BAB 6 : Qov

15 1 11
                                    

Tubuhnya terkaku seketika setelah menerima serangan padu oleh susuk vampire, isi kepalanya cuba mengatur strategi dan langkah untuk mencelah lawan. Pandangan mata dari Yuu tak lari melihat biji matanya penuh dengan hawa kehancuran, injakan kaki dari Lita meninggalkan jejak merekah di lantai.

"Kau pasti takutkan, Yuu sudah berapa banyak kau bertarung?" soal Lita.

"Banyak tapi mungkin tak banyak dari kau, aku lemah sebab keraguan diri memilih keputusan jadi wajarlah aku terima banyak kesakitan." balas Yuu masih menunjukkan tawa kecilnya sebagai hal yang memalukan dia buat.

"Kenapa kau ketawa, itu tak lawak. Kau terima banyak kesakitan sebab kau, tak. Kita semua ada kekurangannya, produk gagal yang diciptakan."

"Tapi kegagalan juga salah satu tujuan untuk kita bangkit dan mencuba lagi selagi hidup, itulah dinamakan kehidupan." sampuk Yuu terbangun.

"Kehidupan..." Lita hanya terdiam mendengar kata-kata itu terus matanya beralih ke arah tangga oleh kehadiran pantas Flick meruntuhkan siling tingkat empat hingga berasap terkapai-kapai.

Noble: Night Cross

Flick memunculkan pedang seruan panjangnya melibaskan ke arah Lita, kerana koridor terlalu sempit pedang itu terlanggar beberapa batu buat serangannya tak tepat.

Kting!

"Kau menyibuk!"

"Cih, cari orang lainlah dasar nenek bujang!" kata Flick memanaskan tubuh Lita, terus keningnya terangkat seolah memunculkan kekuatannya.

"Aku benci dengan kau..." saat melepaskan geramnya dengan meluap aura, Yuu sempat memunculkan bekal makanan pemberian Flick sambil mengumpal nasi goreng menjadi berbola, inti dalam berbola itu diletakkan beberapa ulas bawang putih mentah.

"Aku tahu ni pelik tapi kadang aku teringat pasal Aiman bila dia bertarung dengan Kaira, cerita dia pelik tapi berhasil." getus hati Yuu menyorokkan gumpalan nasi itu ke belakang tubuh, lariannya pula memintas angin sekilat petir.

Lita dalam menoleh ke arah Yuu terus berbola nasi disumbat paksa ke dalam mulutnya menyebabkan dirinya meronta-ronta sekeliling.

"Apa ni, jijik bodoh! Aduh kepala aku sakit." Lita meludah habis nasi itu ke tanah, lidahnya berasa panas dengan tubuh mula meremang. Sekilas laju dia mencungkil kulit bawang yang berada celah gigi buat diri naik amarah.

"Kau... Bagi aku bawang. Kau memang nak kena Yuu, aku memang nak bunuh kau sebab buat benda kotor ni." Lita mengeluarkan seluruh auranya buatkan Yuu dan Flick tercampak keluar dari tingkat empat untuk terjatuh ke bawah.

"Flick, pegang aku." arah Yuu menstabilkan tubuhnya meloncat dari tiang ke satu tiang untuk menyambut kekasihnya.

"Baik!" dua telapak tangan erat dipegang dengan merapatkan tubuh untuk mendarat ke lantai.

"Bagus Yuu, kau lemahkan dia."

"Terima kasih pada kau gulung masa dan Aiman untuk idea bodoh ni." dalam kesenangan mereka Lita telah memunculkan lagi kekuatannya buatkan kaki terketar-ketar untuk berdiri stabil padahal dia sudah melemahkan guna bawang entah bagaimana gadis itu mampu untuk kekal berlawan.

Noble : Queen of Vampire!

Sebilah pedang seruan memunculkan diri tepat di telapak tangannya, dia memegang erat pada gagang sehinggalah melibaskan sekali serang pada batu-batu dinding sekolah.

Debushh

Koridor tingkat atas runtuh terjatuh antara satu sama lain ke tanah, Yuu yang cemas mula membuka langkah untuk menyelamatkan orang lain bersama Flick. Dia melancarkan kemampuan yang diajarkan oleh seorang kawan lama yang mampu memecut laju diri dalam beberapa detik.

UNKNOWN STORY : 7 HEIRS (C)Where stories live. Discover now