BAB 7 : Bunga tulip Lita

10 1 10
                                    

Sekolah elit bangsawan nan penuh megah digempa oleh tekanan aura dari susuk pewaris keenam buat semua yang berdiri akhirnya menyembah bumi, sepasang mata Yuu tak dapat mencelik dan ketakutan tika dirinya hampir dengan Lita. Dirinya tak stabil untuk berdiri tegak.

"Pernahkah kau lihat sekuntum bunga tulip dengan pelbagai warna dengan dasar titik-titik? Setiap tulip melambangkan bermacam sifat." ujar Lita melangkah ke depan buat lantai sekolah retak dan merekah disekitar.

"Apa yang dia nak katakan?"

"Manusia dan makhluk hidup hanya melihat diri dari sudut reputasi dan kejayaan tapi karakteristik membentuk jati yang tepat. Setiap tulip ada karakter mereka tersendiri dalam warna tapi apakah tulip berkelompok semua warna ada perwatakannya?"

Mendengar buah persoalan teka-teki dari Lita itu, gigih dirinya terbangkit dengan menumbuk tanah bersama dua tinjunya. Kestabilan untuk berdiri agak terketar-ketar sambil bibir lancar membalas jawapan.

"Entahlah aku masih ada jati yang boleh disebut tepat alang-alang diri aku masih banyak kekurangan untuk dicari. Dia yang ada dalam kepala aku ni takkan berhenti buat hal, tapi aku percaya yang dia dan aku masih ada peluang untuk tahu lebih tentang diri kami sendiri." tuju Yuu pada susuk dalam kepalanya yang terpisah dek tragedi misteri, kakinya berjalan ke depan secara perlahan dengan tangan melibas kuat pedangnya.

Skting

Malangnya ayunan Yuu terlalu lambat sehingga mudah untuk dielak manakala Flick pula tak kalah semangat oleh suara Yuu itu, dia juga turut menyerang Impulsif menggunakan pedangnya.

Ktang!

"Mengecewakan... Aku ingin kenal lebih banyak mengenai diri kau berdua tapi aku takkan berhenti." ucap Lita menghembuskan nafasnya lalu melancarkan tekanan kekuatannya pada mereka.

Qov: teknik keempat, area iblis.

Sehalus bunyi gelombang bulat yang mencampakkan kedua mereka jauh antara satu sama lain, terus sayap dari Lita mengunci diri Yuu untuk mengejarnya. Sekilas telapak tangannya mencengkam kerongkong Yuu sambil menyeret tubuh mengelilingi kawasan ruangan kelas dengan merempuh masuk satu ke satu kelas.

Degush

Buhhhh

Durhhh

Duhhh

Setelah puas menghentak Yuu dari kelas ke kelas sehingga runtuh berlubang papan putih dan meja, dia terus melemparkan Yuu merempuh sendiri ke dalam pejabat sekolah sampai punah kertas dan dokumen di atas rak ke lantai.

"Kau terima banyak luka tapi luka terakhir ni hanya sakit sekejap kerana nanti kau takkan tahu." ujar Lita dengan sayap hitamnya yang mula memunculkan titik-titik bercahaya merah untuk melepaskan serangan pada Yuu.

Ultimate burst into the visible touch!

Flick tanpa ragu menyerang tubuh Lita dari belakang menggunakan tekanan kekuatannya terus perempuan itu tercampak serong dari pandangan Yuu ke suatu tempat yang jauh, kekuatan darinya berjaya menjauhkan mereka sebentar.

Debushh

"Kau tak apa-apa Yuu." soal Flick khuatir.

"Pertarungan lawan dia setanding bila lawan musuh dulu atau lebih lagi, aku tak tahu bagaimana tapi kekuatan Lita lebih kuat sebab dia seorang pewaris." ujarnya kesal terbangun dengan huluran tangan Flick.

"Tak, itu bukan salah kau Yuu tapi ni libatkan situasi. Aku tahu kau tak gunakan tekanan kekuatan tu sebab tempat kan." tekaan dari Flick sememangnya tepat di batang hidungnya, dia masih terhalang untuk gunakannya malah dilemma.

UNKNOWN STORY : 7 HEIRS (C)Where stories live. Discover now