T u j u h b e l a s

Start from the beginning
                                    

"Abang Ad pergi dulu. Minta maaf menyusahkan Hud lagi."

"Tak apa, Hud sanggup jaga Juju satu minggu," Hud ketawa di hujung ayat. Tidak keberatan menjaga si kecil. Jatuh rasa kasih apabila melihat si kecil yang berada di dalam dukungannya.

Ibu kepada anak lelaki itu, menghidap barah otak stage 2 dan perlu dirawat mengikut jadual yang sudah ditetapkan oleh pihak hospital. Jadi, jika tiada siapa yang hendak menjaga Juju, mereka akan meminta tolong Hud untuk menjaganya.

"Jom Juju," budak lelaki yang dipanggil Juju itu turun dari dukungan Hud dan berlari ketengah ruang tamu sebelum dia berhenti mengejut.

"Aseh, capa ni?" Juju bertanya dengan pelat budak-budaknya. Hud melihat sekilas sesuatu yang ditunjukkan oleh Zuamir. Ooi Zuamir, budak lelaki kacukan melayu cina. Abang Ad merupakan orang cina yang masuk islam, dan diketemukan oleh isterinya, Syafiqah.

"Isteri Aseh," Juju membulatkan matanya dan menutup bibirnya. Bibirnya mengukir senyum comel.

Dia mendekat dan meletakkan tangan kecilnya di hadapan hidung Dee. Lalu hidung itu ditutup.

"Enghh," Dee mengerang perlahan apabila hidungnya tidak dapat menyedut oksigen dengan sempurna.

Hud hanya melihat permandangan yang tak seberapa nak indah itu di hujung tangga. Dia baru selesai meletak beg pakaian milik Zuamir itu kedalam biliknya.

Dee perlahan-lahan membuka mata. Melihat seketul---eh, seorang budak lelaki yang berada dihadapannya sambil tersengih. Dee bangun dan duduk.

Kepalanya terasa pening dan dunianya berpusing. Ceh, hiperbola.

"Nama awak capa?" Zuamir bertanya kepada Dee yang sedang bersandar di belakang sofa itu.

"Daiyan Zinnirah," Hud menjawab apabila tidak kunjung mendapat jawapan dari Dee.

"Kaka Zink, jom main!" Dee membuka mata apabila budak kecil itu menarik tangannya.

"Hmm," Dee dengan terpaksa, bangun mengikut langkah budak lelaki itu. Mereka sedang duduk di lantai, tepat ditengah-tengah ruang tamu milik Hud.

"Kaka Zink tawu cependerman tak?" Dee mengerutkan dahinya. Bukan sebab perkataan cepender yang disebut oleh budak lelaki itu, tetapi nama yang disebut oleh budak lelaki itu.

"Zink?"

"Ya. Nama kaka tan Zinkkirah," Dee mendengus kesal. Kenapa budak lelaki itu suka-suka saja menukar namanya. Apa, ingat tengah hafal periodic of elements ke? Zink, zink ingat atap rumah ke.

"Nama kau siapa?"

"Language Dee, tak akan cakap dengan budak-budak pakai kau-aku?" Dee menjeling Hud. Sudahlah ganggu tidurnya, tukar nama dia, sekarang Hud pula nak marah dia.

"Dia yang panggil aku Zinkkirah. Nama aku Zinnirah," Dee menatap tajam Hud. Lelaki itu hanya mengendahkannya sambil mengangkat bahu.

"Nama kita, Juju," Dee menghela nafas. Dia dengan budak-budak bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan kawan. Bukan tak suka, cuma tidak pandai untuk melayan si kecil.

"Kau panggil aku Dee je," Hud menggelengkan kepalanya saja. Ikut sukalah.

Juju menggelengkan kepalanya. "Juju nak panggil Zinkkirah juga. Nama Zinkkirah tu cedap!" Dee stress dan sedikit menolak rambutnya kebelakang. Boleh mati dia.

"Ikut suka kau, cepat sikit nak main apa?"

"Kita main cependerman," Juju mengeluarkan figure berbentuk spiderman itu. Tidak lupa juga mengeluarkan beberapa ekor rasaksa dan diberikan kepada Dee.

"Kaka Dee jadi racakca, Juju jadi cependerman," Dee menurut tidak banyak berceloteh. Lagipula, dia tidak ada mood untuk bercakap memandangkan lututnya masih sakit dan tulang keringnya semakin lebam.

"Kaka Zink ni, tak pandai jadi racakcalah!" Juju memarahi Dee dengan suara kecilnya. Dee menjeling malas. Banyak mau.

"Banyak mau kau ni," Mereka saling menjeling. Ha sudah.

"Kaka Zink ni. Kata baba, tak baik cakap kau-aku. Nanti tuhan mayah," walaupun masih saling menjeling, Juju tetap meletakkan kepalanya di paha milik Dee.

"Ikut suka aku lah."

"Ish kaka Zink ni!" Juju menampar perut Dee yang berada di hadapan mukanya. Dee mendengus kesal. Tidak sakit, cuma dia rasa nak buang budak ni dari tingkat lima.

"Kau ni kan, tak pandai tutup mulut ke hah? Banyak mau kau ni. Kecil-kecil jangan cakap banyak sangat. Nanti besar, perempuan tak..." Dee berhenti apabila mendengar dengkuran halus yang berada di perutnya. Ceh, tidur.

Dee mengangkat Juju dan membawa budak lelaki itu ke atas tilam yang dibentangkan oleh Hud.

Dia hendak melepaskan pelukan Juju di perutnya, tetapi budak lelaki berkulit putih itu merengek tidak mahu dilepaskan.

Dee dengan terpaksa ikut membaringkan badannya di sebelah Juju. "Kan aku cakap budak kecil ni banyak mau," Dee menepuk punggung Juju yang berada di atas badannya dengan posisi meniarap.

"Engkau ni, dahlah ganggu tidur aku. Tukar nama aku. Pastu suka-suka tidur atas aku," Dee masih menepuk punggung Juju. Memang kalau tidak difikirkan budak ini adalah budak yang berumur 3 tahun, sudah lama Dee mencampakkan Juju kelaut.

Lambat-lambat Dee menepuk punggung Juju sehingga dia juga turut tertidur bersama dengan posisi tersebut.

Hud yang baru keluar dari dapur tersenyum melihat dua bayinya tidur. Patutlah dia tidak mendengar suara mereka bergaduh.

Hud mengambil selimut dan menyelimuti kedua-dua badan bayinya. Dia berjalan semula ke dapur untuk menghabiskan kerjanya.

Betul, sedari tadi Hud melakukan kerjanya yang terbengkalai di dapur. Mengawasi kedua-dua anak kecilnya yang sedang beradu mulut di ruang tamu sehingga tertidur.

Hud mematikan laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan dikutip dan dikumpulkan. Hud mengerling jam sekilas. Kerja tinggal sedikit saja lagi. Dia harus menyiapkan semua sebelum mereka bangun dan beradu mulut semula.

2. DERN Where stories live. Discover now