Alyssa menolak bahu Nabila untuk menyedarkannya. Berkerut dahi Nabila memandang Alyssa.

"Betul lah apa yang aku cakap. Kau tak yah risaulah mak ngah kau takkan percaya cakap dia" yakin Nabila.

Mak Ngah memang kenal dengan perangai anak perempuannya yang suka membuli Alyssa. Mak Ngah sendiri pernah nampak Liyana tolak Alyssa sampai luka dikaki masa kecil dulu.

"Alyssa, boleh tak kau pinjam aku baju kau? Panas dho pakai baju kurung ni" kata Nabila sambil mengibas-ngibas bajunya.

"Cantiklah awak pakai macam ni. Ayu sangat. Ada bunga-bunga warna pink lagi." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat.

"Kau tak payah nak nganjing aku sangat. Aku tahu lah aku kasar tak macam perempuan lain lemah lembut" keluh Nabila. Alyssa melambai-lambai tangan tanda tidak bersetuju.

"Awak cantik walau apapun yang awak pakai. Cuma kalau awak pakai tudung mesti lagi cantik." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat.

"Alah, tudung tu nanti-nanti lah aku fikirkan. Aku pakai macam ni pun sebab majlis kau kalau tidak tak ada maknanya aku nak naik y15 dengan baju ketat macam ni" bebel Nabila. Alyssa tersenyum segaris.

"Terima kasih Nabila. Saya doakan awak cepat-cepat pakai tudung. Awak kan baik, suka tolong orang, suka bagi kucing makan." Puji Alyssa dalam bahasa isyarat.

"Habistu kenapa kau save nombor aku Nabila Gangster?" soal Nabila. Alyssa menggaru kepalanya.

"Jom, kita hias bilik pengantin." Alysaa menarik tangan Nabila ingin naik ke atas tetapi Nabila menarik semula tangannya.

"Kau tu pengantin takkan nak hias bilik sendiri. Biar aku yang hias dengan mak aku. Kau pergi tolong makcik-makcik bawang dekat luar tu. Tempat tu sesuai untuk kau" kata Nabila kedengaran menyindir. Alyssa mengerutkan kening.

{°•°•°•°•°•°•°•°•°}

Majlis perkahwinan yang dinanti-nantikan sudah pun tiba. Majlis diadakan selepas solat zohor di rumah Mansur.

Alyssa sedang bersiap di dalam biliknya. Dia memandang dirinya dari pantulan cermin meja solek.

'Cantik tak, abang Aryan?'

Mereka berdua sedang fitting baju di butik pengantin. Baju nikah dicuba dahulu.

"Bolehlah.. sesuai lah untuk kau. Kalau kau make up sikit mungkin lah cantik" kata Aryan selamba lalu masuk semula ke dalam bilik penyalinan baju.

"Ish, abang Aryan ni! Sporting lah sikit. Dah lawa-lawa macam ni boleh pula dia kata macam tu.." kesal Alyssa di dalam hati lalu masuk ke dalam bilik penyalinan baju.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now