Marah Alyssa di dalam hati. Dalam hati je boleh depan-depan takut kena marah balik.

"Aku bagi dia nombor aku- Akh!" Alyssa mencubit perut Aryan dengan kuat. Entah darimana dia dapat keberanian itu.

"Sakit, Alyssa... Sakit.. Lepas.." Suara Aryan hampir hilang kerana menahan sakit diperutnya. Muka bertukar merah padam. Sepanjang jadi tentera ini lah kesakitan yang tidak mampu dia tahan.

"Aku minta maaf. Aku tak bagi pun nombor dekat dia. Aku tipu kau je" kata Aryan sambil mengetap giginya. Tercungap-cungap Aryan. Alyssa melepaskan cubitan di perut Aryan.

Aryan menghirup oksigen sebanyak yang boleh. Hampir hilang nyawa Aryan. Alyssa menyilang tangan di atas dada lalu bersila di atas katil.

"Aku gurau je pun. Sakit kau tahu tak?" Aryan menyapu-nyapu tempat yang dicubit Alyssa. Alyssa hanya diam tidak beriak.

"Kau sebenarnya cemburu kan?" Mulut Alyssa membentuk 'no'. Dia menarik selimut lalu berbaring arah berlawanan dengan Aryan.

"Yelah, siapalah aku untuk kau cemburu kan? Aku orang baru yang masuk dalam hidup kau. Tak macam orang lama yang pernah singgah dalam hidup kau tapi masih mendapat kemaafan walau kesalahan yang dia buat meninggalkan kesan yang mendalam." Aryan bermonolog. Belajar daripada Fathi ke ni?

Alyssa mencelik mata pantas.

"Orang lama akan selalu dapat tempat istimewa dalam hidup kau dalam hati kau. It's not fair for the person who wants to start a new love story with you." Aryan mengeluh kecil sebelum berbaring ke arah berlawanan dengan Alyssa.

Air mata Alyssa bergenang. Dia rasa bersalah sangat buat Aryan begitu. Dia berpusing dan memeluk tubuh Aryan dari belakang. Tersentak Aryan. Kepala dibenamkan ke tubuh belakang Aryan sambil menitiskan air mata.

Aryan mendengar suara tangisan Alyssa terus berpusing ke belakang. Pipi Alyssa ditekup. Ibu jari menyeka air mata Alyssa yang mengalir.

"Kenapa kau menangis?" soal Aryan lembut.

Alyssa tidak tahu bagaimana dia ingin menjelaskan. Sudahlah dia bisu ditambah Aryan tidak faham bahasa isyarat membuat dirinya bertambah sedih. Air mata mengalir dengan laju. Aryan memeluk Alyssa dengan erat.

"Shh... Aku minta maaf. Aku tak bagi pun nombor dekat Liyana. Aku gurau je. Aku cuma borak kosong sebab dia sepupu kau" pujuk Aryan. Dia mengusap kepala Alyssa sehingga Alyssa tertidur di dalam pelukannya.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now