BAB 10 : Pusingan pertama

14 1 15
                                    

Kegelapan malam bersama angin kencang melayangkan segala helaian pohon hingga goyang, bayangan kabur tidak berupa terukir di setiap jalan mereka lari biarpun hati dan jiwa mereka ditelan ketakutan, Yuu hanya maju untuk mencari kekasihnya.

"Flick, kau kat mana!" panggil Yuu bernada kuat namun gemanya tetap tak tiba di lubang telinga.

"Yuu, aku tak boleh gerak... Angin kuat sangat." ucap DD terlutut di tanah dengan Livia seolah ingin berterbangan di udara.

"Jangan ganggu kami!"

"Nyah kau dari sini!"

"Pergi!"

Suara-suara halus gerangan lutsinar seakan ingin menghalau mereka dengan cara takut tetapi di mata Yuu mereka hanya wujud yang lemah terhadap aura yang ada dalam dirinya bahkan mereka hanya ingin menakut-nakutkan manusia sahaja. Lantas gelombang tekanan aura Yuu bergelora sehingga melenyapkan hantu-hantu itu.

"Aku dah boleh gerak, angin tu dah hilang." kata DD dari belakang sambil mengangkat diri berjalan ke depan.

"Mujurlah tapi kenapa mereka halau aku?" getus hatinya hairan, dalam berjalannya mereka ke depan tanpa sengaja pohon-pohon gergasi yang menutupi diri bersama akar dan daun berubah menjadi sebuah rumah kayu usang besar satu tingkat.

"Eh tempat apa ni?" soal Livia bingung akan gerangan tempat itu.

"Tapi hutan besar kan, macam mana boleh ada rumah besar luas sini?"

"Kalau tengok cerita hantu, rumah ni pasti tempat keras yang ada banyak barang mewah yang ditinggalkan oleh orang kaya yang diganggu. Aku pasti ada benda dalam tu." kata Livia melangkah maju ke depan buat mereka tergamam akan ketarikan dirinya.

"Wey bodoh, kau tahu tak apa jadi nanti?" pekik DD.

"Kita rehat kat sini jelah sampai pagi, esok tu kita kemas senang puas kan hidup kau." terang Livia buat mereka terdiam.

"Payahnya kalau dah macam ni, paling tak pun aku kena cari Flick tapi budak-budak ni lebih teruk perangainya." getus hatinya kesal memilih untuk berjalan ke depan dek khuatir.

Ketiga kaki tubuh menuju ke depan pintu dengan tangan memulas tombol pintu namun karat telah mengeraskanya, terus pintu kayu itu repuh setelah dilepas buat mereka memulakan jalan masuk ke dalam. Setiap biji mata tak lepas melihat perabot yang ditutup kain putih dan lantai yang penuh dengan debu.

Anai-anai dan sarang labah-labah memenuhi siling rumah, DD melabuhkan punggungnya ke sofa malangnya habuk terus melemaskan dirinya dengan batuk.

"Berapa lama rumah ni terbiar?"

"Kalau macam ni lebih 20 tahun." kata Livia pada Yuu.

"Kenapa abang datang?" kata seorang budak perempuan memunculkan dirinya di depan mereka menyebabkan Livia dan DD rebah di lantai.

"Siapa kau?!" soal Yuu pada budak perempuan itu.

"Aura abang buat kami sakit, tolonglah jangan lepaskan." jelasnya dengan rayu buat Yuu simpati terus menurunkan auranya.

"Terima kasih abang, lama Mikayla tak jumpa orang." tubuhnya yang lutsinar diibaratkan sebagai roh itu mula memperkenalkan diri, sifat baik Mikayla telah buat diri Yuu menundukkan diri dengan memahami situasi.

"Abang faham sekarang, maaf munculkan aura ni tapi kenapa kamu semua takut-takut orang?"

"Kami iri dengan kehidupan mereka." ucapnya sendirian lalu berjalan ke depan diikuti oleh diri Yuu ke tangga bilik atas.

UNKNOWN STORY : 7 HEIRS (C)Where stories live. Discover now