BAB 10 : Pusingan pertama

Start from the beginning
                                    

"Makna menjadi hantu adalah seseorang yang ingin peluang kedua untuk hidup tapi dikekang oleh takdir dengan ketidakbolehan untuk difahami oleh orang lain. Mereka hanya roh yang menunggu masa mereka tiba untuk pergi dari bumi ke alam roh." getus hati Yuu persis pilu akan diri wujud sang hantu.

Setibanya di depan pintu ruangan atas, Mikayla hanya berjalan menembusi pintu serentak dibuka oleh Yuu yang menampakkan celah-celah cahaya penuh dengan keranda dan batu-batu nisan.

"Mikayla, kenapa kamu bawa lelaki tu datang! Dia tak suka dengan keberadaan manusia lagi-lagi yang berani melepaskan aura." kata hantu perempuan remaja yang menakut-nakutkan diri Yuu sebentar tadi.

"Kakak Sephia abang ni dah tutup aura dia."

"Mikayla, Sephia usah gaduh biarkan dia datang sebagai tetamu." sang suara lembut yang menenangkan fikiran mereka telah menutup bibir mereka, suaranya jelas berada di sekitar dalam keranda entah yang mana di mata Yuu.

Susuk itu terus membuka kerandanya dengan pakaian serba putih dan kain penutup mata buat diri Yuu seakan samar-samar mengenalinya di alam memori Lita.

"Kaulah orangnya yang ajak Lita pergi dari rumahnya kan?!" dia tergamam akan wujud pewaris itu, pertemuannya kencang di dada.

"Bagaimana kamu tahu anak murid saya Lita jadi pewaris keenam? Apa kamu ni pewaris terakhir?" ucap pewaris itu.

"Ya, saya pewaris..." belum sempat menghabiskan katanya terus dipintas oleh pewaris itu.

"Sungguh tak disangka kamu dah datang Yuu. Maaf atas kebutaan saya yang kadang menghalang untuk lihat kamu." ujar pewaris itu dengan posisi menghadap ke arah diri Sephia.

"Nama saya Urutella dan saya pewaris kelima, saya tahu ni terlalu pantas tai sesi perkenalan kita tak boleh menghentikan pertarungan pewaris." kata Urutella, terus namanya seakan diingati di kepala Yuu namun dia tak berapa ingat.

"Sekejap nama kau agak tak asing tapi aku tak ingat di mana." kata Yuu yang melihat tubuh Urutella terkedek-kedek berjalan di depannya seolah ingin memulakan pertarungan. Dia hanya menelan liur.

"Kita pernah bertemu? Saya tak pasti kerana kamu seorang yang baru."

"Tak boleh jadi ni, aku baru nak bercakap tapi dia nak mulakan pertarungan." getus Yuu mula berdebar dikala aura gergasi Urutella memenuhi ruangan bilik buat Sephia dan Mikayla menghilangkan diri.

Urutella entah bagaimana mampu memunculkan diri di belakang tubuh Yuu sekilas mata mencelik sekali, cengkamannya mengangkat diri ke udara lalu menghentakkan ke tanah hingga merempuh hancur ke bawah.

Dushhh

"Apa benda tadi tu?!" getus Yuu terbeliak lalu cengkaman leher dilepaskan oleh Urutella setelah mendengar bunyi kucing mengiau.

"Maaf, saya keterlaluan." ujarnya mengusap lembut helaian bulu-bulu kucing itu.

"Kita tak boleh bertarung! Kawan-kawan aku ada kat sini dia rebah di sini." rayu Yuu pada kawannya yang terlantar.

"Nampaknya kita tak boleh bertarung dengan adanya mereka, tak kira ghaib atau nyata. Yuu apa kamu tahu tentang diri mereka? Kucing yang saya pegang ni adalah roh setelah jasadnya hancur dalam lautan kerana lemparan manusia manakala Sephia dan Mikayla pula..." belum sempat bercerita Yuu terus menyampuk.

"Saya tahu, saya tahu sebab mereka."

"Hutan ni adalah rumah mereka untuk singgah sebelum hari lenyap roh tiba. Giliran mereka lama, keranda yang kamu lihat di atas pula adalah keranda sesat dan ditanam hidup-hidup oleh susuk bergelar manusia."

UNKNOWN STORY : 7 HEIRS (C)Where stories live. Discover now