BAB 3 : Kehidupan mewah

19 3 12
                                    

Pengerakan perlahan dari sebuah kereta nan sedang menaiki bukit jelas menampakkan kemegahan bangunan sekolah dari sudut atas bukit, bersama beberapa kemudahan sukan yang dapat dilihat depan mata mereka mengalahkan sekolah menengah yang dipelajari.

Renungan pada hektar tanah luas padang tak lari darinya terus bibir mengungkapkan rasa kagum pada sekolah elit.

"Sekolah ni lebih besar dari apa yang ditulis dalam risalah."

"Betul, sebab itu cikgu kata sekolah ni lebih advance dibandingkan sekolah kerajaan." pandang Nuya sekilas dari pakaian suit mewah sebagai baju rasmi sekolah lalu pedal ditekan memecut tanpa sia-siakan waktu.

Setelah tiba di depan pagar sekolah, Nuya meletakkan keretanya di dalam kotak parkir bersama tangan mencungkil gagang kereta untuk keluar. Yuu menelan air liur dek rasa gementar terus mereka melangkah maju ke pejabat sekolah.

"Tak guna, apasal aku rasa terketar ni." getusnya seorang dalam diam tanpa tempat untuk meluah, dirinya bagai ditelan ombak pabila sendirian di tempat asing malah ketiadaan dari kawan dan kekasihnya lebih memburukkan keadaan.

Seiring waktunya berjalan guru dan pelajar itu terus memasuki pintu pejabat sekolah, Nuya dan Yuu dipelawa masuk ke dalam bilik pengetua sekolah bertanda nama Malik Mikael di atas mejanya.

"Selamat datang ke Valia International Independent School, saya pasti inilah pelajar yang telah dipinta oleh kamu dalam proses permohonan." ajunya bicara dengan suara sopan, pautan mata pengetua lelaki tidak menampakkan ancaman.

"Terima kasih atas pelawaan Tuan Malik, pelajar saya Yuu dari Smkcck mungkin bukan pelajar yang cemerlang tapi saya sangat menjunjung tinggi atas keinginan anda dalam mendidiknya jadi lebih baik di sekolah ini." balas Nuya dengan formalnya seolah berlawan kesopanan.

"Secara umumnya kami takkan mengundang mana-mana pelajar dari luar konsep swasta tapi ini pertama kali kami mengalu-alukan kedatangannya ke mari, cik Nuya boleh saya melihat borang akuan dari pelajar serta nombor kad pengenalan?"

"Semestinya." Nuya menghulurkan pelbagai dokumen kesahihan Yuu pada tangan Tuan Malik lalu dia terus mengangkat diri melangkah maju ke depan.

"Saya lihat... Kamu seorang yang tiada keluarga pasti perit tapi kamu boleh berjalan sendiri tanpa mereka bukan." ujarnya pada Yuu sepertinya menunggu diri untuk bangun, isyarat mata Nuya mengarah Yuu untuk bangkit.

"Kami ada peraturan yang agak ketat dan tidak membenarkan sebarang jenis alat komunikasi, ini adalah salah satu sistem pendidikan." Tuan Malik mula meraba kocek seluar Yuu yang merasakan kehadiran telefon pintarnya terus dia menariknya keluar dari poket seluar.

"Tapi kenapa?!" Nuya mula naik geram okeh tindakan pengetua itu, suaranya seakan tak dapat dikawal apabila alat komunikasi canggih tak dibenarkan untuk digunakan, dia hairan bagaimana pelajar lain ingin berhubung pada keluarga.

"Saya sudah beritahu bukan, pe-ra-tu-ran." lontar Tuan Malik sambil melangkah dan meletakkan telefon pintar Yuu ke atas meja namun dari raut wajah, dia belum tenang, dia masih dimakan kecurigaan.

"Bolehkah kamu keluarkan semua yang ada dalam poket seluar?"

"Tak guna! Dia tangkas." getus Yuu panik sambil tangan bermain-main dalam poket seluar terus dompetnya dihulurkan pada Tuan Malik untuk diperiksa satu-persatu.

"Baiklah, nampaknya kamu memang pelajar baik Yuu. Untuk sekarang saya hadiahkan kamu ni sebagai pelajar kem 3 hari." hulurnya sekeping kad bertanda besar huruf D.

"Itu adalah nama untuk kelas kamu 5 D, ruangannya ada di tingkat 3. Apapun untuk sekarang kita boleh bersurai. Terima kasih kerana hadir." tambahnya dengan senyuman, penuh kelicikan.

UNKNOWN STORY : 7 HEIRS (C)Where stories live. Discover now