Bab 16: Luang

65 9 0
                                    

Agus P.o.V

          Netra ini tak ada surutnya memandangi muka lawan bicara yang berada tepat di hadapan aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Netra ini tak ada surutnya memandangi muka lawan bicara yang berada tepat di hadapan aku. Sembari itu bibirku masih terus memasang senyuman. Lambat cepat kelopak mataku mengkatup kendiri, sesuatu pada muka manusia itu membuatkan aku begitu tertarik. Bagi pendapat aku sendiri, dia memiliki rupa yang lumayan tampan. Rambut yang sengaja dibuat serabai itu sangat bersinergi dengan bentuk mukanya. Bukan hanya itu, tapi mata mengantuk yang selalu dipasang pada ekspresi wajahnya juga menambahkan lagi rasa ketertarikanku. Entah lah aku yang gila atau bagaimana, namun aku merasa bahawa rasa ingin tahu ini bukanlah sesuatu yang memakan diri.

Mungkin rimas dengan pandangan yang aku beri, pemuda itu lantas memandang tepat ke mata aku. Tiada memek muka terpapar ia kosong, sekosong otak aku dimasa genting. "Asal tengok aku macam tu?" tanyanya diikuti kedua alis yang terangkat sedikit. Aku lalu tanpa ragu menyatakan isi hatiku, "Gak ada apa-apa kok, cuman mau bilang yang kamu ganteng." Jidat manusia itu berkerut, mungkin dia mengalami kesulitan dalam memahami ucapanku yang mana sudah aku fahami. "Lupain yang barusan aku omongin." Kedua telapakku dilaga, hasil dari hentaman itu bunyian pantas pun terhasil. Aku kemudian mengambil beberapa jeda sebelum berucap semula, "Betewe aku bisa tau nama kamu gak?" dia memandang aku dengan tatapan bingung. Lalu, aku hulurkan tangan padanya sembari berucap. "Salam kenal aku Agus Fadh Ardinan Paulius, bisa panggil Agus aja." Aku memasang senyum agar terlihat ramah, lagi pun siapa yang mahu berkenalan dengan kita kalau memasang tampang ganas kan? Jadi apa salahnya, tersenyum sesekali untuk orang lain.

Terlihat dari mata kasarku, dia memandang telapak dan muka aku secara berselang-seli. "Jangan kata, kau minta tinggal dalam bilik aku tanpa tahu aku siapa." Matanya mengecil, tajam aku rasakan mata itu menusuk diri ini. Dengan nada yang dibuat sesederhana mungkin, aku menjawap pernyataan pemuda tersebut. "Enggak kok, err... Cuman lupa aja," boleh dilihat secara nyata bahawa senyuman aku agak serong. Pada kenyataannya aku tidak lupa pun, aku sudah lama tahu nama pemuda itu ialah Rafiq. Bagaimana pula aku boleh lupa, kalau aku menaiki perkhidmatan pengangkutan yang sama dengannya minggu lalu. Tapi yang mahu aku pastikan hanyalah, adakah Rafiq di hadapanku ini ialah Rafiq yang aku cari ataupun tidak. Pesanan rakanku, dahulu masih berputar segar dalam memoriku, layaknya tanaman yang dicurahkan air setiap waktu.

Rafiq tampak menghirup nafas pendek seraya kedua mata dikatup sepanjang aktiviti itu dia lakukan, "You know what? Whatever," matanya masih berlaga dengan permata gelapku. Telapak tangan yang sedari tadi tidak bersentuh disambut oleh tangan kanannya. "Rafiq Shafiee, just Rafiq is enough." Tidak sampai pun berapa saat, jabat tangan kami langsung diurai oleh Rafiq sendiri. Adakah aku merasa kecewa? Tidak pun, aku cuma berfikir bahawa itu memang sifat bawaan dari dirinya. Apalagi melihat fakta bahawa kami tidak pun mengenali antara satu sama lain. Dia seakan meletak batas, bahawa kami hanyalah sekadar orang asing yang tinggal sebilik dalam kurun waktu tertentu.

Rafiq setelah itu memasang tampang biasa. Tidak ada banyak yang dia lakukan, telefon pintar pun tidak disentuh mungkin ingin terlihat sopan di depan aku. Aku pula ingin bercakap tapi entah lah, topik pun tidak ada. Berhujung aku memerhati rincian wajah Rafiq, pemuda di hadapanku ini lagi. Jika boleh jujur, dia memiliki tampilan yang nyaman untuk dipandang. Walau dilihat satu juta kali sekalipun, itu tetap memetik hati ini untuk merasa nyaman. Seketika, terlintas pertanyaan pada benakku. "Rafiq kamu-" sayangnya suaraku tak memanggil perhatiannya. Malah yang dilihat adalah punca suara dari suatu sudut yang turut mengiringi suaraku tadi. Aku dengan rasa ingin tahuku, langsung menoleh ke arah tersebut. Kelihatan lelaki berpostur agak berisi berlari kemari. Tidak lupa mulut lelaki itu mengucap kalimat, "Rafiq! Sorry doh aku lambat. Lecturer tu tadi dia minta tolong aku bawa barang dia pergi dekat kereta. Nak tolak, nanti markah aku pula yang kena potong. Jadi terpaksa lah aku tolong." Tercungap mulutnya apabila berdiri di sebelah Rafiq.

Ekspresi Rafiq entah mengapa berubah serta merta menjadi lebih ramah, apabila manusia itu muncul. "Patut lah kau lambat jawap whatsapp aku, kau curang dengan lecturer rupanya, tak sangka betul." Rafiq memalingkan wajah seraya membuat wajah cemburu, sementara lelaki berpenampilan casual itu menampar bahu Rafiq. Hentaman kulitnya cukup kuat jika didengarkan secara langsung. Melihat saja sudah membuat pundakku merasa bersemut. "Sakit bodoh," Rafiq mengusap bahagian yang menjadi tapak latihan lasykar oleh rakannya tadi. "Lawak kau hambar," ucap pemuda berisi itu acuh tak acuh. Kemudian, lelaki dengan pakaian kombinasi kelabu dan jingga tersebut menarik kerusi di sebelah Rafiq yang masih tidak terisi. Memandangkan meja kami memang khas untuk empat orang, yakni dua di depan dan dua lagi bertentangannya. Jadi tidak masalah kalau dia hendak duduk.

Keberadaanku bagai tak terusik, menjadikan aku hanya sebagai penonton panggung sahaja. Disaat dia memutar pandangan ke hadapan mukaku ditatapnya kaget, seperti baru sahaja menyedari kewujudan aku. Sekadar senyuman aku berikan untuknya. "Ehh, korang dating ke macam mana?" wajah Rafiq diperhati dengan raut muka pelik. Dengan ringan lidah Rafiq menjawap, "Ya!" Rafiq sengaja membesarkan kedua bola mata menatap rakannya apabila berucap. Lalu Rafiq bertutur lagi, "Mana ada lah sengal, dia housemate aku. Aku temankan je." Mulut pemuda itu membentuk vokal 'O' sembari kepalanya tersengguk-sengguk memahinya. "Ingatkan balak kau tadi, hensem semacam orangnya, sesuai dengan kau. Macam pinang dibelah dua." Lantas suara tawanya berkemundang pada telinga kami. Rafiq pula tampak sangat tertekan dengan perangai sahabatnya. Sepanjang mereka bersembang aku cuma tersenyum, aku tidak mahu mencela apalagi itu sangat tidak sopan.

"Temen kamu lucu ya," ujarku beberapa waktu setelahnya. Sejurus aku bertutur, pandangan Rafiq langsung tertuju padaku. "Takdenya lucu-" belum sempat Rafiq menamatkan ayatnya, ia terlebih dahulu dicantas oleh pemuda berisi itu. "Orang Indon ke?" matanya terlihat bercahaya, entah apa yang dia rasakan aku tidak tahu. Tapi aku harap ia bukan suatu yang negatif. "Iya," ujarku ringkas, bibirku bahkan tidak luput menarik segaris senyuman. Dapatku lihat matanya membulat, kagum mungkin. "Kau tak cakap pun kau ada kawan lain selain aku, dah tu orang overseas pula tu. Tak sangka aku, kau dah go internasional!" Rafiq ditatapnya penuh perasaan bahagia. Rafiq pula sekadar menggulingkan anak matanya. "Aku dah kata dia housemate aku je," tidak dihiraukannya ucapan Rafiq. Malah yang dipandang cuma aku seorang sekarang.

"Aku Shah, nama kau apa?" matanya dikedipkan beberapa kali ibarat tak terkendali. Aku yang menjadi tumpuan tetap membalas pertanyaan Shah semampuku. "Panggil Agus aja juga bisa," anggukan aku dapatkan sebagai jawapan. Soalan selanjutnya dilontarkan pula, "Dah berapa lama di Malaysia?" Shah mencuba berbahasa Indonesia, walaupun ia masih tercampur dengan bahasa melayu pasar. Mungkin pelik kan, aku boleh faham apa yang dorang cakap. Tapi ia tak lah pelik mana pun, lagipun ibu aku berasal dari Malaysia. Setidaknya aku sudah, belajar semua bahasa Melayu yang perlu aku tahu dari ibuku. "Gak lama sih, aku nyampe sekitar semingguan lalu lah," riak mukanya seakan kagum. "Hebat betul kawan kau ni, boleh faham bahasa Melayu." Aku tidak melihat tampang tertarik langsung dari muka Rafiq. "Ohh hah, baguslah kan?" jawapnya sambil lewa. Tiba-tiba dari sisi meja datang sebuah suara. "Permisi, numpang duduk ya," lelaki dengan gaya potongan buzz cut memasang serangai kecil di hujung bibirnya.

To Be Continue...

Maaf sekali lagi lambat update, Rasyad tengah ambil SPM kebelakangan ni. Jadi Rasyad tak mampu nak fokus sangat dekat buku ni. Jadi harap maklum ya.

Glosari

Permisi - Maafkan saya (minta izin)

Netra - Mata

Bersinergi - Tindakan bersamaan (kombinasi antara dua orang / sifat yang mantap)

Postur - Posisi tubuh

Ekspresi - Riak muka

Jadi Kekasihku SajaWhere stories live. Discover now