BAB 29 : 7191 (Bahagian 3)

10 1 5
                                    

Yuu terlihat cedera parah di dukungan tangan Flick dalam ruangan yang berantakan dan hancur oleh tekanan graviti sebentar tadi, mujurlah dunia masih bertahan dari kekuatan Marie yang membinasakan segalanya. Mereka bersembunyi dari pandangan mata musuh dengan fikiran berserabut kerana kehilangan semua orang di atas muka bumi.

"Yuu..." Flick menyandarkan tubuh di dinding yang masih kukuh, bibir cuba melontarkan kata namun fikirannya dihantui rasa bersalah atas perbuatannya yang membawa mereka jatuh ke jurang kegagalan.

Yuu tergeleng-geleng kepala dengan mata yang tersepet kesakitan pada tangan kanannya, terputus diserang Marie malah kegilaan merebut tubuhnya yang buat diri dijebak mereka.

"A-aku tak dapat selamatkan sesiapa... Ma-mana kau berada? Aiman, Zack, Kak Syifa, Nalia, Rose. Mereka hilang." ucapan kata sayup dan lambat itu diajukan.

"Maaf..." dia terus terdiam seraya itu, darah banyak keluar dari tangan Yuu tapi tiada tindakan yang dilakukan.

"Betulkan... Semua tu perbuatan kau?" soal Yuu, laju saja kepala kekasihnya terangguk.

"Tapi kenapa? Kenapa kau khianati semua orang?"

"Marie... Marie masih hidup dengan Kanurma, kau tahu tu? Aku yakin mereka lakukan semua ni."

"Yuu..." gadis itu mula khuatir akan tekanan yang dirasai kekasihnya itu, tepat depan mata amarah sangat dalam namun dihalang oleh rasa bersalah dan cinta. Dia terdiam sebentar tidak tahu bagaimana cara untuk menjawab persoalan.

"F-flick rawat aku... Aku ingin kalahkan mereka semua." ujarnya namun tak diendahkan langsung hinggalah dia mengangkat diri sendiri untuk berjalan pergi namun tidaklah banyak langkah diambil dikala rasa sakit dan penat meluap-luap buat dirinya rebah lagi.

"Tak mengapa, aku akan uruskan sendiri. Mereka pergunakan kau. Mereka bunuh semua orang di dunia ni." Kedegilan menyerlah diri, dia tak kisah lagi jika mati dek ada jati satu lagi yang dapat menolongnya.

"Tak boleh, kau dah tak boleh perbuat apa-apa lagi. Kau tahu yang Null juga hilang dari diri." Perempuan itu mula menunjukkan wajahnya.

"Seandainya kau sembuhkan aku pasti aku boleh kalahkan mereka."

"Aku... Tak boleh buat tu."

"Kenapa sihir kau hilang? Atau mereka pun ambil kekuatan kau."

"Aku tak mahu sembuhkan kau Yuu." dia menggeleng kepala, jujur kata kekuatan dan sihirnya masih ada.

"Kenapa?"

"Aku nak kau mati... itu cara mudah."

Mata mula berkaca dengan dentak yang mula melaju, dia tidak dipedulikan lagi atas arahan sebagai pewaris oleh pelayannya. Sekilas laju telapak kiri cuba menampar akan tetapi tidak kesampaian dek rasa bersalahnya.

"Jadi betullah kau berkhianat! Selepas semuanya aku selamatkan..." belum sempat berkata terus dipintas.

"Semua yang kau selamatkan tak beri apa-apa pertolongan lagi mahupun budi! Kau hanya diperdaya rasa simpati. Beritahu pada aku Yuu, siapakah yang menyelamatkan kau?"

"Apa?"

"Tiada siapa tolong kau lagi... Dalam jutaan orang, yang hanya pedulikan kau hanya seorang."

"Orang yang faham rasa sakit kau, orang yang faham semua yang kau fikir, orang yang mahu kau hidup sihat dan orang yang pedulikan semuanya yang kau lakukan. Ia adalah orang yang sama dalam satu masa."

"Berhenti... Aku tak mahu dengarkan lagi." dia berasa pedih dengan kata itu, mata mula samar-samar hitam dengan tubuh yang makin tak berdaya untuk berdiri.

UNKNOWN STORY : 7 HEIRS (C)Where stories live. Discover now