BAB 29 : 7191 (Bahagian 3)

Start from the beginning
                                    

"Apa yang kau ingin lindungi bukan apa yang aku ingin lindungi... Aku hanya nak lindungi kau seorang." ucapan kata perempuan itu buat dia sebak, nyawa sudah berada di hujung hayatnya. Tak perlahan mahupun laju dia ingin melihat wajah kekasihnya buat kali terakhir dengan mengusap lembut kepala dan pipi.

"Jika aku terlahir kembali di dunia lain... Aku nak berjumpa kau seorang. Usah menangis." kata Yuu sedar jemarinya menyentuh air mata tulus kekasih setianya.

... Seluruh tubuhnya terhenti berdaya dan bara api dalam diri mula pudar. Flick terus bertindak membuka butang baju kekasihnya itu, dia tahu hendak melakukan apa sambil bibir melontarkan kata.

"Jangan kata macam tu... Tiada dunia lain yang akan melahirkan kau Yuu! Hidup hanya sekali."

"Aku tahu kau marah tapi kenapa tak lemparkan saja pada aku? Dengan memendam kau seorang saja yang rasa sakit." tambahnya memunculkan sihir penyembuh di telapak tangan lalu meletakkan kepala Yuu di ribanya untuk mengalas tempat kotor, dia menyentuh tempat yang terluka. Kain pembalut terlilit di sekitar.

Masa sudah tidak lama, dia perlu pergi menemui sang bayang dan pembinasa untuk membangkitkan kakaknya sendiri iaitu Gaia. Mahu tak mahu dia pasti akan dikawal sepenuhnya oleh titik keturunan.

"Yuu... Kau dan semua orang yang berada di menara sangat menyenangkan. Aku nak berada di menara lagi seperti dulukala tanpa ada sebarang keinginan lain."

"Jika kau memenangi pertarungan pewaris tu, pasti kita akan berbalah dengan impian kita yang berbeza. Bagimu kau tak ada apa-apa permintaan sebab sudah memadai dengan rasa syukur tapi bagiku aku ingin hidup selama-lamanya dengan kau di satu dunia yang hanya ada kita saja..."

"Tamakkah aku hanya sayangkan kau seorang?"

"Wujud keemasan... Null dan Yuu. Semuanya aku suka tentang kau. Aku berkata aku nak kau mati agar kakak tak ambil kau. Aku tak ingin dia sakitkan kau... Penyihir yang mahir manipulasi tu, akan rampas kemampuan mutlak Floria Memoria."

"Yuu..." Semua ucapan perempuan itu habis diluah pada tubuh yang tertidur, sekilas bibir bertemu bibir sebagai tanda selamat tinggal.

"Kau dah terlalu lama memerhatikan kami..." katanya pada seseorang yang tersandar di dinding lain.

"Jangan fikirkan... Kau betul nak bertarung dengan kakak kau sendiri? Kau patut bersama dia di sini lebih lama."

"Ya, aku tak ada masa lagi. Aku serahkan Yuu pada kau. Tolong hantarkan dia ke dunia yang lebih baik dari sini, dari kakak."

"Kau berkorban hanya untuk dia... Berlawan dengan 7191 mustahil."

"Itu saja cara yang wajar." Flick meletakkan sesuatu di celah bahu kiri Yuu, terus melangkah pergi meninggalkan bangunan yang hampir runtuh itu sendirian meninggalkan wanita mabuk bersama Yuu.

Botol yang dipegang langsung tidak diminum walau separuh, sikap peminum terhenti seketika.

Gelombang aneh menggegarkan lagi bumi yang kian menghancur, entah apalah yang berlaku di luar sana. Batu-batu konkrit mula runtuh dan tempat berteduh mereka hilang buat selamanya.

***

Dalam ruangan hitam yang tidak diketahui, Yuu terkaku berdiri di tengah jalan melihat keramaian umat manusia mula lesap perlahan-lahan dari dikenali hinggalah tidak dikenali.

Kelibat tubuh Aiman, Rose, Nalia, Zack dan Kak Syifa juga ada di depan mata namun agak kejauhan.

"Tunggu!" Teriaknya cuba melangkah maju namun dihalang lumpuh untuk bergerak ke depan.

UNKNOWN STORY : 7 HEIRS (C)Where stories live. Discover now