BAB 27 : 7191 (bahagian 1)

Start from the beginning
                                    

"Tak apa, aku makan roti je nanti dekat koperasi." gumamnya terus berlalu pergi dari bilik meninggalkan Flick sendirian.

"Tak boleh, kau tak boleh pergi. Jangan jumpa perempuan tu Yuu!" nafas terasa sesak didada oleh ketakutan yang melampau, dia hampir menjual kekasihnya pada seseorang yang paling berbahaya sebagai korban kebangkitan.

Kaki melangkah tepat di luar dewan, merupakan kawasan bola tampar. Semua pelajar terlihat berdiri sesat merata-rata dengan buku teks dan kertas rujukan. Jadual subjek pertama akan diadakan pada awal pagi ini.

"Yuu, datang juga kau marilah bincang pasal subjek pagi ni." panggil Nalia bersama semua orang yang terkumpul di hujung kawasan bola tampar.

"Maaflah aku gementar hari ni."

"Sama lah, tak tidur malam ni." Aiman membalas.

"Wey cepatlah buka buku, aku nak tanya soalan ni kat kau orang." Rose melontar kata dek panik.

"Mana yang lain?"

"Dia orang belajar kat tempat lain katanya tapi tak apa kita belajar sini je."

Yuu cuba membuka beg sekolah tiba-tiba namanya dipanggil oleh beberapa orang luar yang masuk dengan kebenaran, wajah mereka tak asing dari pandangan iaitu Kak Syifa.

"Eh kak datang nak bagi semangat ke, Kau Zack kenapa mari jumpa aku?" soal Yuu yang kebingungan.

"St.Grand... runtuh dan Paradox time diambil!"

"Apa!" semua tergamam apabila menara di negara barat runtuh.

"Siapa yang ambil!"

"Kau tanya aku?" Zack naik amarahnya sekilas tangannya meraba kolar baju Yuu.

"Bertenang lah!" mereka cuba menenangkan Zack namun mulutnya kecut lidah.

"Pe-pelayan kau."

"Apa..." serentak mereka terkejut lalu Yuu hanya terdiam.

"Apa yang kau cakapkan ni?"

"Aku kata Flick lakukan dan curi..." Belum sempat Zack menghabiskan katanya terus tangan laju cuba menyerang nasib Aiman menahan bahu Yuu dari bertindak impulsif.

"Mustahil dia nak curi barang orang! Jangan tuduh dia sebarangan." jeritannya didengari orang buat ramai datang menuju mereka.

"Tapi kenapa dia selalu datang ke St.Grand bertemu Rossa!"

"Kerana dia mahu belajar memasak!" ucapkata Yuu namun suara misteri mencelah perbualan dengan nada yang tak asing bagi mereka berdua.

"Pergaduhan yang tak ada faedahnya, kau sepatutnya jadi kawan hahaha."

"Dia!"

"Kanurma!"

"Aku pasti kau cari benda ni." Kotak yang dipegang kanurma jelas adalah Paradox time.

"Menatang ni hidup lagi?" menyumpah Yuu pada raja bayang itu yang seharusnya lenyap tak lama lalu.

"Apa yang kau nak! Kakak aku dipenjara disebabkan kau."

"Atas kehendaknya sendiri, kau tak boleh salahkan aku." ucap Kanurma yang bermain-main di dalam bayangan.

"Munculkan diri kau tak guna! Kita selesaikan dekat sini."

"Aku nak selesaikan dengan kau berdua? Hahaha mengarut sekali. Aku pasti kau ada lawan yang lebih baik dibandingkan aku untuk sekarang."

Kata-kata Kanurma itu telah mempersembahkan seorang untuk datang ke mari, langkah kaki berjalan menuju mereka memunculkan aura tekanan. Pelajar dan sesiapa yang tak dapat menyesuaikan diri dengan tekanan aura akan memyembah tanah mahupun terlutut sendiri oleh getaran graviti.

UNKNOWN STORY : 7 HEIRS (C)Where stories live. Discover now