BAB 27 : 7191 (bahagian 1)

14 1 8
                                    

Tangan perlahan mengancing butang baju sekolah satu-persatu di depan cermin almari, kerisauan yang dirasai terasa disorokkan oleh tenang tika peperiksaan sebenar akan diadakan hari ini. Suhu musim luruh merundum turun menjadi 17 celcius buat dirinya terpaksa memakai skaf merah yang dihadiahkan oleh kekasihnya tahun lepas.

Pintu bilik dibuka oleh tangan kekasihnya di menara lalu bibir mula bergetus menanyakan soalan.

"Kau dah siap Yuu?"

"Belum." ucapnya pendek lantas bergelut dengan tali lehernya yang masih senget sebelah.

"Biar aku betulkan." gadis berambut merah berketinggian separas dengannya sukarela membantu remaja itu.

"Hari ni kau buat yang terbaik, tak payah memaksa diri. Nanti aku datang tengokkan kau." tambahnya buat Yuu tersipu malu tergeleng-geleng kepala.

"Tak apa Flick, kau serahkan semuanya pada aku. Peperiksaan kali ni aku yakin tak susah." ujarnya tahu selepas gigih belajar bersama kawan-kawan.

"Jangan terlalu yakin sangatlah, tengok muka kau ni pun boleh nampak kau ni takut gila sebab belajar tak kena dengan soalan." sambaran Flick tepat pada batang hidung disebabkan belajar saat-saat akhir.

"Kau buat aku gementar, pertarungan dengan pewaris sebelum ni jadi masalah pula dengan pelajaran aku." jujurnya akan masalah kedua yang dihadapinya.

"Nak buat macam mana, pertandingan ni dibuat secara automatik jadi mereka menyeret kau sebagai pewaris baru."

"Entah kenapa pewaris kedua masih belum munculkan diri, dah 2 bulan lepas pertarungan dengan Guren." persoalan meluap di buah pemikiran, apa taknya Guren si pewaris ketiga muncul tiba-tiba di tengah jalan tempoh bulan.

"Nak kenali mereka pun payah sebab tak banyak sumber yang dapat dalam perjalanan untuk tolong kau."

"Mereka kembali untuk bertarung je." balas Yuu serentak diangguk oleh Flick, tali leher yang dipasang terus kemas dan stabil.

"Kau masih simpan skaf tu?" soal Flick melihat gelagat Yuu yang tidak lari dari menyentuh skafnya.

"Ya, skaf ni beri aku kekuatan walau otak aku kadang tak betul tapi ia buat aku tak lupakan kau sejak kejadian perang buatan."

"Jangan buat idea tu lagi." Flick mengetuk kepala Yuu dikala dia melakukan tindakan melulu apabila bertarung sendirian di tanah utara.

"Baik-baik haha." Tawanya membelah rasa gementar buat kekasihnya tersenyum apabila mengingatkan kembali luahan antara kedua hati.

"Yuu... Bolehkah aku tanya kau soalan ni?"

"Ya?"

"Lepas semuanya dah berakhir, apa kau nak ikut aku?"

"Mestilah dengan semua orang pasti percutian selepas periksa ni meriah."

"Bukan tu tapi kita berdua saja..."

"Pergi mana?" entah di mana gerangan tempat yang mereka akan pergi berdua.

Flick hanya terdiam sebentar lalu senyuman di bibir terukir dengan pola fikir yang berubah.

"Tak apalah haha pergi dengan semua orang pun bagus kan."

Waktu telah menunjukkan pukul 7.15 pagi buat dirinya mula kelam-kabut. Mata yang saling bertentangan tadi hilang diganti oleh huluran beg sekolah oleh Flick pada Yuu.

"Jangan lambat Yuu, nanti kau tak boleh masuk dewan."

"Ya."

"Eh kejap kau dah bersarapan?"

UNKNOWN STORY : 7 HEIRS (C)Where stories live. Discover now