BAB 2 : Permintaan

21 7 5
                                    

Helaian buku teks terbelek sendiri oleh terpa angin di ruangan kelas 5 murni masuk menerusi jendela tingkap, tempat menuntut ilmu masih bersih tanpa dekorasi kelas dengan meja yang tersusun mengikut jarak antara jarak.

Setelah tamatnya subjek ketiga, kebiasaan pelajar sering membiarkan buku teks di atas meja sebelum guru pelajaran seterusnya tiba bersama suis kipas siling memutar tanpa henti.

Beberapa kawan dari Yuu menghampiri ke arah meja Yuu dek hairan akan balutan tangan itu dari awal pagi tadi, Mereka belum tahu tentang simbol 7 di belakang telapak tangan Yuu malah menganggap sebagai luka parah.

"Yuu, cuba tunjuk sikit tangan kau tu, luka teruk tak?" Nalia ingin tahu dengan raut wajah khuatir.

"Tak ada apapun, sikit je."

"Alah patutnya kau suruh Flick je sembuhkan luka kau, tak ada lah buat gelabah sangat." ucap Aiman buat Yuu terdiam seketika saat logik itu tersangatlah masuk akal, dia masih berpura.

"Dia tak berapa sihat tu jadi aku suruh rehat."

"Hah? Bukan semalam dia ada dekat sebelah kau ke, kau dengan dia melekat jadi makan pun banyak aku tengok." Rose mencelah menyebabkan kebohongan dari Yuu tercalar, akhirnya dia terpaksa memberi kebenaran.

"Baiklah kau orang memang hebat, aku tak pandai menipu. Apapun aku tak buat ni." kain balutan perlahan-lahan dibuka menampakkan ukiran bersimbol nombor 7 di telapak belakang tangan Yuu, mata mereka membulat luas.

"Kau buat tatu! Yuu kau tahu sekolah tak benarkan pelajar dia bertatu." tempik Rose buat Yuu terkejut oleh nada suaranya yang lantang dan tegas.

"Mantap ah warna merah simbol dia, lain kali kau buat lukisan bersimpul pula." Aiman seolah menyokong perbuatan songsang yang Yuu sendiri tidak dapat jelaskan.

"Kalau Kak Syifa sekolah lagi ni, mampus lah."

"Aku tak buat tatu apa semua ni, semalam tak ada pun." tulus hatinya berkata.

Dalam kesibukan bertarung mulut, seorang guru membawa buku pelajaran sejarah melangkah anak tangga ke tingkat atas, perjalanannya ke sana tak disedari orang walau susuk itu seorang guru disiplin.

"Selamat pagi para pelajar... Apa yang ramai sangat ni?" soal cikgu yang bernama Nuya di dewan pagi tadi, dia menghampiri ke arah Yuu dan lain.

"Selamat pagi cikgu Nuya! Kami berbincang pasal subjek tadi." Rose, Nalia dan Aiman mengangkat diri menegak untuk menutup pandangan mata ke arah tatu tangan itu.

"Anehnya... Kamu sorokkan sesuatu lagi, mari cikgu tengok." kata Nuya merempuh ketiga mereka dan memusing telapak tangan Yuu, dia hanya bingung.

"Kamu bergurau ke, pergi duduk tempat masing-masing!" tegas Nuya yang dilihat tak menampakkan apa-apa tentang simbol 7 dari Yuu.

"Cikgu tak nampak simbol ni? Mungkin simbol ni berkaitan dengan hal sihir, kadang ramai orang tak nampak oleh mata kasar." getus hati kecil Yuu lega akan gurunya tak melihat apa-apa. Dia beruntung gurunya tak tahu mengenai kuasa sihir yang ghaib.

Ding dong

Waktu sekilas melaju menandakan tamatnya seharian persekolahan seperti biasa, susuk pewaris masih belum pulang dengan isi kepala ingin bereksperimen lagi tentang lakaran sihir di telapak tangannya itu, dia ingin tahu secara meluas dalam ruangan bilik air sambil punggungnya terduduk di kerusi jamban.

"Tak hilang, memang sah ni melibatkan sihir." kata Yuu mengosok kuat tangannya hingga merah dengan air dan sabun cecair.

Apabila dia ingin menyiram air untuk terakhir kali, dirinya terdengar jelas bunyi atas kaki dari luar tersandar tepat disebalik dinding tandas. Dia berjaga-jaga dengan hati berdebar.

UNKNOWN STORY : 7 HEIRS (C)Where stories live. Discover now